Chapter 50 (THE END)

69.3K 2.3K 315
                                    

"Korang nak pergi mana ni? Dengan beg-beg semua? Weh Fariz!" Tanya Iman menggelabah, tangannya sempat menahan Fariz daripada terus mengangkat beg-beg itu semua keluar dari rumah itu. Fariz hanya mempamerkan wajah selamba, hati Iman mula tidak tenang. Ada apa yang berlaku? Kenapa Fariz nampak macam marah?

"Wana kau nak pergi mana?! Janganlah macam ni. Aku ada buat salah ke? Maafkan aku!" Rayu Elleana pula memeluk Wana apabila segala pertanyaan Iman tidak diendahkan. Iman berlari menahan di depan pintu supaya Fariz dan Wana tidak keluar.

"Ibu! Kenapa ibu diam je? Selama ni ibu yang tak bagi Wana pindah kan? Habis kenapa sekarang ibu diam?" Tanya Elleana mahu marah, matanya sudah bertakung bakal berpisah dengan Wana.

"Papa halau dorang ke?! Apa ni paaa?!" Iman sedikit geram lantas menyalahkan Dato Hamid. Dato Hamid membaca surat khabar dengan wajah tidak peduli begitu juga dengan ibu Yani.

"Sayang? Kenapa semua tak peduli ni? Tak pelik ke?" Bisik Iman pada Elleana. Elleana sudah menitiskan airmatanya sedih semuanya tidak menahan Wana dan Fariz daripada terus pergi.

"Riz! Kau jejak keluar dari pintu ni... kau bukan kawan aku lagi!" Iman menjerit memberi amaran sebaik saja Fariz dan Wana menghampirinya di pintu depan. Elleana sudah menarik lengan Wana tanda tidak mahu mereka pergi. Fariz sengaja merempuh Iman mahu keluar dari pintu depan. Wajahnya sungguh angkuh dan berlagak.

"Kita bukan kawan lagi! Kau pergilah mana kau nak pergi!" Bentak Iman nada menghalau. Matanya dijengilkan tanda geram sebelum berpeluk tubuh.

"Apa kau merepek ni?! Aku pindah sebelah jelah. Kau ni jiran jenis apa tak membantu jiran angkat barang?" Fariz menepuk dada Iman menahan dirinya daripada ketawa. Dato Hamid dan yang lain mula ketawa terbahak-bahak.

Pindah rumah sebelah?

"Rumah sebelah? Apa ni?"

"Kisahnya aku dah dapat rumah sebelah, itupun dengan pertolongan papa kau. Memang banglo sebelah tak sebesar rumah kau tapi... bolehlah untuk aku duduk tiga beranak."

"Apesal aku tak tahu?!" Iman tidak berpuas hati seterusnya mata dibulatkan memandang seluruh isi rumah.

"Suprise!" Nina mencelah.

"Nina pun tahu?! Maknanya kak Ell dengan abang Iman jelah tak tauu? Sampainya hati semua... penat Ell nangis..." Elleana mencebik lantas menjeling tanda merajuk lantas mendekati suaminya. Wajah kedua mereka sungguh tidak berpuas hati. Geram.

"Berjiranlah kita! Eh jiran, tolong angkat beg ni. Beratlah." Arah Fariz melepaskan begnya ke lantai. Kalau tak sebab kawan, aku dah buang beg kau! Biar tak berbaju kau!

"Jom pergi tengok rumah!" Ajak Wana riang, Rozana dan Ibu Yani orang pertama sibuk bertandang ke sebelah. Elleana masih rasa tersisih, sakit hati pula masakan hal begini tidak dimaklumkan kepadanya.

"Kau taknak tengok rumah aku ke Ell? Ada swimming pool tau." Ajak Wana memancing Elleana. Wajahnya sedikit teruja. Ada kolam? Mesti best!

 Ada kolam? Mesti best!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now