Chapter 17

31.8K 1.7K 58
                                    

"Kenyang dah Iman? Baru sepinggan, selalunya dua pinggan," usik Makngah melihat Iman terus mencuci pinggan di sinki.

"Sepinggan pun banyak kot tadi Iman ambik nasi, Iman taknak fight dengan Ell yang kuat makan ni..." usik Iman sengaja mahu menyakat Elleana.

Elleana menyusul Iman ke sinki sambil tangan kirinya laju menepuk lengan Iman. Matanya dikecilkan tanda geram pula diejek kuat makan. Makngah tergelak kecil melihat gelagat anak menantunya, Maria jelas kelihatan menyampah sehingga mulutnya sengaja diherotkan sedikit sambil matanya menjeling ke atas konon geli melihat hubungan mereka tiga beranak.

"Ell alang-alang kau basuh pinggan kan? Tolong eh basuhkan aku punya, bukan selalu---"

"Haa letak jelah, nanti aku basuhkan." Elleana tersenyum tidak mahu berkira memandangkan satu saja pinggan Maria.

Maria berlalu keluar dari dapur sempat menggoyangkan tangannya yang masih ada percikan air sehingga terkena Elleana sedikit. Jujur Elleana mahu saja menegur namun risau disalahertikan pula, lagi pula Elleana ikhlas ingin membantu perempuan itu. Makngah yang sudah berapi sejak daripada tadi lantas menghembuskan kemarahannya.

"Bukan selalu? Selama ni pun aku yang basuh pinggan kotor dia, nak harapkan menantu pun tak boleh. Pemalas, tahu makan lepastu tidur. Tak pernah nak senangkan mak mertua sendiri!" Hambur makngah tidak tahan lagi.

"Makngah, sudahlah tu... Ell memang nak tolong dia. Alaa bukan banyak pun, mungkin dia belum biasa lagi dengan cara hidup kat sini. Makngah kenalah bagi masa kat Maria. Ell yakin nanti dia belajarlah sikit-sikit." pujuk Elleana yang sedang membilas pinggan-pinggan.

"Makngah rasa macam menyesal pulak izinkan Afi kahwin dengan orang bandar. Kalau tahu makngah jodohkan Abang Afi Ell tu dengan anak makcik Senah simpang jalan sana. Budak Hidayah tu apa kurangnya. Dah lah cantik, baik pulak tu. Yang penting--- rajin!" Luah makngah lagi membuatkan Elleana tergelak kecil mendengar bebelan makngah sejak tadi.

"Hi!"

"Eh Maria, terkejut saya." Iman memalingkan kepalanya selepas terasa bahunya ditepuk kuat.

"Sorry... lama tak jumpa awak, macam excited pulak. By the way, awak makin handsome jauh beza dari zaman sekolah dulu---"

"Jap, jap, sekarang awak nak cakap masa zaman sekolah saya buruklah?" Tanya Iman sambil keningnya terangkat sebelah.

"Tak, tak. Maksud saya masa zaman sekolah awak memang dah handsome, tapi sekarang awak lagi lagi lagi handsome." Jelas Maria yang sibuk membetulkan rambutnya keterlaluan pula memuji Iman.

"Tapi, tak boleh lawan suami awak. Dia lagi handsome." Usik Iman kembali memuji Abang Afi pula.

"Suami saya? Handsome? Awak jangan buat lawaklah. Hilman, kalau saya cakap awak lagi menarik daripada suami saya?"

"Jangan merepeklah Maria, kalau Afi dengar mahu lebam biji mata saya. Haa! Awak dengar tu? Zahra nangis... saya tengok Zahra sekejap eh," gelak Iman segera melarikan diri ke bilik untuk mendapatkan Zahra.

Zahra nangis? Bila masa? Kenapa aku tak dengar pun? Ke... Dia sengaja nak mengelak, hmm...

"Hey sayang..." tegur Abang Afi menyentuh bahu isterinya.

"Err.. Awak,"

"Berangan apa tu?" tanya Abang Afi segera melabuhkan punggungnya ke tangga.

"Mana ada berangan, haa! awak cakap nak bawak saya balik rumah mama saya minggu ni, saya rindu mama saya. Jomlah balik..." Rayu Maria menggoncang tangan suaminya.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now