SPECIAL PART (3)

18.8K 1K 33
                                    

(Song - Sekali Ini Saja)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Song - Sekali Ini Saja)

Elleana mendongakkan wajahnya melihat langit yang kian mendung sepertinya mahu hujan sebentar lagi, Zahra dan Aqeef masih tidur petang seperti kebiasaannya rutin mereka selepas makan dan menyusu. Kerja mengemas rumah sudah habis dikerjakan olehnya sebaik saja anak-anak lena tadi. Tidak mahu mengganggu suaminya mengerjakan tugasan pejabat di bilik, Elleana memutuskan untuk duduk di luar rumah depan halaman. Bosan jugak kalau anak anak tidur, Wana hari minggu mesti keluar bawak Hani pergi taman besar. Yelah hari minggu ni jelah masa untuk dorang luangkan masa bersama. Apalah kau Ell!

"Hujan!" Elleana berlari ke tengah halaman taman mendepakan kedua tangannya menikmati setiap titisan hujan yang mengenai wajahnya tatkala matanya dipejam rapat. Lama sungguh dia tidak merasa mandi hujan begini. Terakhir kali dia mandi hujan sewaktu Zahra masih kecil lagi. Maklum suami protective sangat, itu tak boleh ini tak boleh. Sayang punya hal.

Orang kata kita jangan takut dengan hujan, jangan takut basah. Hujan itu rahmat, hujan itu nikmat. Setiap titisan yang jatuh ke bumi menyuburkan tumbuhan. Elleana akui dia memang bukan budak lagi namun jiwanya masih rindukan saat-saat itu. Iman meregangkan tangannya yang lenguh menaip dari tadi, dia menutup komputer ribanya lantas keluar ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang kering. Matanya terpandang air teh yang dibancuh oleh isterinya masih elok belum terusik di atas meja sambil tersenyum. Ell, Ell... macam tahu tahu je suami awak ni kehausan.

Mana bini aku ni? Tidur agaknya hujan hujan ni.

"Ell?" Pintu bilik anak anak dibuka perlahan tidak mahu menganggu mereka tidur namun bayang Elleana lansung tiada. Kemana Ell? Oh kat atas agaknya!

Puas Iman membuka dan menutup kesemua pintu bilik di atas untuk mencari isterinya namun tetap kelihatan juga. Hujan ni ajak main sorok-sorok pulak Ell...

"Apa kurang air dalam bilik air sampai kena main hujan?"

Elleana membuka mata yang terpejam menadah titisan air hujan pada wajahnya setelah terdengar suara seseorang menegurnya. Aduh! Matilah aku, kena marah besar ni.

"Ell masuk sekarang," Elleana melintasi suaminya mahu segera masuk mandi membersihkan diri tidak mahu menunggu lebih lama.

"Sekejap,"

Aduh, tarik tangan pulak. Bersedia tadah telinga Ell...

"Ell sorang je nak mandi hujan? Habis Iman ni? Jom!" Iman menarik pergelangan isterinya berwajah riang kembali masuk ke bawah hujan. Bagaikan anak kecil keduanya menari-nari bahagia bermain dan menadahkan air hujan dalam tapak tangan lalu dilempar ke wajah mereka sesama sendiri.

"Sejak bila kita boleh mandi hujan?" Tanya Elleana mengangkat keningnya sebelah. Aneh juga bila difikirkan suaminya tidak marah lagi.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now