18. Yeojachingu

2.7K 247 41
                                    

For sesiapa yang ship Amanda and Jimin, please #jangankecamsaya dekat chapter ni hehe.

--

*Amanda's POV*

"Okay sampai sini sahaja kelas kita." kata pensyarah Suk.

Aku bangun lalu mengemas barang-barangku untuk pulang. Penatnya, hehh.

Aku berjalan menuju ke bus stop. Appa tak dapat ambil aku harini, so aku kena la naik bus. Nevermind, macam tak biasa je aku ni hahaha. Aku dapat merasakan bahawa ada seseorang mengekori aku. Tapi, aku abaikan. Mainan perasaan je kot.

Aku memasang earphone ditelinga, aku memainkan lagu Love Me Right by Exo. Biarpun ini lagu lama (sikit) exo, aku tetap menyukainya. Hahaha.

"Baby love me right aha~" aku menyanyi-nyanyi kecil. Lambat pula bus ni. Aku mengeluh, dahla aku sorang-sorang dekat sini.

Aku pelik melihat ada kereta Ferrari berwarna Merah menuju ke arah bus stop ini. Ok, pelik. Hahaha. Aku mengabaikannya. Aku mendengar bunyi hon berkali kali. Siapa pulak yang main hon hon kereta ni? Aku mencabut earphone ditelinga ku.

Aku memandang semula ke arah kereta Ferrari berwarna merah tadi. Cermin tingkap kereta itu diturunkan. Hampir terkeluar biji mata aku melihat orang yang berada di dalam kereta itu.

*Kai's POV*

Aku ternampak seorang perempuan tengah berjalan keluar dari kelas Argid. Dan ianya ialah Amanda. Hebat kan aku? Hahaha. Aku tersenyum nakal. Long time no see you Amanda.
Aku nampak dia ke bus stop. Dia tengah pasang earphone. Dia makin cantik.. Amanda memang cantik dari dulu..

Aku memandu kereta ku ke bus stop berdekatan dengan universiti dimana tempat Amanda menunggu bus. Yelah bus, takkan la tunggu kuda.

Aku nampak dia tengok ke arah kereta aku. Tapi, dia tak nampak aku sebab cermin tingkap kereta aku gelap.

Aku menge'hon'kan kereta ku banyak kali. Muahahahhahaha.
Aku nampak dia mencabut earphonenya dan memandang aku. Sorry, kereta aku. Ha marogh marogh.

Aku menurunkan cermin tingkap kereta aku dengan perlahan. Aku melihat muka dia seperti terkejut beruk. Tapi, beruk tak selawa dia.
Kemudian riak wajah mukanya dibetulkan(?) balik. Hahaha.

"Hi, tengah tunggu bus?-"

"Tak, tunggu kuda." Aku ketawa kecil. Dahla potong ayat aku, lepas tu berloyar buruk pulak.

"Nak saya tolong hantarkan?" tanya ku dengan senyuman manis. Nak tengok dia tergoda ke tak haha.

"Awak siapa? Saya tak kenal awak." Aku rasa nak ketawa guling-guling sekarang ni. Aduii Amanda, Amanda.

"Betul ke awak tak kenal saya?" tanya ku dengan membuat smirk. Aku nampak dia menggigit atas bawah bibirnya. Nak goda aku ke apa?

"Ke awak nak saya buat-"

"Kai, please go." kata Amanda. Aku tersenyum kemenangan. Finally, kau mengaku jugak kau kenal aku kan? Hahahaha.

"Jomlah, aku hantar. Nanti ada perogol ke..." Amanda menggulingkan bebola matanya.

"Taknak Kai." balas Amanda. Degil eh? Aku keluar dari kereta dan "KAI!!! TURUNKAN AKU KAI!! KAIIIIIII!!!" Amanda memukul mukul dada bidang ku. Kenapa? Sebab aku angkat dia secara 'bridal style'. Muahahaha.

"No way baby." balas ku sambil mengenyitkan mata ke arah Amanda. Amanda tak menghiraukannya lalu sambung memukul dadaku.

Aku meletakkan dia di seat sebelah aku. Muka dia masam mencuka. Aku memandu ke rumahnya.

"Amanda, kenapa kau pindah? Kenapa kau nak larikan diri dari aku? Kau tahu tak aku rindukan kau? " Aku berkata sambil mengeluh. Kalau lah dia tahu betapa sakitnya hati aku bila tahu dia pindah ke Amerika.

"Kenapa? Nak buli aku lagi?" tanya Amanda sambil tersenyum sinis. Aku mendiamkan diri. Aku menghentikan kereta di hadapan rumahnya. Betul-betul dihadapan rumahnya.

"Thanks." Aku menarik tangannya menyebabkan dia jatuh terduduk semula di seat kereta aku.

"Mianhaeyo, saranghaeyo." Aku membisikkan perkataan-perkataan itu kepada Amanda. Dia turun dari kereta aku dan masuk ke rumahnya.

Aku tahu. Mesti kau susah untuk maafkan aku kan Amanda? Dan, mesti kau susah untuk lupakan aku jugak kan Amanda? Aku berharap cinta kau kepada aku tak pudar. Itu sahaja harapan aku.

+++++

*Amanda's POV*

From ; Jimin Oppa
To ; Amanda

Oh really? Ah mian. Oppa ada photoshoot tadi. Jom jumpa oppa? Oppa pun nak perkenalkan Amanda dengan seseorang. :)

Malam malam macam ni nak jumpa aku? Ok, malam apanya. Baru pukul 8:00 pm. Eh, malam lah jugak kan? Whatevah. Hahaha.

From ; Amanda
To ; Jimin Oppa

Okay , dekat cafe bean.

Tapi siapa yang dia nak kenalkan tu eh?

Aku menyarung dress paras lutut warna kuning langsat. Aku melepaskan rambut aku. Aku memang suka lepaskan rambut. Ada masalah? Hehehe.

Aku mencalit sedikit lipbalm dan, siap! Haha. Lagi 5 minit. Aku memberitahu omma dan appa yang aku nak jumpa Jimin oppa and diorang kasi haha.

Aku mematikan enjin kereta dan berjalan masuk ke cafe bean. Aku nampak Jimin oppa dan seorang perempuan. Cantik.

"Hai Jimin oppa." Aku tersenyum manis memandang Jimin oppa dan perempuan disebelahnya.

"Hai, Amanda?" Aku mengangguk.

"Jemput duduk." Sambung Jimin oppa. Aku akur dan ambil tempat duduk di hadapan mereka.

"Amanda, oppa nak kenalkan Amanda ni." kata Jimin oppa. Aku mengangguk tanda membenarkan dia memberitahu apa yang ingin dia beritahu.

"Perempuan sebelah ini ialah Kim Minra. Yeojachingu oppa."

--

Byebye ;)

playedWhere stories live. Discover now