Chap 15

49.2K 2.4K 170
                                    

"Malam ni jangan lupa tau. Sharp pukul sembilan malam proceed terus!" Tegas Iman lantas meletakkan telefonnya memandangkan kali terakhir dilihatnya Elleana masih dalam bilik air.

"Malam ni ada apa Iman?" Tanya Elleana mencelah sebaik saja duduk atas katil sambil menongkat dagunya pada bahu Iman.

Eh? Ell dengar ke tak eh? Harap harap tak dengarlah!

"Malam ni err--- haa malam ni ada bola lah sayang. Wanginya awak..." ujar Iman memegang lengan putih gebu Elleana yang baru saja mandi, hari minggu seperti ini sememangnya peluang yang bagus untuk meluangkan masa bersama isteri.

Mata Iman tidak mampu mengalihkan pandangannya apatah lagi apabila Elleana seakan-akan sengaja menggodanya. Leher Elleana diciumnya rakus membuatkan isterinya memejamkan mata. Pipi Elleana bertalu-talu dihidu tanda geram, sesekali Elleana menggeliat kegelian sambil tergelak kecil. Langkah demi langkah Iman jalankan seperti biasa, godaan sesama sendiri itu penting supaya keduaanya tidak merasa kurang sempurna. Saat bibir mereka mahu menyentuh Elleana tiba tiba membesarkan mata lantas tapak tangan ditekup ke muka Iman.

"Iman! Kenapa semua orang keluar hari ni? Tak pelik ke?" Tanya Elleana apabila terlihat katil Zahra kosong, aneh juga setelah bangun daripada tidur tadi anak kesayangan sudah pun tiada.

Ah Ell! Kenapa mesti sekarang nak tanya. Haih...

"Papa bawak ibu Yani balik rumah family Ibu Yani, ibu awak pulak bawak Zahra pergi melawat kawan dia. Katanya nak spend time dengan cucu kesayangan. Get it? Now lets continue..." Terang Iman lantas membaringkan Elleana lagi perlahan atas katil.

"Jom jogging? Lama kan tak keluarkan peluh. Jom lah, jom lah." Pujuk Elleana menarik tangan Iman membuatkan lelaki itu mempamerkan muka hambarnya.

Aktiviti ni pun boleh keluar peluh apa!

Iman mengeluarkan kasutnya yang sekian lama tidak digunakan, hari sukan sekolah juga lambat lagi. Kedua kasut sukan ditepuk-tepuk bagi mengeluarkan pasir yang masih tersangkut, Elleana sudah mula memeluk botol air di luar pagar rumah menunggu Iman yang masih mengikat tali kasut. Sejak bekerja Elleana merasa tubuhnya sedikit aktif tidak seperti sebelum ini, hanya di rumah saja tidak mengeluarkan peluh.

"Iman kena kejar Ell. Come on!" Cabar Elleana sudah mahu meninggalkan suaminya ke depan.

"Wait! Mana aci, Iman belum kunci pintu rumah lah. Dont forget eh sayang kena kunci pagar." Balas Iman dengan nada tidak puas hati membantutkan larian Elleana tadi.

Iman segera mengunci pintu rumah lantas berlari keluar dari rumah menunggu isterinya pula mengunci pintu pagar, biarpun lagar sudah automatik tertutup tetap saja keselamatan rumah penting. Giliran Elleana pula mengunci pintu pagar terkial kial namun setelag menoleh mencari suaminya dia sedar Iman telah berlari jauh meninggalkannya terlebih dahulu. Kurang asam!

"Awak tipu!" Jerit Elleana segera berlari mengejar suaminya usai memasukkan kunci ke dalam poket seluar.

"Catch me if you can sayang!" Laung Iman sudah hampir sampai di trek joging.

Suasana di taman petang itu sedikit riuh dengan kehadiran ramai anak kecil apatah lagi musim cuti sekolah. Kelihatan ramai pasangan bersenam di tepi tasik membuatkan kedua mereka sedikit teruja. Elleana meletakkan botol di pondok tempat biasa mereka duduk, dia masih geram dengan penipuan Iman tidak berpegang pada janjinya tadi.

"Kita nak mula dari mana ni?" Tanya Iman berjoging setempat sudah aktif apatah lagi setelah meninggalkan Elleana dahulu tadix Wajah isterinya diperhatikan saja, dia tahu Elleana masih geram.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now