Mata Kai still tak pulih. Gws bae.
And thanks to hostelstudent for this new cover ;)
--
*Kai's POV*
" Asal lambat datang? " tanya Suho.
" Aku jumpa Amanda tadi. Dia dengan budak baru. Cousin dia katanya.. " Suho memandang aku dengan kening sebelahnya diangkat.
" Nama? "
" Kim Se.. Bi.. Hun.. Apa tah. Kim Bihun kot. " Suho mengangguk.
" Jom lah masuk kelas. " aku mengangguk. Kami berdua berjalan menuju ke kelas Berlin. Nama kelas pelik-pelik betul atuk aku ni buat.
" Weh, tu lah Bihun! " kata aku kepada Suho apabila ternampak Bihun duduk di meja bersebelahan meja aku.
" Yo, wassup man! " aku memandang ke arah Suho. Peramah betul si Suho ni.
" Nama aku Kim—"
" Aku tau, nama kau Bihun kan? " kata Suho. Aku tengok ramai kawan sekelas ketawa terkekek-kekek. Termasuk pensyarah.
" Hah? Nama aku Kim Sehun lah bukan Kim Bihun. " nama dia Sehun rupanya...
" Kai, kau cakap nama dia Bihun. " kata Suho sambil merenung tajam ke arah aku.
" Erk.. yeah? " Suho mengetuk kepala aku. Aishey Man! Sakit!
(( skip ))
*Amanda's POV*
" Perhatian! Kepada semua pelajar kelas Argid dan kelas Berlin, kamu semua diwajibkan untuk menyertai perkhemahan di Pulau Jeju selama tiga hari dua malam. Sebarang bayaran tidak dikenakan. Camping itu akan diadakan pada 25 Januari hingga 27 Januari. Dan ada beberapa pensyarah yang akan ikut. " kata pensyarah kelas kami. Saya mengeluh. Jadi, saya kena ikut lah ni?
Saya berjalan keluar ke cafeteria yang berdekatan. Saya memesan jjampong.
Dalam beberapa minit, jjampong itu sampai. Saya memberikan senyuman kepada pelayan yang menyampaikan pesanan saya ini.
Saya makan sambil menutup mata saya. Umm, sedapnya! Dah lama tak makan jjampong since duduk America.
Lepas tu, saya dapat rasa ada orang meniup-niup rambut depan saya yang terjatuh sedikit. Saya membuka mata.
" Uhukk! Uhukk! " orang itu memberikan saya segelas air.
" Ergh ! Sehun! Kai! Suho! Apa korang buat kat sini? " tanya saya dengan geram. Kacau je!
" Nak jumpa girlfriend aku. " balas Sehun dan Kai serentak. Saya dan Suho berpandangan sesama-sendiri.
" Girlfriend takde. Tu kat meja sana tu berlambak. " kata saya sambil memuncung kan mulut kepada beberapa orang pelajar yang sedang berbual senda di meja yang berdekatan.
" Tak cantik macam kau. " kata Kai dan Sehun. Serentak. Again.
" Whatever. Kacau mood aku la korang berdua ni. Jom Suho. " balas saya sambil menarik tangan Suho. Sempat saya memandang ke arah Kai dan Sehun. Mereka merenung tajam ke arah saya. Dah kenapa?
" Suho, hantar aku balik boleh? " Suho mengangguk sambil tersenyum tepi. Saya memberikan Suho senyuman paling manis.
" Kyeopta. " kata Suho sambil mencuit hujung hidung saya. Eh?
" Thanks hantar aku Suho. " kata saya kepada Suho. Suho mengangguk dan tersenyum sebelum keretanya laju meninggalkan rumah saya. Kan bagus kalau Kai macam Suho... hurmm.
Kejap. Kenapa saya cakap pasal Kai? Hm.
" Omma, nanti Universiti ada buat perkhemahan. " kata saya sambil menyuap daging lembu bakar ke dalam mulut.
" Bagus lah tu. Masa sekolah menengah dulu pun kamu takde ikut perkhemahan kan? " saya mengeluh. Kenapa lah omma tak halang saya..
" Tapi, Sehun pun ikut. Sebab dia kelas Berlin. Kelas Argid dan Berlin pergi. Lepas tu jauh omma. Kat Pulau Jeju.. " kata saya dengan bersungguh-sungguh. Harap omma halanglah..
" Hah! Bagus lah tu! Ada cousin kamu. " kata omma lalu berlalu ke dapur. Ish! Ingat ke omma ni nak halang. Saya berlalu ke dapur untuk membasuh tangan.
Saya masuk ke bilik dan mendengus geram. Macam mana kalau Jackson pun... pergi jugak?
" Aish... " saya rasa awkward..
Hmmm.(( skip ))
" Esok kena pergi camping. Kenapa lah tak cakap awal-awal! Hish! " saya membebel seorang diri.
" Jangan marah-marah. Nanti cepat tua. " saya memandang ke arah suara itu. Macam mana..
" Kau buat apa dekat sini Kai? " tanya saya dengan dingin.
" Jumpa my lovely girlfriend. " kata Kai sambil tersenyum tepi.
" Eeee siapa girlfriend kau? " kata saya kepada dia.
" Eh? Girlfriend aku Mrs.Choi , nampak sangat yang kau nak jadi girlfriend aku kan? " muka saya merah menahan malu dan geram. Ergh this guy !
" By the way, kau pergi camping tu ke? " tanya Kai kepada saya.
" Kalau tak nak pergi pun terpaksa pergi jugak. " saya menjeling ke arah Kai.
" Boleh lah... " Kai berhenti sekejap dan mendekatkan mulutnya ke telinga saya.
" ... aku tidur satu khemah dengan kau kan? " saya memandang ke arah Kai. Kai tersenyum nakal. Ya ampun, byuntae sama dengan Sehun la budak ni!
" No way Kai. "
" Okay, lepas kita kahwin. Boleh lah tidur satu katil kan? " Kai tersenyum nakal lagi.
" Amboi Kai.. dah fikir pasal kahwin dah? " kata omma yang muncul dari mana tak tahu." Hehehe. Boleh kan Kai kahwin dengan anak aunty ni ? " eeee Kai ni. And guess what? Omma mengangguk.
" Eee takde sape nak kahwin dengan kau. I hate you. " kata saya lalu memukul perlahan dadanya.
" I love you too. " kata Kai sambil mengenyitkan sebelah matanya lalu meninggalkan saya.
--
Mian pendek.
YOU ARE READING
played
FanfictionKata cinta kau ungkapkan, Menusuk ke dalam jiwa, Kepercayaan yang makin pudar, Perpisahan yang makin hampir, Dapatkah bahagia dikecapi? -------------- Penerangan/Pengakuan: Cerita yang sebenarnya banyak cliffhanger, twisted plot dan sebagainya. H...