THIS IS A FLASHBACK.*****
"Kau fikir kau sempurna ke? Hahaha! Setakat muka kau comel, tak semestinya kau dah ada paras rupa.. Kan geng?!"
"Haah. Dahla, buta! Kim Jongin buta! Buta! Tak boleh tengok hahahaha bwekk. Buta!" Jerit sekumpulan rakan yang dipanggil sebagai 'Handsome Boys'. Kecik-kecik pun dah nak jadi raver. Gahahah.
"Diamlah! Aku buta, tapi aku tak pekak! Jangan kacau aku lagi dah! Tolong lah, pergi dari aku!" Jongin menggunakan tongkatnya dan melibas-libaskan tangannya ke udara. Mencari di manakah makhluk-makhluk yang mengacaunya dengan menggunakan deria sentuhan.
"Oi, buta! Kitorang bukan kat situlah. Wekkk, kitorang dekat sini. Eh, kau mana nampak kan? Lupa pulak kau buta. Hahahaha!" Mereka tertawa terbahak-bahak. Jongin mendengus geram dan berjalan pergi dengan bersusah payah menggunakan tongkatnya. Kadang-kadang dia terfikir, kenapa dia dilahirkan buta walhal kanak-kanak yang lain dilahirkan tanpa cacat cela? Kenapa dia?
"Sayang pergi mana ni?" Tanya omma Jongin kepadanya. Jongin mencebir bibir. Dia merengus kemudian mencampakkan tongkatnya dan menghenyakkan badan di kusyen kereta pemandunya itu.
"Kenapa ni? Wong kacau Jongin lagi eh? Kenapa tak bagitahu omma? Nanti omma smackdown atau flying kick dia!" Kata omma Jongin sambil tertawa. Fikirnya, anaknya akan turut tertawa tetapi tidak. Jongin masih lagi bermasam muka.
"Kenapa Jongin dilahirkan buta, kenapa budak-budak lain, Wong dan geng dia tu tak buta? Diorang sempurna. Boleh nampak. Kenapa Jongin tak boleh? Jongin tak boleh tengok betapa cantiknya dunia ini. Macam mana rupa bentuk muka Jongin, Jongin tak boleh tengok semua tu! Omma..pernah ke omma berada dekat tempat Jongin? Tak pernah omma. Tak pernah." Omma Jongin terkedu. Tidak sangka anak kecil yang berusia 9 tahun sudah pandai bercakap sebegitu.
"Sayang..kenapa cakap macam ni dekat omma?"
"Jongin penat lah omma! Kenapa.. Hyewon, Haesung boleh tengok. Tak buta pun, tapi kenapa Jongin? Jongin tak buat apa-apa pun. Diorang kan cousins Jongin? Kenapa diorang tak dapat nasib yang sama dengan Jongin!"
Omma Jongin tersenyum tawar. Air matanya mengalir perlahan. Dia mengusap lembut rambut anak lelakinya itu. "Jongin, omma minta maaf. Mungkin semua ini silap omma sebab Jongin tak dapat melihat sampai sekarang. Omma mintak maaf sayang..." Dahi licin anak kecil itu dikucup perlahan. Jongin dapat merasakan air mata yang menitis di hidungnya.
'Omma menangis ke?' Desis hatinya. Segera Jongin terdiam kaku. Dia tidak mahu menyakiti ommanya, dia pasti, jika dia dapat melihat dia akan lebih tersakiti melihat ommanya yang menangis kerananya.
"Omma..Jongin, Jongin mintak maaf.."
"Waegurae?"
"Sebab Jongin, omma nangis kan? Omma..walaupun Jongin buta, tapi deria rasa Jongin masih berfungsi dengan elok lagi, omma." Jongin tersenyum. Omma Jongin tersenyum dalam tangis. Dia mengucup lembut dahi anaknya itu.
"Omma tak nangis sayang. Terima kasih. Nah, sekarang..Jongin nak makan mi sejuk atau kimbap dekat kedai ahjumma Kang?"
"Kimbap!" Jerit Jongin girang. Jongin tersengih sambil memegang perutnya menandakan dia tersangatlah lapar pada saat itu. "Boleh sayang, boleh."
×××××
3 tahun kemudian..
"Won-ah, aku nak glitter tu letak lebih sikit dekat kertas hitam ni, kau taburkan dekat tangan aku. Nanti biar aku yang tabur dekat kertas, pastikan serbuk glitter tu warna kuning." Jongin menadah tangannya kepada Hyewon, sepupunya yang sekarang menolongnya untuk menyiapkan folio.
"Okay." Hyewon meletakkan serbuk dengan berhati-hati ke atas tangan Jongin. Jongin tersenyum, Hyewon hanya diam. Di lubuk hatinya, dia terasa kasihan benar melihat sepupunya itu buta. Walhal dia dan juga adiknya boleh melihat dengan jelas, tiada kecacatan. Dia betul-betul kasihan.
