71. What?

245 15 12
                                    


First of all, please baca sebelum scroll down!

Cerita ni memang SLOW UPDATE. Its been months since I update this book. Sorry but really, idea takde langsung and I've been really busy lately.

Tolong jangan marah kalau lambat update. And ni pun sebab dah beberapa orang suruh saya update. Serious terharu. Ingatkan tak ada dah nak baca cerita ni. Thankyou😭❤ xx

Muram sahaja wajahnya. Tiada secalit senyuman pun yang mampu diukir. Kegembiraannya hilang begitu saja. Di mana hilangnya kegembiraan? Apakah maksudnya kegembiraan?

"I need to find him. No matter what, I will find him." Kata-kata Taehyung telah memberi semangat kepada Amanda. Dia sedar, pada detik ini, dia harus ketepikan egonya demi lelaki yang dicintai. Dia tidak sepatutnya membazirkan masa-masanya dengan menyepikan diri.

Dia harus cari Kai.

"Apa yang harus dilakukan, harus dilakukan. Apa yang tidak, harus ditinggalkan. He is my happiness. The greatest gift from god."

×××××

"Amanda, nak ke mana tu? Ni Ameline siapa jaga?"

"Amanda nak cari suami Amanda. Em.. Boleh omma tolong jagakan Ameline sekejap? Nanti Amanda datang balik." Senyuman manis mulai terbit di bibir perempuan tua yang digelar 'omma'. Hatinya menjadi lega kerana anaknya sudah sedar apa yang harus dilakukan.

"Boleh sayang. Pergi, cari Kai. Omma pasti sekarang dia sangat memerlukan Amanda. Dan juga Ameline." Amanda mengangguk sebelum mengucup lembut pipi montel Ameline.

"Omma pergi dulu ya sayang.. Jangan nakal nakal dengan halmeonim ya? Omma janji, omma akan bawak appa balik. Omma janji." Jari jemari anak kecil itu digenggam erat sebelum kakinya melangkah keluar dengan azam yang baru.

Di dalam kereta, Amanda menepuk-nepu dadanya. Terasa sakit yang amat sekali, penyakit apakah ini? Rindukah? Sedihkah? Amanda memejamkan matanya sebelum menghembuskan nafas dengan kuat.

×××××

"Oh...begitu. Kalau macam tu bila saya boleh tahu tarikh pembedahan?"

"Pihak hospital akan keluarkan surat dan hantar ke rumah encik. Encik cuma perlu isi borang yang telah disediakan." Terang jururawat yang bertugas di hospital tersebut. Kai mengangguk dan mengisi borang yang diterima.

Tangannya yang sedang menulis terhenti apabila soalan di borang itu berbaurkan perkahwinan.

Single □
Married □

Kai meneguk air liurnya perlahan. Dahinya mulai berpeluh walaupun hospital itu dipenuhi dengan angin sejuk daripada penghawa dingin.

Dengan perlahan tangannya menanda Married. Baginya, sejauh mana pun isteri dan anaknya, mereka tetap dekat di hati. Apa pun yang terjadi dia akan tetap menyayangi mereka sepenuh hati.

"Salah aku, bukan salah orang lain." Gumam Kai perlahan lalu meraup mukanya.

"Kalaulah aku bagitahu Amanda awal awal.... Kalaulah aku tak sembunyikan perkara ni... Tapi, aku taknak dia sedih."

Malas mahu memikir, dia bangun untuk menghantar borang tersebut kepada jururawat yang berada di kaunter. Selepas itu, dia pulang ke rumah dengan hati yang berat.

×××××

Tiket penerbangan ke Philippines dipegang dengan kemas. Sedih? Gembira? Takut? Semuanya ada. Amanda memerhati keadaan sekeliling. Sesudah sahaja pengunguman dibuat, dia berjalan memasuki kapal terbang.

Dalam hatinya dia berharap agar semuanya berjalan lancar di sana dan juga di sini.

Perjalanan ke Philippines mengambil masa beberapa jam. Tapi bagi Amanda jam itu bagaikan bertahun. Sesudah sahaja tiba di Manila Ninoy Aquino International Airport (MNL), Amanda mengeluarkan telefon bimbitnya.

Dia sudah mengetahui di mana rumah Uncle Jason. Semuanya kerana Taehyung.

