Chapter 37

33K 1.7K 111
                                    

"Bawak jelah Iman tu pergi klinik Ell, daripada semalam dok wek-wek. Makan satu apa pun tidak, perut tu bila kosong senang masuk angin tau." Tegur Rozana melihat Iman berbaring dari luar bilik saja.

"Susah kalau isteri mengandung, suami pun mengandung." Perli Fariz tergelak lantas pehanya ditepuk oleh Wana. Mulutnya muncung tanda merajuk namun masih punya hati mahu mengusik Iman.

Elleana mendekati suaminya yang terbaring lemah, bibirnya sedikit merekah kerana tidak mahu menyentuh satu makanan dan minuman sejak semalam. Selepas solat Subuh selalunya Iman akan mulai bersiap untuk ke sekolah namun pagi itu dia kembali berbaring setelah selesai solat, rambut Iman diusap lembut oleh tangan kecil Elleana. Iman mengerutkan keningnya terasa dahinya disentuh, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi.

"Ya Allah Iman dah lambat!" Rungut Iman segera bangun namun dia kembali terjatuh ke katil setelah tangannya ditarik kuat oleh Elleana.

"Ell... janganlah macam ni. Nanti Iman balik Iman ikut semua kehendak Ell ye?" Rayu Iman tahu dia sudah lambat. Tangan Elleana digenggam sebelum dia bangun meneruskan niatnya mahu ke sekolah untuk mengajar juga pagi itu.

Baru saja hilang segala rasa mualnya, Zahra dibawa masuk ke bilik pagi itu untuk minum susu dan bermanja dengan Elleana. Sebaik saja Zahra mendekati Iman minta dicium, rasa loyanya kembali sekali lagi. Entah kenapa hidungnya tidak mampu menerima bau-bau daripada Zahra, Nina, Wana dan begitu juga dengan ibu-ibunya bahkan pelajarnya sekali.

"Dah lambatlah Iman, kalau dah macam ni nak pergi mengajar macam mana. Sini telefon Ell telefon pihak sekolah bagitahu Iman cuti emergency." Tegas Elleana tidak mahu bertolak ansur lagi. Iman yang masih pening hanya patuh dan menyerahkan telefon yang dia masukkan dalam poketnya tadi. Elleana membawa Zahra keluar memandangkan dia sedia tahu Iman tidak boleh menerima bau Zahra.

xxxxx

"Awak tunggu siapa ni? Dah lah jom masuk kelas." Tegur Emir melihat Hasya terjengah-jengah depan pintu pagar sekolah. Hatinya betul-betul berharap kereta Cikgu Hilman masuk ke perkarangan sekolah namun hampa.

"Alaa kau takpayah runsing sangatlah, mungkin dia lambat ke ada hal apa apa ke. Masa pertama kan masa Cikgu Hilman, jom tunggu dia dalam kelas je." Ajak Yasmeen menarik lengan Hasya supaya berhenti menoleh ke belakang. Dia hanya menurut saja memandangkan dataran sudah kosong.

Hasya mengeluarkan latihan yang dia siapkan malam tadi dengan penuh semangat. Alatan menulis dia susun dengan teratur supaya memudahkannya untuk mengambil kelak. Dia meneguk air minuman daripada botol merah jambunya dan duduk mengadap hadapan bersedia seperti biasa. Matanya fokus memandang kerusi dan membayangkan wajah Cikgu Hilman seperti biasa. Kenapalah Cikgu Hilman suami orang? Kenapa bukan suami aku?

"Selamat Pagi semua!"

Suara tu... bukan suara Cikgu Hilman!

"Semua boleh duduk dan buat latihan yang Cikgu Hilman dah sediakan ni. Habis je masa saya nak semua dah siap. Faham?!" Ujar Cikgu Aisya tegas sambil mula berjalan mengagihkan kertas latihan. Hasya terus menundukkan wajahnya kebawah dengan penuh persoalan.

Kenapa bukan Cikgu Hilman? Mana Cikgu Hilman?

"Meen... tanyakanlah mana Cikgu Hilman..." rayu Hasya menggoncang lengan Yasmeen.

"Alaa tak beranilah---"

"Cikgu, mana Cikgu Hilman?" Laung Aidil juga seperti tertanya-tanya. Hasya menarik nafas lega ada juga yang sependapat mahu bertanyakan cikgu kesayangannya.

"Oh, Cikgu Hilman cuti emergency. Yang penting siapkan latihan ni, SPM dah nak dekat ni. Saya harap awak semua berhentilah main-main, harapn Cikgu Hilman besar nak tengok semua pelajar kelas ni mencipta nama. Okay?" Ujar Cikgu Aisya sudah menilik jam tangannya dan memberi isyarat supaya semua pelajar mula membuat latihan tadi.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now