"Jongin..kau..kau nak tak tengok Korea ni macam mana..uhm, dunia ni macam mana. Kau..kau nak tengok tak Jongin?" Terbengkala sejenak kerja yang dibuat oleh Jongin. Jongin mengeluh, dia kini berumur dua belas tahun dan dia sudah menerima hakikat bahawa dia buta, buta selamanya.
"Won, apa motif kau tanya macam tu? Aku kan pernah cakap dengan kau. Aku dah dapat terima hakikat, the fact yang aku ni buta, Won. Aku dah dapat terima. Dan aku harap kau tak bangkit lagi isu ni mahupun cakap pasal ni. Please, Won."
"Aku bukan apa Jongin. Aku nak tolong kau, kau faham kan?"
"Tolong apa?!" Suara Jongin menaik seoktaf. Hyewon mengeluh, dia tahu dia sudah menyakitkan hati Jongin. Tapi...ini untuk kebaikan Jongin juga.
"Aku kasi kau kornea mata aku. Dekat kau. Kau nak? Atleast...kau dapat tengok macam aku Jongin. Kau tahu kan yang uhm..aku sayang kau, kau sepupu pertama yang pernah bercakap dengan aku dulu kan? Tolonglah, Jongin. Aku mintak sangat."
"Kau buat lawak? Kau fikir kornea mata kau tu boleh bagi dekat aku senang-senang macam tu je? Kau faham tak..aku taknak. Aku taknak! Tolonglah Won, kalau kau simpati, rasa kesian dekat aku. Aku mintak kau balik sekarang, aku bolehlah siapkan folio ni tanpa bantuan kau!" Jongin melempar penselnya ke atas meja yang berdekatan. Hyewon hanya mendiamkan diri.
"Kalau tiba masanya nanti, aku harap kau terima ok Jongin? Aku..nak sangat kau dapat tengok macam orang lain. Macam aku, macam Haesung. Aku—"
"Balik, Won. Balik. Aku taknak dengar apa-apa dah dari kau. Jangan jumpa aku lepas ni, melainkan ada hal emergency." Hyewon tersentak. Kata-kata Jongin menyebabkan hatinya terguris sedikit tapi dia hanya bersabar. Dia faham akan keadaan Jongin, walaupun dia tak pernah buta tapi dia tahu yang Jongin juga mempunyai perasaan seperti dia, seperti Haesung, dan juga semua orang.
"Baiklah, Jongin. Aku datang lagi nanti."
×××××
2 tahun kemudian...
Jongin disekolahkan di sekolah khas, sekolah kanak-kanak yang mempunyai kecacatan. Tidak betah hendak dicaci, dihina dan dibuli, Jongin sekali lagi berpindah. Tapi kali ini di Amsterdam, memandangkan di sana mempunyai sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa yang terbagus, omma dan appa Jongin bersetuju untuk berpindah ke situ.
Memandangkan syarikat appa Jongin baru saja membangun, terdapat beberapa masalah teknikal yang menyebabkan appanya terpaksa pulang ke Korea meninggalkan isteri dan anaknya di
Amsterdam.Pada satu malam...
"Ya?"
"..."
"Ha? Macam mana boleh jadi macam tu? Ya Tuhan...baiklah. Unnie pulang ke Korea
malam ni juga!""..."
"Tak apa! Boleh mintak cuti. Nanti unnie uruskan semua tu yang penting, saeng kena kuat. Saeng kena kuat demi Haesung dan juga Hyewon!"
"..."
"Tabahlah, adikku."
Jongin yang terjaga daripada tidur menonyoh-nonyoh matanya. Dia yang kini berusia empat belas tahun kelihatan..sangat kacak. Walaupun masih di alam persekolahan.
"Sayang, kemas— ani. Jongin mandi dulu, kejap omma nak book tiket ke Korea lepastu omma tolong kemaskan barang-barang Jongin ok? Kita kena balik Korea malam ni juga!"
"Kenapa, omma?" Tanya Jongin yang masih lagi mamai. Yalah, sedar sedar dah kena balik Korea. Siapa tak pelik? "Haesung dengan Hyewon kena langgar lari!"
Jongin tersentak. Dia menghembus nafas perlahan untuk mengawal emosinya yang tiba-tiba tidak stabil. "Nae, omma. Jangan risau, Jongin dapat kemas barang Jongin sendiri."
*****
YOU ARE READING
played
FanfictionKata cinta kau ungkapkan, Menusuk ke dalam jiwa, Kepercayaan yang makin pudar, Perpisahan yang makin hampir, Dapatkah bahagia dikecapi? -------------- Penerangan/Pengakuan: Cerita yang sebenarnya banyak cliffhanger, twisted plot dan sebagainya. H...