Please comment something so that i could know what was in your mind :)"Cuba awak cari dekat mana saya letak file tu? File tu penting!" Laung Siwon dari bilik kepada Soyou. Mereka kini berada di rumah Kai dan Amanda untuk mencari file Siwon kut-kut tertinggal ke masa Siwon tinggal bersama Amanda.
"Ne!" Balas Soyou. Siwon menggeleng kepala lalu melepaskan keluhan. "Mana ni? Tak jumpa-jumpa pun dari tadi."
Pintu bilik dikuak, Soyou tercegat diluar pintu seperti pegawai yang berkarisma. Siwon mendekati Soyou yang memegang beg hitam yang tebal, mungkin diisi banyak fail di dalamnya.
"Saya jumpa dekat tepi almari bilik perpustakaan. Cuba awak buka, mana tahu dalam tu Amanda tersimpan ke file awak masa dia tengah kemas-kemas rumah?"
"Hm. Betul jugak."
Zip ditarik. Dalam 15 fail yang tebal ada di dalamnya. Lincah tangan Siwon menggeledah isi beg itu dan isi fail-fail tersebut, dan juga Soyou menolong.
"Awak.. Ini..apa?" Sebuah fail berwarna coklat diberi kepada Siwon. Siwon mengangkat bahu dan mengambil. Isi fail itu dibuka.
"Hospital Russia? Pembedahan buah pinggang...kehilangan sebelah pinggangnya. Ige bwoya?!" Mata Siwon laju membaca isi yang lain. Mukanya merah.
"Pesakit mengalami kecederaan buah pinggang yang teruk...tidak dapat diselamatkan sekiranya tiada penderma yang menderma buah pinggang.."
Soyou merampas fail tersebut dari Siwon. "Andwae, biar saya yang baca. Kalau awak baca, entah apa jadinya." Jeling Soyou dan Siwon mengeluh. Nasib sayang.
"Penderma bernama... Kim Jong In." Soyou terhenti. Siwon memandangnya dan mereka berdua salin berpandangan, dunia tika itu seperti terhenti bagi mereka berdua.
"K..Kai?"
"After the surgery successed, a few months later Jong In disahkan menghadapi.. K..Kanser.. Kanser buah pinggang."
"B..bwo?" Tanya Siwon sekali lagi. Air matanya bertakung tu tubir mata. Soyou memeluk Siwon.
"Sayang.. Itu palsu kan?" Soyou menggeleng, air matanya tumpah. Tidak dijangka, Kai yang tampak sihat, bertenaga, dan kuat itu mempunyai kanser yang kini mungkin sudah masuk tahap 3.
"Geotjimal.. Kai kuat." Siwon menunduk. Empangannya pecah jua, air matanya menitis di atas kertas ujian pemeriksaan kesihatan Kai, ataupun Jong In. Siwon menggenggam erat tangan Soyou dan menangis di bahu wanita itu.
Lemah, dia sungguh lemah.
×
"Tengok tu, butterfly tu terbang lepastu..eh. Dia jumpa kawan dia la kat situ." Jari telunjuk Kai menunjuk ke luar tingkap hospital. Amanda tergelak memandang Kai yang sedang berceloteh bersama Ameline yang baru kecil itu.
Jari kecil Ameline ditunjuk menggunakan tangan Kai. Kai mencium geram pipi putih gebu Ameline. "Geramnya appa dengan pipi Ameline ni..! Sebiji macam omma dia. Tunggulah nanti, ada masa appa buat kat omma Ameline pula."
Amanda menjegilkan matanya ke arah Kai dan Kai membalasnya dengan kenyintan mata yang mampu menjatuhkan 100 gadis korea mahupun gadis melayu.
"Dengan anak pun nak cakap benda macam tu." Jeling Amanda.
"Kenalah, baru la dia dapat adik baru nanti."
"Awak buat sorang-sorang."
"Eh? Boleh ke buat sorang-sorang?" Ujar Kai sambil tersengih nakal. Dia mendukung Ameline dan meletakkannya ke atas riba Amanda. Tangannya memeluk pinggang Amanda dan kepalanya disembamkan di leher Amanda.
YOU ARE READING
played
FanfictionKata cinta kau ungkapkan, Menusuk ke dalam jiwa, Kepercayaan yang makin pudar, Perpisahan yang makin hampir, Dapatkah bahagia dikecapi? -------------- Penerangan/Pengakuan: Cerita yang sebenarnya banyak cliffhanger, twisted plot dan sebagainya. H...