SPECIAL PART (2)

22.3K 1.1K 47
                                    

"Awek pandang aku lah," Fariz memegang bahu Iman yang sudah mendahului berjalan didepan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awek pandang aku lah," Fariz memegang bahu Iman yang sudah mendahului berjalan didepan.

"Perasan kuat lah kau, awek buta je pandang kau," Iman menepis tangan Fariz yang diletakkan atas bahunya lantas segera masuk ke kereta untuk kembali ke pejabat memandangkan waktu makan tengahari sudah lama berlalu.

"Habis kau ingat awek tadi pandang kau? Kau cuba ingat balik dah berapa ramai perempuan yang kau reject tak semena-mena. Pakai ayat sama pulak tu, ehem ehem meh aku demo sikit. Saya Syafiq Hilman dan saya suami Nur Elleana or dalam kurungan don't disturb me. Hahahah!" Gelak Fariz sengaja mengejek Iman apabila teringat gelagat Iman setiap kali mengenalkan diri kepada gadis yang mahu menguratnya.

"So what is your problem? Kadang aku tak faham perempuan single kat luar sana, dah terang lagi bersuluh aku bagitahu aku suami orang masih jugak nak tawarkan itu ini. Apa dah pupus lelaki bujang?"

"Lelaki bujang tu tak sama macam suami orang. Kau kena faham tu, suami orang ni banyak belajar sesuatu daripada lelaki bujang. The main thing suami orang ni also berharta. Siapa nak hidup susah?" Omel Fariz berbual serius ala ala pakar motivasi rumahtangga. Kali ini Iman nampaknya setuju dengan hujah panjang lebar sahabat baiknya, siapa yang nak hidup susah? Kerja sepuluh tahun pun belum tentu boleh kaya, sebab tulah perempuan sekarang sanggup goda orang yang pangkat Dato, yang umur 50 an sebabnya golongan macam tu dah kerja lama sangat, kumpul harta dah berkepuk, insurans sana sini. Suami meninggal? mandi duit lah ape lagi.

"Eh kau gatal tadi dengan perempuan tu, aku mengadu dengan Wana!" Iman memandang sekilas lantas meninggalkan sahabat baiknya yang mengecilkan mata. Oh, kau yang kena kacau kau tuduh aku melayan? Ingat kau sorang je ke handsome dalam ini cerita?

Nina terjengah memandang ke jalan raya menanti dijemput oleh abangnya namun jam di tangannya terus dibelek. Tunggu sampai aku sembur abang Iman ni! Papa jarang lambat, ini hari hari lambat. Nanti adalah alasan meeting lah, tertinggal kasut sebelah lah, meja terbalik lah!

"Hai Nina?" Tegur seseorang mendekatinya.

"Yes. Saya Nina. Do i know you?" Tanya Nina pelik melihat orang yang menegurnya adalah seorang lelaki. Lelaki tinggi berpakaian uniform sekolahnya, entah bagaimana dia sendiri tak pernah melihat wajah lelaki itu. Budak baru agaknya.

"Awak tak kenal saya tapi saya kenal awak, saya Urfee Ashraf. Senior awak." Lelaki itu mula mengenalkan dirinya sebagai senior Nina. Memang padanlah Nina tak kenal, dia mana ambil kisah hal senior. Almaklumlah budak junior!

"Jadi awaklah atlet sekolah yang kawan kawan saya sebut, ini pertama kali saya tengok muka awak. Maaflah tak kenal sebab tak pernah tengok." Nina mula menjauhkan dirinya selangkah daripada seniornya memandangkan suasana didepan sekolah mulai hambar , semua pelajar sudah mulai pulang. Entah kenapa pula senior ni nak tegur aku!

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now