Chap 4

52.6K 2.8K 77
                                    

"Papa nak tahu kenapa Iman tak bagi Ell kerja? Look, Iman taknak kerja dengan papa its okay. Papa boleh terima, tapi kenapa bila papa nak Ell kerja dengan papa Iman larang?" Ujar Dato Hamid berduaan dengan Iman. Papanya kelihatan marah.

"Bukan Iman tak bagi Ell kerja--- habis cucu papa? Iman taknak Zahra terabai." Balas Iman sedikit berlembut.

Dato Hamid berlalu pergi dari taman meninggalkan Iman seorang diri. Apa yang dikatakan oleh Iman sememangnya benar juga. Seorang bayi kecil seperti Zahra sangat memerlukan kasih sayang orang terdekat terutama mamanya sendiri. Kusut kepala Dato Hamid memikirkan masa depan syarikatnya. Siapa yang bakal memimpin syarikat ini?

"Abang? Sudahlah tu. Yani taknak abang stress terlampau fikirkan hal kerja."

"Macam mana abang tak stress Yani, abang ada anak tapi anak abang taknak teruskan legasi bisnes yang abang bangunkan dari mula." Keluh Dato Hamid menyambut cawan air kopi yang dihulur oleh Ibu Yani tadi.

"Yani yakin abang, lambat laun pasti ada jalan penyelesaian juga. Antara Iman atau Ell, salah seorang pasti akan tolong abang. Yani taknak abang sakit fikirkan hal ni okay?"

Sejuk hati mendengar suara isteri yang pandai menenangkan suami yang sedang bercelaru.

"Macam mana? Dah seminggu Iman mengajar? Students awak masih buli?" Tanya Elleana menongkat lengannya ke bahu Iman.

"Helo Ell, ini suami awak tau. Sado pulak tu. Takkanlah seorang Iman nak mengalah dengan students. Saya boleh handle semuanya." Balas Iman bangga lalu menarik lengan Elleana ke dalam pelukannya.

"Students awak--- mesti ada perempuan cantik kan?" Elleana mencelah saat suaminya terdiam. Iman memandang Elleana sekilas.

"Oh, Ell jealous eh----" usik Iman menunjukkan jari telunjuknya.

"Mana ada!" Bantah Elleana mencebik.

"Iman jujur memang ramai students perempuan yang cantik tapi--- dorang tu nakal. Berbeza dengan Ell waktu zaman sekolah, keperibadian Ell sampai buatkan cikgu pun tergoda. Trust me, sikit pun Iman tak terbuka hati. Ell dah kunci hati Iman. Susah nak bukak tau, Ell bukan kunci je--- tapi dah ghaibkan kunci tu. Iman pun tak jumpa mana Ell letak kunci tu. Hee"

"Manisnya mulut Iman---" ujar Elleana memicit kedua pipi Iman.

×××××

"Morning!"

Semua pelajar mula bangun memberi salam apabila cikgu baru mereka masuk. Iman segera menyalin soalan di papan putih untuk menguji pelajaran semalam.

"Siapkan, saya akan panggil sesiapa saja untuk datang depan beri jawapan. Faham?" Tegas Iman mula duduk di tempatnya. Sesekali matanya menjeling ke arah pelajar yang cuba berbuat bising di belakang.

Hasya dan Yasmeen laju saja menjawab soalan yang diberikan. Dengan hanya merujuk buku teks, Hasya akhirnya berjaya menjawab dua soalan daripada enam soalan. Entah kenapa hatinya terdorong untuk mencari jawapan itu meskipun dirasakan susah. Selama ini dia lah pelajar yang paling degil sekali. Jangankan buku teks, buku latihan pun Hasya belum tentu bawa. Perubahan itu turut dirasakan oleh beberapa orang guru matapelajaran lain.

"Hasya! Macam mana kau jawab soalan tu. Ish! Feduplah, tak dapat jawab pun." Rungut Yasmeen menongkat kepalanya. Matanya sudah menyampah melihat soalan-soalan dari Cikgu Hilman.

"Inilah, kau tengok buku teks ni ada steps jawab soalan yang--- ini. Kau cubalah buat dulu."

Pelik? Sejak bila Hasya pandai Maths ni?

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now