SPECIAL PART (9)

21.1K 1.1K 141
                                    

(Song - Masih Berharap, Isyana)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Song - Masih Berharap, Isyana)

"Haaa nak pergi mana tu Haneem? Amboi berseri muka orang nak kahwin. Nanti dah jadi bini orang selalulah balik jenguk mak kamu ni." Tegur salah seorang makcik penduduk kampung terserempak dengan Haneem yang baru saja selesai membersihkan dirinya menuju ke bilik untuk bersiap.

Kau tak ada pilihan Iman, Farris dah pergi jauh...

"Aku akan jadi pengantin yang paling bahagia dapat memiliki kau Iman..."

"Apa Haneem cakap?!" Sergah ibu Yani lalu menutup pintu bilik memandangkan diluar orang ramai sudah mulai mengunjungi rumah itu.

"Haneem dah suruh abang Farris pergi, jadi tak ada sesiapa boleh selamatkan majlis ni kecuali Iman. Kan maksu?" Jawabnya yakin sambil tersenyum menyisir rambut didepan cermin.

"Astagfirullahalazim... kenapa Haneem buat macam tu?! Ya Allah," ibu Yani mahu saja mencekik budak itu sekarang namun bila difikirkan tidak berbaloi pun bertindak ganas dengan budak seperti Haneem ini. Dia mesti memberitahu ibu Haneem tentang kelakuan anak gadisnya selepas itu ke rumah Farris Iman untuk menahannya supaya tidak pergi dari sini.

Dah terlambat maksu... Haneem akan jadi isteri kedua Iman sekejap je lagi. Maksu sabar sikit je...

Elleana mengukir senyum melihat suaminya segak mengenakan baju melayu biru tua sambil membetulkak butang bajunya melihat cermin. Rambutnya yang serabai tadi kini sudah rapi apabila disapu dengan minyak rambut. Iman perasan ada yang memerhatikannya dari jauh namun dia buat tidak tahu saja malas mahu melayani Elleana. Selesai saja majlis Haneem dia mahu segera balik untuk memulakan pekerjaannya, rasanya sudah agak lama dia meninggalkan syarikat papanya diurus oleh Fariz. Melihat wajah Elleana dia terbayang Zahra dan Aqeef, bagaimana agaknya khabar kedua anaknya? Hari ini Afi akan membawa keluarga sebelah Elleana ke sini bersama anak anaknya. Rindunya dengan anak anak...

"Ell cuma nak bagitahu abang Afi dah gerak, Fariz dengan Wana pun gerak awal pagi tadi lagi." Elleana berdiri disebelah suaminya mahu melihat cermin menyikat rambutnya pula, dia perasan Iman berganjak dua tapak daripada tempat berdiri asal dan perbuatan itu untuk menjauhi Elleana.

"Oh okay,"

"Iman!" Tangan Elleana laju memeluk Iman dari belakang sekaligus airmatanya mengalir sekali lagi sebak dapat memeluk Iman begitu lagi meskipun dapat dia rasa Iman seperti tidak selesa dan minta dilepaskan.

"Ell minta maaf---" pelukannya diketatkan lagi sehingga telinganya dapat mendengar detak jantung suaminya yang berdegup laju. Nafasnya juga kedengaran kuat.

"Basah baju," Iman melihat dalam cermin airmata isterinya terkena sedikit pada belakang baju melayu menyebabkan Elleana serba salah lalu keluar meninggalkan Iman.

"Along! Aku dah tak tahan, aku kena jugak cakap benda ni dengan kau. Anak kau dah suruh Farris pergi,"

"Tapi kenapa?! Aku tengok dia gembira je tadi masa lalu dapur." Tanya ibu Haneem tidak faham.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now