"Amanda, the truth is.. Kai dengan saya ni kawan. Sorry sebab saya tak bagitahu awak, but really. Saya nak tolong korang tapi.... I think I shouldn't getting involve dengan masalah korang. But memandangkan korang berdua kawan saya, saya terpaksa."

Dan melalui itu Amanda tahu semua apa yang terjadi kepada Kai. Bagaimana dia boleh ada kanser. Di mana dia tinggal sekarang. Bagaimana keadaan dia sekarang.

Thanks to Taehyung.

Walaupun pada mulanya dia agak marah dan kecewa terhadap Taehyung kerana tidak memberitahunya sejak azali lagi tapi dia membuang perasaan perasaan itu. Yang penting sekarang ini adalah suami dia.

Amanda mengambil teksi untuk ke rumah Uncle Jason.

"I am here. I will never leave you again, Kai."

×××××

Ring. Ring. Rin-

"Wait!" Jerit seorang lelaki apabila loceng rumahnya ditekan banyak kali. Dengan surat khabar ditangannya, dia berjalan ke arah pintu utama.

Terpacul wajah seorang wanita berbangsa Korea di hadapan pintu rumahnya.

"Excuse me young lady, who are you?"

"Jason Ibara?"

Lelaki itu terdiam sejenak. "Yes, I am. And...you?"

"I am Amanda Kim." Amanda menghulurkan tangannya untuk berjabat. Jason ataupun Uncle Jason menyambut huluran tersebut dengan muka yang keliru.

"Wait.. I think I've heard that name somewhere.."

"Yes. I am Kim Jongin's wife." Mata  Jason terus merenung Amanda. Tidak dia sangka bahawa inilah isteri yang selama ni Kai katakan.

"No wonder, siya ay isang magandang babae." Gumam Jason. Amanda hanya diam kerana dia tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki bernama Jason itu.

"Your husband is here. Come in." Senyuman nipis diberikan kepada Jason daripada Amanda. Amanda melangkah masuk ke dalam rumah lelaki itu dengan rasa gelisah.

"He is upstairs. Let me show you his room. This way." Kata Jason kepada Amanda. Amanda melihat pintu yang berwarna krim susu. Jason membuka pintu tersebut perlahan dan masuk ke dalam manakala Amanda menunggu di luar.

"Kai, someone wants to meet you."

"Who?" Dengan satu perkataan itu jantung Amanda bagaikan terhenti berdegup buat sesaat. Suara yang dirinduinya. Suara yang ingin sangat dia dengar. Air matanya mula bergelinang, cepat sahaja dia mengelap.

"See it by yourself." Jason keluar dari bilik Kai dan menyuruh Amanda masuk ke dalam bilik itu. Tetamu memang tidak dibenarkan masuk dalam bilik orang tetapi tetamu ini adalah isterinya dan dia mahu memberi mereka berdua privasi.

"Thank you." Kata Amanda kepada Jason. Jason hanya tersenyum. Amanda menghembus nafas perlahan.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik suaminya itu. Kepalanya didongak. Hanya belakang badan Kai yang dia nampak kerana Kai sedang berada di balkoninya.

Perlahan lahan Amanda memeluk Kai dari belakang dengan erat. Erat sangat, bagai dia tidak mahu melepaskan Kai.

"Who are--"

Percakapan Kai terhenti apabila dia terasa basah di belakang badannya. Matanya melirik ke tangan yang berada di perutnya. Tangan perempuan.

Pandangannya jatuh ke arah jari jemari perempuan itu.

"Cincin ni.."

"Amanda?" Kai bernafas dengan laju. Dia perlukan kepastian. Dia memusingkan badannya ke belakang.

Saat itu, baginya dunia ini terhenti.

This is the face that I've been missing,
The beautiful eyes that I want to stare all day long,
The cute nose that I want to pinch,
The lips that I want to taste..

Air mata Kai turun. Setitik, dua titik, tiga titik, dan mengalir dengan laju. Badannya kaku. Dia hanya memandang Amanda yang sedang merenungnya juga.

"Kenapa awak ada dekat sini?" Persoalan Kai membuatkan Amanda tersentak. Nadanya sangat dingin. Lidah Amanda kelu.

--

Siya ay isang magandang babae - She is a beautiful woman.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

playedWhere stories live. Discover now