58. Ego

486 46 23
                                    

Entah ke berapa kalinya air mata Amanda menitis. Setakat ini, sungguh murah air matanya untuk menitis tanpa Kai disisi. Tapi sekarang...

"A.. Apa awak buat dalam bilik ni?"

"Op...pa.." Panggil Amanda. Kai mengeluh, dia sangat-sangat mengasihani isterinya itu. Lihat, mata sembab, muka pucat. Macam hantu pun ada. Tapi, ego.

"Awak stay sini? Okay then." Kai memulas tombol pintu. Ingin pergi. Tetapi, macam scene yang drama selalu buat, Amanda menarik tangan Kai.

"Why do you have to make me like this?" Lengan sasa lelaki itu dipeluk erat oleh Amanda.

"Saya.. Buat apa?" Senada sahaja jawapan Kai. Walhal di sudut hatinya, perasaannya berkecamuk, berlawan dengan egonya. Sama ada mengalah, atau memprotes.

Lelaki memang hipokrit.

"Awak tinggalkan saya!"

Amanda melepaskan lengan Kai, dia menundukkan wajahnya. Tidak sanggup mahu bertatapan mata dengan lelaki yang banyak membuat dia menangis. "Bagi saya ruang."

"Ruang, ruang, ruang! Itu je yang awak tahu, kan? Tak cukup ke ruang yang saya dah kasi? Masa yang saya dah kasi?"

"Ruang untuk awak berjumpa dengan lelaki lain." Sinis sungguh ayat Kai. Hati Amanda sedikit demi sedikit dicarik-carik oleh suaminya sendiri.

"Kenapa diam? Tak berani nak menjawab?"

"Saya diam bukan bermaksud saya bersalah. Awak tak pernah dengar penjelasan saya-"

"Oh, perlu ke saya dengar? Dah terang lagi bersuluh, mula-mula. Jackson. Tadi, Jin lepas tu siapa eh.. Ha Taehyung tu, kan? Tak cukup ada saya? Tiga lelaki terus?" Amanda mengepal tangannya. Walau macam mana pun Kai cakap pasalnya, menaikkan tangan kepada suami sendiri, itu salah.

"See? Awak tahu nangis, nangis. You don't give me any explaination. Right now." Kai memeluk tubuh.

"Terserah. Ya, memang saya nak kaut semua lelaki. Atleast semua lelaki tu, bukan lelaki macam awak! Pengecut. Lari daripada masalah." Amanda tekad, dia mahu melawan. Tiada guna dia menundukkan diri kepada suami yang tak percayakan isterinya sendiri!

Muka Kai memerah, tangan diangkat untuk melempang Amanda. Dia seperti sedar akan keterlaluannya dan menurunkan semula tangannya.

"Kenapa? Nak lempang? Nak tampar? Silakan. Ego awak memang tinggi Kai. Awak tak pernah sedar." Pintu bilik dibuka oleh Amanda. Dia berlalu menuju ke bilik tetamu. Terpaksalah dia tidur di bilik tetamu untuk malam ini.

Sekali lagi, air matanya tumpah.

"Awak seksa saya Kai. Saya rindukan awak separuh mati! Ameline pun... Sama. Tapi awak tak pernah sedar. Dari dulu, ego awak tak pernah runtuh, mahupun demi saya dan benih awak sendiri. Saya takut Kai.. Saya takut. Saya takut dengan cara ini, rumah tangga kita makin meretak."

Amanda menekup mukanya ke dalam bantal. Dia menghamburkan tangisannya disitu. Dia tidak kisah, biarlah appa mahupun omma mendengar dia menangis melolong.

"Kau kena kuat Amanda. Kena kuat." Pesan Amanda kepada dirinya. Dia berjanji untuk menjadi tabah. Kerana dia tahu, ini baru permulaan.

Mungkin ada banyak lagi halangan yang menanti. Yang penting, kejujuran dan kepercayaan adalah tunjak utama dalam sesuatu perhubungan. Tetapi, mereka berdua kalah dalam bercakap jujur dan mempercayai satu sama lain.

Manakala Kai di bilik lain hanya membaringkan diri. Dia mengeluh, buat kali ketiga. Terbayang-bayang wajah Amanda yang sembab itu. Tiada lagi senyuman di wajah isterinya itu, walhal tak sampai seminggu pun mereka tidak bersua muka.

playedWhere stories live. Discover now