Chap 11

44K 2.3K 141
                                    

"Semalam accident kat site?! Habis sayang ada luka ke apa tak?" Reaksi Iman terkejut membelek-belek lengan isterinya risau.

"Tak, tak. Memang ada accident kat site tapi bukan Ell yang kena,Eez yang kena. Itu pun sebab nak tolong Ell... kalaulah tak ada Eez entah Ell hidup lagi ke tak," jelas Elleana teringat kejadian semalam. Tiada kata yang mampu diucapkan untuk membalas budi Hafeez.

Eez? Eez mana? Takkanlah pulak lelaki---

"Lupa nak cakap Eez tu orang kanan papa, alaa yang bilik depan Ell tu. Dia lah Eez." Cerita Elleana lagi lupa pula mahu memberitahu si gerangan yang menolongnya. Mata Iman terus dibulatkan sudah agak.

Oh, sah lah dia lah! Jangan-jangan... Ell dah jatuh hati dengan dia.

"Iman? Kenapa diam je?" Tegur Elleana menyentuh pipi Iman saat lelaki itu menundukkan wajahnya.

"Eh err--- sayang lain kali hati-hatilah. Nasib baik ada dia, kalau tak ada dia habislah merana Iman. Dah, Ell tunggu papa kan? Iman pergi dululah." Ujar Iman mempamit dirinya sehingga tidak sempat bersarapan. Elleana sempat bersalaman dengan Iman, dahinya dicium lembut.

Macam mana kalau Ell jatuh hati? Yela dia handsome.Tapi aku kenal Ell, dia bukan jenis cepat jatuh cinta.

"Oh cikgu!" Tegur seseorang mengetuk cermin kereta. Iman segera kembali ke dunia realitinya menoleh ke kanan.

"Errr Hasya, kenapa?"

"Cikgu taknak turun ke? Kenapa termenung dalam kereta?" Tanya Hasya hairan pula. Awalnya dia hanya mahu melihat lelaki itu dari jauh namun apabila melihatkan Cikgu Hilman hanya mengelamun segera dia membuat keputusan mahu menegur saja. Iman segera menutup pintu keretanya usai mengambil beberapa beg dan buku.

"Boleh saya tolong?"

"Tolong apa?" Tanya Iman lagi.

"Itu, buku. Boleh saya tolong bawak?" Pelawa Hasya terus mengambil buku yang meninggi itu daripada tangan Cikgu Hilman.

Pelik. Harini Cikgu Hilman tak tumpukan perhatian. Mengelamun je... ke dia ada masalah dengan girlriend dia? Kalau dia ada masalah--- inilah masanya aku ambik kesempatan kan?

"Cikgu, tie cikgu senget sikit." Tegur Hasya menunjukkan ke arah tali leher Iman. Menyedari ditegur, Iman segera membetulkan tali lehernya.

"Cikgu, rambut cikgu tak kemas si---kit." Tambah Hasya lagi serba salah.

Iman segera membuka kamera telefonnya lantas membetulkan rambutnya, pantang betul mendengar mahkotanya tidak sempurna. Iman tidak menyedari ibu jarinya beberapa kali sempat menangkap gambarnya bersama Hasya disebabkan telefonnya dalam mood senyap. Iman menyimpan kembali telefonnya segera berlalu ke bilik guru, Hasya hanya mengikut saja dari belakang. Seluruh guru yang ada dalam bilik itu mula memasang mata untuk menjengah satu sosok yang sangat jarang masuk ke bilik guru, selalunya membuat onar saja selama ini.

"Pelik si Hasya tolong Cikgu Hilman," Cikgu Aisya orang pertama yang berani menegur Cikgu Hilman, itu pun setelah Hasya berjalan keluar dari bilik itu.

"Eh tak peliklah! Murid tolong cikgu kan normal tuh." Balas Iman tersenyum memandangkan dia tahu semua guru tidak berapa suka dengan perangai Hasya namun gadis itu kelihatan elok saja baginya. Semua kerja sekolah dan latihan dibuat lengkap, atas alasan apa aku nak benci dia?

"Yela, semua orang tahu Hasya tu jenis macam mana. Jejak bilik guru ni? Setahun sekali pun susah. Saya rasa----" terang Cikgu Aisya sudah mahu membuat andaian sendiri.

"Rasa apa cikgu?" Potong Iman ingin tahu.

"Takde apalah Cikgu Hilman, saya gerak dululah. Ada kelas." Cikgu Aisya segera keluar dari bilik guru tidak mahu membuat andaian lagi biarpun dia sudah dapat agak Hasya sememangnya sukakan Cikgu Hilman.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now