Chap 1

119K 3.7K 95
                                    

"No, Iman takkan ambil alih Syarikat papa besides i'm study in Education. Iman nak jadi cikgu." Tegas Syafiq Hilman dipaksa Dato Hamid supaya masuk ke pejabat.

"Jadi Iman tipu papalah?! Papa hantar Iman ambik bussiness management kat sana. Cikgu? Tolonglah Iman, Iman ada syarikat papa. For what to be a teacher?!" Bentak Dato Hamid mula panas hati ditipu hidup hidup. Ibu Yani hanya melihat dari jauh tidak berani mahu ikut campur urusan dua beranak itu.

"Whether papa like it or not, i still want to be a teacher." Balas Iman mendatar berlalu pergi meninggalkan ruang tamu.

Elleana mengangkat Zahra yang terkejut dek bunyi hentakan pintu Iman masuk ke bilik tadi. Matanya ralit melirik suaminya yang kelihatan sedang marah. Melihat Zahra terlena, Elleana cepat-cepat meletakkan anaknya ke katil lalu dibedung semula supaya tidak terkejut lagi persis tadi.

"Sayang, kenapa ni?" Tegur Elleana melutut di depan suaminya.

"Saya benganglah, Ell... papa paksa saya ambik syarikat dia, saya tak minat. Saya nak jadi cikgu." Luah Iman tidak puas hati, risau keputusan papanya sudah bulat. Bibirnya mencebik.

Tak papa, tak Iman. Sebenarnya dua-dua keras kepala. Andai saja ada salah seorang yang mahu mengalah, semua akan kembali baik.

"Papa ada anak lelaki awak sorang Iman, dia pun dah tua. Nak berehat main dengan anak cucu. Kalau bukan Iman, siapa lagi? Iman sanggup tengok syarikat yang papa bangunkan bertahun-tahun and then dipegang oleh orang yang bukan daripada ahli keluarga papa. Apa dia rasa?" Pujuk Elleana cuba membuat Iman faham. Kedengaran seperti memihak kepada Dato Hamid namun niatnya mahu Iman berfikir dengan betul dalam mengambil setiap langkahnya.

Iman merenung mata Elleana sejenak. Dia yakin hatinya sudah sejuk dipujuk Elleana dari tadi. Elleana sungguh tidak pernah gagal membuat dia sentiasa tersenyum. Iman akui kadang-kadang rajuk Elleana agak keterlaluan namun apabila datang manisnya, semuanya terasa indah.

"Sayang, you know what? You always made my day. Zahra too." Ujar Iman sudah tersenyum.

"Well, isteri dan anak kan buah hati suami." Balas Elleana bangga mahu bangun lalu ditarik oleh Iman.

"Kenapa ni?"

"Zahra awak dah dodoikan, Iman pun nak jugak. Please..." Rengek Iman mengebilkan matanya berulangkali.

"Iman, janganlah. Zahra baby, awak--- daddy baby. Come on, let me go." Pinta Elleana lembut namun pinggangnya lantas dirangkul Iman seerat yang mungkin.

Jangan Iman... Zahra masih kecik. Tak mungkin ada adik lagi.

"Sayang, nak--- air hot chocolate. Buatkan?" Pesan Iman mendongakkan kepalanya. Elleana memalingkan wajahnya malu. Sangkaannya meleset.

Buat malu tahu tak Ell!

Elleana ke dapur mengambil cawan lalu memasukkan serbuk chocolate ke dalam cawan tadi diikuti sedikit susu. Tangannya mengacau campuran bahan tadi berlawanan arah jam. Sebelum membawa air kepada Iman, sempat Elleana merasa sedikit. Takut pula tidak menepati citarasa Iman seperti selalu.

"Iman, nah air awak." Tegur Elleana melihat Iman sibuk dengan komputer ribanya.

"Thank you sayang!" Balas Iman teruja namun nada suaranya masih seperti berbisik memandangkan anak kecilnya masih lena disisi.

"Awak buat apa ni?" Tanya Elleana menjengah ke komputer riba itu duduk di sebelah Iman.

"Saya nak mohon pertukaran ke sekolah lain, tawaran yang saya dapat jauh kot." Terang Iman menghirup air chocolate buatan Elleana. Masih sedap seperti selalu.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now