Chapter 30

33.7K 1.8K 140
                                    

"Aik? Harini tak pergi tengok Zahra dulu ke?" Tanya Dato Hamid menyikat rambutnya saat terlihat Iman pulang ke rumah awal pula.

"Harini Iman buat kelas tambahan kat rumah, kejap lagi students datang. Malam karang Iman pergi tengok Zahra, nanti papa pesan dengan Ell ye papa?" Balas Iman segera masuk ke rumah setelah menanggalkan kasutnya.

"Haa yelah, ni kitaorang semua nak pergi tengok Zahra. Nina ibu tinggal, tu ada kat atas tengah buat homework. Iman tolong tengokkan Nina ye?" Pesan Ibu Yani sibuk membetulkan tudung disebelah papa.

"Wana? Ibu pergi tengok Zahra sekejap ye? Wana jangan lupa tidur, ibu tahu semalam Wana tak cukup tidur Hani mengamuk kan? Dah pergi tidur ye nak," pesan Rozana pula, dahu Wana diciumnya persis anak sendiri. Sungguh Wana tersentuh dilayan persis ketika ibunya masih hidup beberapa tahun dahulu sekaligus menjadikan dia dan Elleana ibarat adik beradik sekarang. Dia kembali ke bilik untuk merehatkan kepalanya yang sememangnya sudah berat tidak cukup tidur.

"Assalamualaikum!"

"Oh Fara, Aidil. Masuk masuk. Duduk dulu." Jemput Iman kembali ke biliknya mencari bahan yang sudah dia sediakan untuk mengajar.

"Mana Yasmeen dengan Hasya? Yang lain?" Tanya Iman lagi menjengah ke luar.

"Entah cikgu, dorang tu macam tak serius je. Emir lagilah. Hasya tak datang kot cikgu---"

"Siapa cakap aku tak datang?" Suara seseorang mencelah di depan pintu rumah Iman membuatkan Fara dan Aidil memandangnya serentak.

"Haa Hasya, Yasmeen. Masuk masuk. Datang pun, cikgu ingat dah tak datang tadi. Cikgu pergi dapur ambikkan air ye, nah ni bahan untuk harini. Buat dulu, tak tahu baru tanya." Arah Iman mengagihkan kertas latihan Matematik.

Bunyi apa bising-bising kat bawah tu? Kata semua pergi tengok Zahra. Siapa semua ni? Abang Iman mana?

"Abang? Siapa kat depan tu?" Tanya Nina menuang air susu ke dalam gelas mahu diminumnya setelah lama di atas menghabiskan kerja sekolah.

"Oh itu pelajar abang. Dorang nak belajar, Nina jangan kacau ye. Baca buku Nina. Buat kerja sekolah." Pesan Iman terus keluar membawa dulang berisi minuman sejuk buat mereka.

"Emm... okaylah." Nina akur lantas keluar duduk di meja makan merenung ke arah semua pelajar Iman yang sedang belajar. Dia sendiri mempunyai minat yang tinggi juga dalam pelajaran. Matanya tertumpu ke arah seorang pelajar perempuan yang duduk di sebelah Iman, nampak gayanya Nina dapat merasakan pelajar itu sepertinya tertarik dengan abangnya. Airnya diteguk sehingga habis lantas membawa buku dan menyelit duduk di antara Iman dan perempuan tadi.

"Nina, apa ni duduk sini. Pergilah baca buku kat sana, abang kan tengah mengajar." Tegur Iman masih tenang lantas dia biarkan saja Nina duduk ditengah mereka berdua. Ternyata Hasya merasa terganggu dengan kehadiran Nina. Dia tidak mengalah bahkan cuba merapatkan diri dengan Iman lagi. Budak kecik ni menyibuk je! Elok aku duduk dengan Cikgu Hilman, dia selit kat tengah.

"Abang, abang, Nina nak makan. Lapar ni." Rengek Nina menggoncang lengan Iman.

"Alaa Nina, kejaplah. Lagi sikit je ni. Lepas ni kita makan ye?" Pujuk Iman masih meneruskan sesi pembelajaran, Nina mendengus marah. Rancangannya untuk menjauhkan Iman dengan pelajar tadi masih tidak menjadi.

"Abang cepatlah! Nina lapar ni!" Jerit Nina sengaja mahu pelajar perempuan tadi terkejut disebabkan dia sedang rakus meneguk air oren sehingga terbatuk Hasya, hampir saja mahu tersembur.

"Nina! Kenapa degil sangat nih? Pergi naik atas!" Halau Iman mulai meninggikan suaranya. Nina sempat menolak perut abangnya lantas berlari naik ke bilik berkurung.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now