SPECIAL PART (5)

17.5K 1K 29
                                    

(Song - Sudah, Afgan)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Song - Sudah, Afgan)

"Sleeping next to someone you love makes you fall asleep faster, reduces depression, and helps you live longer. Did you know that?" Iman mengucapkan kata kata itu saat isterinya sedang sibuk membetulkan tudungnya depan cermin besar itu. Elleana dengar jelas apa yang diperkatakan oleh Iman.

Kenapa dia bangkitkan isu tidur? Maknanya... semalam dia tahulah aku tak tidur sebelah dia? Aduhh malas nak gaduh pagi ni! Ada benar juga apa dikatakan oleh Iman, gara gara tidak tidur sebelah suaminya semalam dia sukar tidur. Tak selesa pulak tu! Yang part reduces depression tu totally wrong lah, aku lagi stress pandang muka dia nanti. Kalau dah stress tak ada maknanya hidup lama!

Sindiran Iman tadi dibiarkan tidak berbalas menyebabkan dia merasa kehadirannya lansung tidak dipedulikan oleh Elleana. Selesai bersarapan Elleana kembali ke bilik untuk mengangkat beg besar berisi barang mereka namun segera dihalang oleh suaminya. Elleana menjongketkan keningnya sebelah tanda berdegil mahu melakukannya sendiri, masing masing bagaikan anak kecil merebut mainan memandang sesama sendiri.

"Beg ni berat, awak tu perempuan. Nanti jatuh peranakan macam mana? Iman sayang Ell tau," Tegas Iman berjaya merebut beg pakaian itu lalu dibawa keluar untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.

Jatuh peranakan takpayah beranak lagi, kan dah ada pengganti baru yang boleh bagi zuriat!

"Eh jiran sebelah! Untungnya lahai dah cuti..." Fariz mengendap disebalik tembok pembahagi dinding rumahnya.

"Ingat! Jaga rumah aku, jaga semua urusan kat pejabat. Nanti jumpa kat kampung Ibu aku." Iman sempat membebel mengingatkan semua tugas yang dia serahkan kepada sahabat baiknya.

"Mintaklah jagakan sekali buah hati pengarang jantung tu---" sindir Elleana menjeling mereka berdua berbual bagaikan membicarakan perkara rahsia. Sindirannya hanya didengari oleh Fariz bukannya Iman yang sudah mula menghidupkan enjin kereta.

Iman menjeling ke arah Elleana sesekali apabila gadis itu bergerak ke sana sini. Memang janggal apabila Elleana mengunci mulutnya seperti ini kerana Elleana yang dia kenal sangat suka bercerita sebaik saja kereta berjalan. Pokok pangkal memang perjalanannya sentiasa seronok dan tidak mengantuk lansung. Ada saja celoteh isterinya, kalau tidak kerana bercerita pasal si Fariz pasti tentang perkembangan anak anak mereka. Maklum Iman bukan dua puluh empat jam dirumah melayani anak anak, hari minggu saja dia mengambil tugas Elleana bagi meringankan beban isterinya. Hidup sebagai suami isteri sememangnya harus ada tolak ansur. Iman menolak sekeras-kerasnya sikap lelaki yang suka hambakan isteri, nak makan pun tunggu isteri cedok nasi? Apa cacat dah ke tangan tu? Orang cacat pun mampu berdikari sendiri.

"Sayang ni muka masam je..." ujar Iman tangannya laju mencubit pipi comel isterinya.

Yelah masam sebab yang manis semua ada pada bakal bini muda!

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now