30. Mata Bengkak

2.2K 231 34
                                    

Wahh so if i put goals dekat chapter-chapter yang akan datang ramai lah komen? Hmmmmm should i put goals? Ngehngehngehhh ! XD

--

*No One's POV*

Amanda memerhatikan kawasan sekelilingnya. Hutan.

" Tolong! " Amanda menjerit dengan kuat. Hari mulai gelap. Amanda sejuk dan ketakutan.

" Sesiapa! Tolong saya! Hyeraaa!!! " jerit Amanda dengan kuat lagi. Malangnya, tiada siapa yang mendengar jeritan Amanda.

" Sesiapa.... T-tolong s-saya... " mata Amanda mulai layu. Perlahan-lahan.. Sehingga matanya tertutup..

*Jackson's POV*

" Tolong! " aku terdengar ada bunyi orang meminta tolong. Tapi... di mana?

" Sesiapa! Tolong saya! Hyeraaa!!! " kali ini jeritan itu makin kuat. Aku memandang ke hadapan. Aku memandang ke arah ahli kumpulan aku. Satu, dua, tiga dan em— eh? Mana Amanda?

Aku berlari ke hadapan.
" Mana Amanda?! " tanya aku dengan tegas kepada mereka bertiga.

" Dia turun khemah tadi. " kata Sehun dengan selamba. Sehun ni kan sepupu Amanda.. takkan lah dia tak risau?

" Kau fikir perjalanan nak ke tapak perkhemahan ni dekat ke? Kita pun dah nak sampai! Kau bodoh ke apa?! " marah aku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

" Kenapa ni cikgu Jackson? " tanya pensyarah kumpulan 3, Jonghyun.

" A-Amanda hilang.. " kata aku dengan tergagap-gagap.

" APA?! " aku menoleh ke tepi. Hyera. Dia ni, kawan baik Amanda kan?

" Haha sir main-main kan? Tak lawak lah sir. " kata Hyera sambil tergelak kecil.

" Saya tak main-main Hyera. Amanda betul-betul hilang! " kata aku dengan nada yang serious. Muka Hyera kelihatan merah. Menahan marah mungkin?

Aku tengok Hyera berlalu ke depan. Pergi ke arah Sehun? Mungkin?

* No One's POV *

" Baik kau cakap dekat aku mana Amanda?! " Hyera menjerit ke arah Sehun.

" Mana lah aku tahu. " balas Sehun dengan selamba. Padahal di dalam hatinya sudah mulai risau dengan Amanda.

" Hoshi. Cerita dekat aku. " kata Hyera sambil menahan marah.

" T-tadi, Amanda tolak Mina sampai jatuh. Lepastu, S-Sehun tampar Amanda. Lepastu, Amanda lari turun ke bawah... " Hyera melopong. Satu tamparan hinggap di pipi putih bersih Sehun.

" KAU TAMPAR AMANDA?! " Sehun tersenyum sinis sambil mengangguk.

" Siapa suruh dia tolak Mina dulu? " tanya Sehun dengan sinis.

" EH PEREMPUAN! AMANDA BUKAN ORANG MACAM TU! KAU YANG PURA-PURA JATUH KAN?!! " Hyera sudah tidak boleh menahan amarahnya.

" Mana ada! Dia yang tolak aku! Baby pun nampak kan? " Mina memeluk lengan Sehun. Sehun mengangguk.

" Sudah-sudah lah tu kau berlakon Mina. Aku nampak sendiri dengan mata kepala aku yang kau pura-pura jatuh depan Sehun dengan Hoshi. Licik kau kan Mina? " Suho yang datang dari mana entah melayang-layangkan telefon bimbitnya.

" Bagi aku tengok! " jerit Hyera kepada Suho. Suho datang ke arah mereka.

Suho menekan button 'play' di video itu.
Video itu bermula. Video itu menunjukkan bahawa Mina mengotorkan seluarnya dan memegang tangan Amanda. Dan dia berpura-pura jatuh apabila Sehun dan Hoshi sampai.

playedWhere stories live. Discover now