Chapter 35

37K 1.7K 53
                                    

"Bosan gila tak kerja!" Ujar Elleana mendengus geram melihat Wana dan Nina dilaman bermain bola.

Ini boleh mendatangkan marah. Main bola tak ajak?

"Bagi laluan, bagi laluan. Ni Cristiano Ronaldo versi perempuan datang nak main." Lagak Elleana berjalan ke tengah laman sudah lengkap memakai seluar hitam.

"Tak bahaya ke Ell main bola? Aku takutlah." Tegur Wana memandangkan dia tahu Elleana sedang mengandung, risau pula jika dibiarkan.

"Alah aku bukan nak lari-lari extreme pun. Aku sepak bola je. Betul tak? Okay dah. Eh Nina! Standby!" Laung Elleana sudah bersedia mahu menghayunkan kakinya menendang bola. Wana menurut saja apa kata sahabatnya.

Iman dan Fariz sama-sama keluar dari bilik meluru ke pintu depan untuk menjengah isteri masing-masing. Mata mereka saling menjeling satu sama lain lain, badan sengaja ditegapkan seperti mahu berlawan. Mulut Fariz sekaligus diherotkan tanda menyampah kepada lelaki itu, Iman membalas dengan mengembangkan hidungnya menampakkan corong lubang hidung.

"Isteri aku tu ibarat CR. Mesti kalahlah isteri kau." Iman berlagak, dia mulai berpeluk tubuh persis jurulatih pasukan bolasepak.

"CR? Hahahahah. Apa sangatlah! Isteri aku ibarat Messi. Orang penting Barca, skill pun mantap." Balas Fariz turut angkuh tidak mahu kalah juga.

"Tak kisahlah. Yang penting isteri aku hebat. Kuat---"

"Memanglah isteri kau hebat tapi kesian dapat suami macam kau. Santan kelapa muda." Sindir Fariz mulai membangkitkan isu semalam, belum puas hati lagi dengan Iman.

"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku hah kulit kayu manis? Kau tahu tempat paling layak untuk kau? Tu haa ceruk dapur, pergi duduk bawah sinki." Perli Iman kembali semakin rancak menyamakan Fariz dengan bahan masakan yang selalu diletakkan dalam kabinet dapur berdekatan sinki.

"Kau pun kena sedar diri sikit. Santan kelapa muda tu layaknya kat atas pokok sana je. Elok sangatlah kau duduk sorang diri kat sana yela kau mana layak bergaul dengan orang. Monyet pun tak hingin nak petik kau." Jawab Fariz spontan sedikit ketawa mengenangkan wajah Iman bertukar dengan bentuk kelapa hijau.

"Wuuuu goal! Sayang memang hebatlah!" Fariz menjerit sebaik saja melihat kejayaan isterinya. Elleana dan Wana saling memandang para suami yang dari tadi mengendap.

"Tolonglah makcik, saya betul-betul sukakan Izzuany

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tolonglah makcik, saya betul-betul sukakan Izzuany. Saya nak jadikan dia isteri saya yang sah." Pujuk Hafeez apabila ibu Izzuany seakan-akan menolak keizinan untuk dia datang meminang.

"Mak... tolonglah. Izzu sukakan Hafeez?" Rayu Izzuany memegang tangan ibunya merayu, dugaan apa lagi yang harus dia tempuh kali ini.

"Mak bukan apa Izzu, mak dah terlanjur janji dengan Badri nak jodohkan Izzu dengan anak lelaki dia." Ujar ibu Izzuany serba salah, tak sangka pula anak gadisnya akan bertemu jodoh di bandar.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now