52. Pemusnah

1.1K 112 11
                                    

--

Aku. Aku Kim Jena. Atau sebetulnya, Im Hana. Aku akan cerita kat korang kenapa aku jadi macamni.

Sewaktu aku bayi, aku dijaga sempurna dengan kedua orang tuaku. Mereka seperti menatang minyak dengan penuh kepadaku. OmmaSelalu bermain denganku, memasak makanan sedap-sedap belaka. Manakala appapulang dari kerja, bermain denganku seketika sebelum naik ke atas. Hidupku sangat gembira dan indah!

Sewaktu aku berumur darjah 5, orang tuaku sering bertengkar. Katanya appaku mempunyai masalah kewangan, appaku sudah tidak mempunyai kerja. Kerana bisnesnya sudah lingkup, sudah gulung tikar! Appa selalu mencederakan ommaku. Dia sering berkata " Aku nak duit! ". Aku hanya mampu menangis di dalam dakapan ommaku.

Sewaktu aku berumur 14 tahun, aku didera oleh bapaku. Aku dah besar. Ya, tapi aku didera. Aku cuba menghalang appaku yang memukul ommaku, tetapi aku pula yang dibelasahnya. Dia sangat bodoh! Pulang lewat malam kerana bermain judi atau hobinya, minum arak. Balik balik rumah menjerit macam orang gila. Aku dipukul di rumah. Di sekolah pula, aku selalu dihina, dicaci dan dibuli. Kenapa? Kerana aku miskin! Dan mempunyai bapa seorang penagih dadah!

Sewaktu aku berumur 19 tahun, aku sudah mulai berdikari. Mencari kerja, membantu ommaku. Walaupun appaku masih tidak berubah, aku tetap memberi wang kepadanya. Sebab aku masih lagi fikir yang dia bapaku.

Namun, pada satu malam. Aku terjaga dari tidur apabila terdengar laungan ommaku. Aku bergegas turun ke bawah rumah. Air mataku menitis dengan deras apabila melihat appaku memegang sebilah pisau yang berdarah, dan ommaku yang terbaring sambil memegang perutnya yang berlumuran dengan darah.

playedWhere stories live. Discover now