Chapter 49

46.3K 1.9K 123
                                    

"Buat apa ni?" Elleana menyergah Iman yang sedang duduk menepuk Aqeef seorang diri di ruang tamu.

Iman segera menukar rancangan televisyen lain membuatkan Elleana mengerutkan keningnya pelik. Suami aku ni tengok apa eh? Kenapa ditukar?

"Sayang kerja macam mana? Okay? Penat tak? Nak air? Nak makan? Nak Iman urutkan tak?" Iman menukar topik dengan bertubi-tubi soalan diajukan kepada Elleana. Tangan isterinya dipegang lantas diurut-urut dengan lembut. Melihat Elleana menjeling tanda curiga Iman segera melarikan diri ke dapur mengambil air sejuk.

Hm sesuatu suami aku ni...

"Kau kenapa?" Usik Fariz menolak lengan Iman.

"Lagi sikit nak kantoi kau tahu tak!" Bisik Iman sambil mengendap isterinya takut didengari.

"Kau ni, coverlah sikit! Takkan itu pun aku nak ajar. Ish susahlah macam ni-----" omel Fariz panjang lebar, Iman hanya menaikkan bola matanya keatas tanda malas mahu mendengar Fariz membebel.

"Bla-bla-bla! Bising!" Balas Iman lantas keluar dari dapur membawa segelas air strawberi untuk diberikan kepada Elleana.

"Nah sayang?"

"Air? Awww rajinnya suami saya... sinilah duduk kita share-share." Elleana mengalihkan sedikit punggungnya untuk memberi ruang kepada Iman duduk disebelahnya. Entah cerita apa yang ditukar oleh Iman membuatkan Elleana terus lupa kecurigaannya tadi.

"Sayang, malam nanti Iman nak pergi gym. Nak ikut tak?" Tanya Iman menyentuh bibir isterinya yang merah jambu pekat setelah meminum air strawberi. Elleana mencebik tiba-tiba.

"Kenapa? Iman salah cakap ke?" Tanya Iman aneh, wajah isterinya ditenung tanda rasa bersalah.

"Kenapa ajak pergi gym? Sebab Ell dah gemuk? Sebab pipi Ell tembam? Sebab peha Ell berisi? Ke sebab Ell dah ada double chin... em jujur jelah nak suruh Ell exercise sebab Ell nampak gemuk kan?" Omel Elleana panjang lebar. Tangannya mengelus lemak dibawah dagunya yang tidak kelihatan, dia kembali bertukar memicit pipinya yang dirasakan semakin mengembung. Elleana mengeluh panjang, Iman yang dari tadi menahan rasa lucu terus gelak terbahak-bahak melihat gelagat comel Elleana.

"Sayang, stop it lah. Kelakarlah sayang hahahaha. Okay look, mana lemak yang Ell sebut tadi? Bawah dagu? Pipi? Tak ada pun, alah sikit je. Iman ajak Ell pergi gym sebab Iman takut Iman rindu... rasanya tak boleh jauh-jauh dari isteri Iman yang cantik sorang ni," ujar Iman lembut, mata isterinya ditatap dengan penuh perasaan cinta. Pipi Elleana dibelai-belai perlahan.

"Sorang ni? Ada sorang lagi yang lain ke?" Usik Elleana menukar sengaja memotong mood romantik.

"Jom," ajak Iman mengenyit mata sambil memberi isyarat mengajak Elleana masuk ke bilik.

"Tapi Ell baru balik, bagilah Ell mandi dulu. Solat dulu----"

"Aip no, no, no... jangan lawan cakap suami. Nanti Iman mandikan Ell, kita solat Asar sama- sama. Jom," Iman menarik lengan isterinya lantas didukung masuk ke dalam bilik.

Pintu bilik mereka ditutup dan dikunci rapat, Elleana hanya membiarkan Iman membuka selendangnya dan melepaskan ikatan rambutnya. Iman menghembus nafas pada leher Elleana membuatkan Elleana memejamkan mata untuk menaikkan lagi nafsu isterinya. Tangan Elleana menolak Iman jatuh ke katil lantas menghempap tubuh lelaki itu, sungguh nakal. Tangannya mengelus lembut rambut Iman kemudian turun ke wajah dan dada Iman. Bibir Iman dicium sekali tanda pembuka tirai, seluruh lengan Iman yang berurat dirabanya dan Iman tidak menunggu lama untuk beraksi. Dia tahu isterinya sudah lama menginginkan saat-saat bersama begitu juga dengannya.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now