Chap 6

47.2K 2.5K 112
                                    

"Jadi macam mana?"

"Mestilah pakcik terima! Syarikat pakcik memang cari orang macam Fariz dengan Wana. Kan bagus kalau Iman macam Fariz dengan Wana. Ini sibuk nak kerja tempat lain." Rungut Dato Hamid masih menyalahkan kerjaya yang dipilih oleh Iman.

Fariz dan Wana tersenyum tatkala diterima bekerja di syarikat Dato Hamid kepunyaan papa Iman. Mereka juga tidak habis fikir kenapa Iman lebih memilih untuk tidak bekerja di syarikat ini namun mereka faham kerjaya yang dipilih Iman sememangnya mulia, jika tiada pendidik maka tiadalah insan terpelajar seperti mereka. Jika bukan bermula dari sekolah masakan mereka dapat menyambung pelajaran ke luar negara. 

"Sayang, ini bererti---"

"Beerti apa?" Potong Wana memandang suaminya pelik.

"Beerti awak dengan Ell office mate! Remember tak apa yang Iman cakap semalam?" Tanya Fariz cuba mengingatkan isterinya. Agenda memohon kerja disini pun atas usul Iman juga, katanya sebagai menebus kesalahan kepada papanya.

"Lepas ni Ell kerja dengan papa aku,"

"Oh iyalah! Bestnya!" Ujar Wana teruja sudah tidak sabar lagi mahu bersatu dengan Elleana persis sewaktu sekolah dahulu.

"Sukalah tu, jangan lupa. Suami awak pun office mate awak tau. So lelaki lain tak boleh gatal dengan awak. Awas jelah kalau ada yang berani main mata dengan awak." Pesan Fariz mencuit hidung Wana sekaligus memberi amaran. Dasar lelaki tak ada yang lain yang dorang ingat!

"Oh jadi inilah strategi awak, nak kerja sekali dengan saya sebab taknak lelaki lain menggatal? Nakal eh! Sayang, jom makan... laparlah. Teringin nak makan---- donat J.Co!" Lengan Fariz segera dipeluk oleh Wana sekaligus mahu mengajak suaminya meraikan berita gembira ini.

"Makan?! Taknaklah. Saya tak selera ni..." Bantah Fariz lebih memilih untuk duduk di tempat kerjanya, menurut lelaki itu banyak lagi yang harus dia kemaskan. Wana mencebik saja mula mahu merajuk. Bibirnya sudah menebal, mata itu sudah berkaca sedih.

Alaa kesianlah pulak bini aku...

"Okaylah sayang, kita pergi makan okay? Stop doing that face. Buruklah sayang..." usik Fariz memeluk bahu Wana menyenangkan hati isterinya, hanya sekelip mata emosi Wana tadi bertukar menjadi gembira pula.

×××××

"Emir! I give you last warning, kalau nak belajar tolong siapkan kerja sekolah yang saya bagi. Kalau rasa taknak belajar awak boleh keluar dari kelas saya!" Bentak Iman menepuk meja Emir sudah terlalu sakit hati. Mata Emir laju saja menjeling Cikgu Hilman sungguh tercabar dengan Cikgu Hilman, Emir terus bangun merapikan kolar bajunya lalu berjalan keluar dari kelas 5 Cerdik dengan sendirinya tanpa perlu diheret.

Melawan? Bagus!

"Siapa lagi nak join Emir bolehlah angkat kaki keluar dari kelas saya. Saya cuma nak ingatkan, kalau Cikgu Hisham nampak comfirm awak kena panggil." Ugut Iman menakutkan pelajar lain terutamanya Emir yang sudah diluar kelas.

Cikgu Hisham?! Mana? Mana? Emir menundukkan mukanya takut dilihat oleh Cikgu Hisham. Dia menyesal bertindak terburu-buru tanpa memikirkan akibat yang bakal dia hadapi.

"Yasmeen, buat soalan nombor tiga!" Panggil Iman. Suaranya sedikit tegas membuatkan Yasmeen menelan air liur ketakutan.

"Macam mana ni Hasya, kalau aku jawab salah macam mana?" Bisik Yasmeen menarik lengan baju Hasya minta gadis itu menolongnya.

"Percaya pada diri sendiri Meen, i know you can do it! Chaiyok!" Ujar Hasya tersengih memberi semangat buat sahabat baiknya. Yasmeen merenung soalan di papan putih berulang kali.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now