SPECIAL PART (4)

18.2K 1.1K 48
                                    

(Song - Promise, Melly Goeslow)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Song - Promise, Melly Goeslow)

"Kau memang tak reti duduk rumah berehat ke apa?" Fariz menegur setelah selesai Iman meneguk ubat batuk yang dibekalkan oleh Elleana sebelum berangkat ke pejabat tadi pagi.

"Berehat? Kat pejabat tu banyak kerja tahu tak, lagi berapa hari je lagi nak cuti pergi majlis kahwin anak saudara ibu. Lagipun aku ni bukan percaya sangat dengan kau, manalah tahu kau ada niat nak rampas takhta aku." Tuduh Iman dalam nada mengesyaki sahabat baiknya.

Cet! Takhta? Apa kau ingat kau raja? Raja kapur? Rajagopal?

"Oh kau ingat lagi apa yang aku cakap? Aku kan anak lelaki kesayangan Dato Hamid. Manalah tahu satu hari nanti aku yang ganti tempat kau," gelak Fariz bernada jahat walaupun bergurau sebenarnya. Tak sangka pula gurauannya membuatkan Iman percaya dia ada niat mahu mengganti posisi Iman sebagai pewaris syarikat Dato Hamid satu-satunya.

"Kau jangan berangan! Unless... kalau aku mati."

"Kalau kau mati nanti aku lagi untung. Kau fikir eh, syarikat kau nanti jadi milik aku. Lagi satu dah tentulah Ell nanti jadi bini nombor dua aku siap pakej anak anak kau. Ya allah bertuahnya badan!" Ujar Fariz benar benar minta wajahnya dipecahkan oleh Iman sekarang juga.

"Kau jangan ada niat nak jadikan Ell bini nombor dua kau eh!"

"Oh habis kau ada niat nak duakan Ell boleh?" Spontan Fariz terlepas cakap apa yang diberitahu oleh Wana semalam. Nada Fariz nampaknya serius bukan lagi bercanda.

"Kau merepek apa ni---"

"Client Singapore tu sumpah menyakitkan hati aku!" Hafeez menepuk meja makan lantas merampas air yang diteguk oleh Fariz lalu disedutnya rakus bagi menghilangkan rasa hausnya. Tali lehernya dilonggarkan akibat terlampau panas. Sindiran Fariz tadi dibiarkan tanpa sebarang ulasan susulan apatah lagi apabila mulut Hafeez sudah membuka topik lain meluahkan rasa geramnya.

⚜️⚜️⚜️

"Haqeem!"

"Ya Allah kenapa anak kau jerit tu along! Kena sampuk hantu pengantin!" Yani melepaskan pisau yang berada di  tangannya lantas berlari ke kamar Haneem dengan ibu Haneem sejurus mendengar gadis itu berteriak.

"Haneem kenapa ni nak, cakap kat ibu!" Ibu Haneem memeluk anaknya yang meraung dan menangis di lantai. Yani menutup pintu bilik Haneem tidak mahu orang lain turut melihat keadaan anak saudaranya sekarang, boleh menimbulkan spekulasi tak baik untuk keluarganya.

"Haqeem ibu..." tangisnya masih lebat diikuti dengan menunjukkan telefon pintarnya.

"Haqeem kenapa? Cakap Haneem!" Tegas Yani menggoncang kedua bahu Haneem. Yani yakin pasti ada sesuatu yang terjadi, masakan anak saudaranya menangis seteruk ini.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now