Chapter 36

33.8K 1.7K 41
                                    

"Kenapa gelak-gelak ni?" Tanya Iman aneh. Sejak Elleana mengandung anak kedua, emosinya sering berubah. Sudahlah permintaannya semakin aneh, jangan-jangan esok lusa dia minta makanan yang ada hanya di Brazil pula.

"Ell teringat semalam budak tu lah. Kelakar, rela makan kuih ketayap cheese demi cintanya terhadap Cikgu Hilman!" Gelak Elleana nada mengejek masih teringat wajah berkerut Hasya yang rela berkorban semata untuk mengambil hati Iman.

"Ell tak baik tau buat macam tu. Ell paksa dia makan sedangkan Ell yang minta semua tu, membazir je." Pesan Iman serius, Elleana kembali mencebik. Matanya sengaja dijengilkan.

Eleh! Backup pelajar kesayangan dia lah tu!

"Ish! Susahnya bukak getah rambut ni. Eee!" Rungut Elleana beriya menarik getah rambutnya.

"Sinilah Iman tolong, kasar-kasar kang tercabut pulak semua rambut. Botak isteri Iman." Usik Iman sedikit tergelak kecil lantas memegang rambut Elleana.

"Eee, sibuk je. Siapa entah mintak tolong dia. Pergi jauh-jauh sana." Rajuk Elleana ke sofa merah masih cuba membuka ikatan getah pada rambutnya. Elleana berdiri di depan cermin lantas menggelengkan kepalanya, rambutnya turut beralun. Bagaikan anak kecil dia menyikat dan memintal rambutnya setelah disapu dengan perapi Sunsilk.

Comel bini aku ni. Ada je perangai dia. Makin garang sejak mengandung, kalau anak aku garang? Haish...

"Sayang..."

"Dont touch me!" Marah Wana menjauhkan diri dan hanya mahu berpeluk tubuh. Fariz sengaja mendekati isterinya lagi dan lagi.

"Alaa Iman yang mintak ajarkan dorang semalam. Takkan jealous kot? Bukannya bersentuhan." Jelas Fariz yang terpaksa menanggung amarah Wana disebabkan permintaan Iman semalam.

"Awak tak faham, budak tu gediklah. Sakit mata tahu." Cebik Wana lagi.

"Okay promise lepas ni tak tolong Iman lagi. Biar budak tu tak pandai. Dah eh? Tu Hani tengok je ibu dia merajuk."

xxxxx

"Izzu... mak mintak maaf? Mak dah berbincang dengan Pakcik Badri, mak tak sanggup tengok Izzu tak bahagia kahwin dengan bukan pilihan hati Izzu."

"Betul ke nih mak? Jadi--- mak setuju Izzu dengan Hafeez---"

"Iyaaa... mak setuju. Mak nak Izzu bahagia." Ujar Ibu Izzuany laju saja dipeluk Izzuany tanda bahagia. Dalam kepalanya sudah terbayang wajah Hafeez.

"Telefon keluarga Hafeez masuk meminang anak mak, mak taknak Izzu jadi anak dara tua. Mak nak cucu." Usik Ibu Izzuany memeluk bahu anaknya.

"Sayang mak!"

Izzuany berlari ke bilik membuat panggilan video kepada Hafeez namun lambat pula diangkat.

Kenapa dengan dia ni? Dah cari orang lain ke? Ish!

From Izzuany :
Alhamdulillah finally mak saya setuju. Dia suruh awak hantar rombongan meminang. Saya tunggu awak.

Hafeez yang baru lepas keluar daripada bilik air terus memeriksa telefonnya kerana merasakan ada lampu yang terpancar pada skrin telefonnya. Bibirnya mengukir senyuman tatkala hati mengucap syukur dengan berita gembira yang baru disampaikan oleh Izzuany. Alhamdulillah langkahnya dipermudahkan sesuai dengan niat murninya mahu memperisterikan gadis itu.

 Alhamdulillah langkahnya dipermudahkan sesuai dengan niat murninya mahu memperisterikan gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now