Chapter 44

38K 1.8K 65
                                    

"Kalau rindu, kenapa tak pergi jemput isterinya balik?" Tegur Rozana duduk disebelah menantunya yang kelihatan tidak bermaya.

"Bukan Iman taknak jemput, bukan Iman tak kisahkan anak ibu--- tapi ibu sendiri tahukan? Iman ada tugas... dua hari lagi je SPM dah nak habis. Iman janji selesai je, Iman terus balik kampung." Jelas Iman sayu tidak mahu ibu mertuanya salah faham. Lagipun dengan cara Elleana tidak melayani semua respon darinya jelas menunjukkan Elleana masih perlukan ruang untuk tenangkan dirinya.

"Ibu pun taknak masuk campur dalam urusan rumahtangga korang, ibu tahu Iman boleh handle anak ibu. Lagipun ibu selalu video call Ell setiap malam, alhamdulillah dia sihat. Zahra pun sihat." Ujar Rozana mendedahkan rahsianya antara dia dan Elleana.

"Apa? Ibu contact Ell? Kenapa ibu tak bagitahu Iman pun, sampai hati..."

"Bukan ibu nak sorok tapi Ell taknak Iman tahu, hari-hari dia telefon ibu tanya pasal Iman. Itu tandanya apa? Itu tandanya dia masih ingat pada Iman,"

"Bila lagi Ell nak telefon? Kalau Ell telefon tolong bagitahu Iman? Iman nak sangat tengok muka dia sekarang, Iman rindukan dia---"

"InshaaAllah nanti malam Ell telefon, ibu bagitahu Iman," senyum Rozana mengusap bahu menantunya.

xxxxx

"Meen, aku dah makin lega. Paper kita esok dah last." Hasya menyapa Yasmeen yang sedang kelihatan asyik berehat di sofa hitam.

"Jadi--- apa perancangan kau lepas ni?"

"Mestilah aku nak tolong mama uruskan butik dia sampailah dapat tawaran sambung belajar, tapikan benda paling penting aku nak buat---- aku nak jernihkan hubungan Cikgu Hilman dengan isteri dia. Aku tahu sebab akulah isteri dia tinggalkan dia sekarang,"

"Caranya?" Tanya Yasmeen ingin tahu.

"Aku nak jumpa dia pun papa mesti tak bagi, yelah sejak kejadian tu papa jadi sangat-sangat protective. Hmm--- macam mana ye?"

"Kalau call?"

"Nak ke dia dengar penjelasan aku? Aku kalau boleh nak berdepan..."

"Video call jelah. Sekarang kan zaman teknologi, dengan cara tu kau boleh mintak maaf face to face." Balas Yasmeen menghulurkan Ipad Hasya yang sememangnya sudah lama tidak digunakan.

"Betul jugak tu, kau tak bencikan aku Meen? Aku tahu kau sayang Emir, dan--- sebab masalah ni jugak Emir dipenjara."

"Kenapa aku kena benci kau? Kau kawan aku Hasya, hubungan antara kita lebih daripada adik beradik. Takkan sebab lelaki aku nak balas dendam pada kau? Lagipun aku dengar hukuman Emir dah diringankan. Kalau dia sedia buka hati untuk aku, aku sanggup bagi dia peluang. Tapi kalau tak---- aku tahu ada yang lebih baik menunggu aku. Yang penting, aku ada kau. Aku ada masa depan aku." Terang Yasmeen lembut, tangan Hasya digenggam erat. Benar kata orang, sahabat sejati itu tak akan mudah dipisahkan biarpun datang beribu sahabat lain.

xxxxx

"Ell taknak cakap dengan Iman?"

"Ibu--- Ell tak bersedia lagi. Hati Ell masih teringat lagi. Tapi Iman okay kan? Dia sihat kan ibu?" Tanya Elleana terus menerus, Rozana tersengih. Apa sajalah budak sekarang. Rindu takmahu mengaku!

"Iman okay je... sihat. Lagi dua hari SPM habis dia datang jemput Ell yela dia pun rindukan Ell, kesian dia dah berminggu tidur tak berteman. Ingat satu ibu nak pesan, jangan merajuk lama-lama, syurga Ell masih pada Iman. Ell kena ingat siapa yang banyak bahagiakan Ell, takkanlah hanya kerana salah faham Ell nak hukum Iman? Adil ke untuk dia?"

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now