SPECIAL PART (6)

17.2K 1.1K 113
                                    

(Song - Kisah Ku Inginkan, Judika & Siti)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Song - Kisah Ku Inginkan, Judika & Siti)

"Mana si Iman ni, text tadi kata dah dekat tapi belum nampak lagi kereta dia masuk sini." Rungut Dato Hamid memegang telefonnya sambil menjengah ke luar kawasan rumah keluarga Ibu Yani.

"Kejap lagi sampailah tu abang, abang cuba duduk. Pening Yani tengok abang pusing sana pusing sini." Perli Yani yang tahu suaminya pasti risau Iman dan Elleana tersesat kerana ini kali pertama Iman kesini. Sebelum ini ada juga mereka mengajak namun waktu itu hubungan Iman dan Ibu Yani masih dingin. Yani juga sudah menghantar mesej kepada menantunya namun belum juga dibalas barangkali telefon Elleana kehabisan bateri.

"Amboi bakal pengantin ni pun tak boleh berenggang! Makan aiskrim dua puluh sen pulak, nanti dua dua demam masa sanding." Celoteh ibu Haneem mengusik anak dan bakal menantunya, Farris Iman. Farris Iman tersengih malu dilihat oleh ahli keluarga Haneem sambil tangannya belum melepaskan aiskrim malaysia.

"Entah, mana boleh pengantin lelaki jumpa pengantin perempuan selalu. Nanti hari majlis tak suprise lah!" Jerit makngah Haneem didapur menyebabkan seluruh ahli keluarganya tergelak besar tidak kering gusi. Ada sajalah yang mahu menyakat bakal pengantin yang duduk berdua di ruang tamu.

"Assalamualaikum!"

Haneem berlari ke depan meninggalkan Farris Iman menyusun aiskrim buatan mereka seorang diri sebaik saja terdengar suara orang memberi salam.

"Waalaikumussalam----"

"Eh! Eh! Tolong!" Iman menjerit apabila gadis yang menyambut di depannya tiba tiba pitam namun sempat Iman menangkap tubuh itu sebelum terjatuh ke lantai.

Ni kenapa pulak pengsan depan pintu?
Betul betul aura negatif Iman bawak. Ish ish...

"Siapa tu papa? Kenapa pengsan?" Tanya Iman mengalihkan anak matanya pada sekujur tubuh yang dibaringkan di sofa tadi ditemani oleh makcik makciknya.

"Anak saudara ibu lah, Haneem. Dia lah yang nak kahwin."

"Penat sangat kot buat persiapan sendiri, yang dekat sebelah dia tu mesti bakal suami dia kan?" Soal Iman lagi mengarah kepada lelaki yang duduk disebelah seorang perempuan tua.

"Memandai je! Mana Iman tahu?" Potong Elleana tiba tiba. Entah kenapa dia merasa geram pula melihat Iman senang senang saja mengangkat budak itu untuk diletakkan atas sofa tadi.

"Mestilah. Kalau itu bukan bakal suami dia buat apa dia badi badi Iman masa Iman dukung bakal bini dia tadi. Nampak sangat cemburu." Balas Iman bangga apabila diberitahu oleh papa tekaannya semua benar belaka.

"Yang gatal tangan pergi angkat buat apa." Sindir Elleana perlahan tidak didengari oleh Dato Hamid namun cukup jelas kedengaran di telinga Iman.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now