Chapter 16

37.6K 2.1K 75
                                    

"Okay okay makngah tunggu! Tak sabar nak jumpa bulat si denbon denbon tuh," Suara makngah kelihatan gembira mengakhiri panggilan telefon daripada seseorang. Abang Afi memgerutkan keningnya aneh melihat perangai ibunya yang agak pelik.

"Apa tu mak yang happy sangat? Siapa yang telefon tadi?" Soal Abang Afi ingin tahu. Tubuhnya dipusing mengadap ke arah makngah.

"Ell telefon, katanya dalam berapa jam lagi sampai, ya Allah mak rindu Ell dengan Zahra," cerita makngah gembira.

"Afi pun rindu Ell," ujar Abang Afi terlepas cakap. Maria disebelah menjengilkan matanya tanda cemburu, keningnya dinaikkan sedikit.

"Kalau macam tu, malam ni awak jangan tidur dengan saya----"

"Alaaa sayang... Abang gurau je, usik sikit pun tak boleh." pujuk Abang Afi setelah Maria memalingkan tubuhnya. Makngah beredar ke dapur menyiapkan makan petang untuk menjamu Elleana yang bakal tiba tak lama lagi.

xxxxxx

"Hahahahahaha adoi, sakit perut gelak dari tadi, sayang ni kelakarlah!" Gelak Iman masih berbaki. Tangannya sempar mencuit hidung kecil Elleana. Elleana memuncungkan bibirnya kedepan tatkala ceritanya dirasakan lawak pula.

"What so funny haaa? Dia tersedak tau, kalau dia mati? Macam mana? Ell cuma cerita je, apa yang kelakar sangat," Elleana menjengil.

"Padan muka dia! Itu balasan kacau isteri orang, lain kali biar tersedak and then air yang pelayan bawak tertumpah atas kepala terus." Iman masih tidak puas hati, ada saja bayangan jahatnya jika berkaitan budak pejabat itu. Elleana mengukir sedikit senyuman, ternyata ceritanya mengenai Hafeez membuatkan Iman bertambah gembira  malah mengejeknya lagi. Awalnya dia ingat si singa ini akan marah apabila dia menyebut nama Hafeez.

Elleana memandang ke luar tingkap kereta. Sesekali bulu romanya naik dek kerana penghawa dingin yang dirasanya semakin menusuk ke tulang. Matanya ralit memandang pemandangan hijau pokok di sepanjang laluan mereka. Iman menepuk stereng menggunakan jarinya tanda bosan, kepalanya digoyangkan mengikut rentak lagu daripada radio.

"Sayang? Oh sayang, tidur ke?" Tegur Iman setelah dirasanya suasana dalam keretanya makin sunyi. Benar sangkaannya, Elleana telah terlelap. Matanya beralih pula ke arah tempat duduk belakang, Zahra jugak tidur nyenyak.

Anak dengan ibu dua dua tidur, haih lah nasib drive sorang-sorang...

"Iman! Ya Allah! Apa ni brek mengejut, Zahra... sayang?!" Jerit Elleana apabila terjaga akibat daripada kesan brek mengejut yang dilakukan oleh Iman. Matanya segera memandang ke belakang memeriksa anak kecilnya bimbang sesuatu berlaku.

Syukurlah Zahra masih nyenyak tidur... Fuh...

"Kenapa ni sayang?! Nasib baik Zahra tak ada apa-apa, kalau langgar orang ke macam mana tadi?!" Marah Elleana masih terkejut.

Iman mengangkat wajahnya sedikit memandang Elleana yang betul marah, jujur dia juga spontan tidak sengaja. Keretanya betul-betul berhenti di stesen minyak Petronas. Jari jemarinya memicit kepalanya yang denyutan dirasakan kian kuat menyucuk.

"Sorry Ell... Iman tak sengaja. Iman tak tahan sakit kepala sangat sangat, nak berhenti tepi jalan bahaya... Iman paksa diri teruskan cari tempat selamat." Balas Iman lemah, matanya kelihatan bengkak. Kepalanya kemudian diletakkan kembali atas stereng kereta.

Elleana baru teringat malam tadi dia balik lambat disebabkan kesibukan menyiapkan kertas projek baru. Iman mengantuk dan sakit kepala pasti kerana tidak cukup tidur menjaga Zahra malam tadi, Elleana menghela nafasnya dengan perasaan sungguh bersalah. Wajah suaminya yang kasihan dilihat sedang menanggung sakit yang amat sangat bahkan matanya juga tidak berdaya untuk dicelikkan.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now