Chapter 40

36.1K 1.7K 51
                                    

"Jaga bini masing-masing, dah bertambah lelaki kat rumah ni." Sindir Fariz memeluk bahu Wana mengerling ke arah Leman dan Bigo.

"Mengarutlah kau! Dengan dua orang bodyguards muka macam The Rock pun nak jealous. Oh! Aku tahu kau jealous sebab kau hodoh kan?" Usik Iman menghirup susu yang masih bersisa dalam gelas. Elleana dan Wana hanya tergelak kecil memandang ke arah Leman dan Bigo, seperti biasa kedua bodyguards itu hanya mempamerkan wajah garang dan poyo.

"Semalam semuanya jadi tegang masa Hadif datang, muka Ell terus pucat. Aku memang bawak budak-budak ni masuk biliklah." Sambung Wana masih risau jika Hadif berani datang lagi.

"Dia ada pegang-pegang Ell ke?!" Tanya Iman serius.

"Aku tak nampak pulak dia pegang Ell, tapi cubaan nak pegang tu adalah. Risau jugak..." balas Wana. Elleana masuk ke dapur mencari asam jeruk mangga dalam peti sejuk.

"Papa kan dah cakap takpayah risau, kita dah ada bodyguards kat luar tu haa." Celah Dato Hamid baru turun dari biliknya.

"Iman risaulah paaa... tu tengok dua orang tu lagi risau. Yelah, dalam drama selalu badan je besar tapi tak kuat. Lainlah macam Iman ni." Iman sengaja menunjukkan lengannya sambil tersenyum memejam mata lantas dicubit oleh Fariz. Wana dan yang lain hanya tergelak kecil melihat gelagat mereka.

Malas mahu melayan kerenah mereka di meja makan, Elleana mengambil bekas asam jeruk mangga dan duduk di ruang tamu menonton rancangan pagi itu. Jelas Zahra semakin nakal dan aktif tambah tambah bakal mendapat adik tidak lama lagi. Hateem lah 'pakcik' yang paling seronok melayan kerenah Zahra, ada saja akal mereka untuk memanjat sana sini. Cukup sejam habis semua bantal sofa berterabur ke lantai.

"Sayang, Iman gerak dulu. Dah lambat, Iman ada buat kelas tambahan tiga puluh minit pagi ni. Nah?"

"Apa?"

"Lah... salamlah. Sibuk dengan asam dia."

"Hee sorry lupa! Kejap, kejap!" Elleana menyambut dan mencium tangan suaminya. Baru saja Iman mahu keluar dari rumah, Elleana menarik jari Iman.

"Kenapa?" Iman menoleh pelik.

Dah kenapa bini aku ni? Lain macam je?

"My forehead really need your kisses..." rengek Elleana manja sambil memejamkan matanya menadah dahi.

"Nanti Iman balik kita manja-manja ye?" Iman mengusap pipi Elleana setelah mencium dahi isterinya.

Leman dan Bigo bergegas membuka pintu pagar memandangkan pagi itu kereta semua kaum lelaki bergegas mahu keluar. Iman sempat tersenyum berlagak memandang kedua bodyguards Dato Hamid. Hatinya masih menyumpah-nyumpah mereka disebabkan layanan mereka berdua semalam terhadapnya. Sekurangnya Iman lebih tenang ada penjaga rumah sebagai pelindung jikalau Hadif datang menceroboh lagi.

xxxxx

"Berangan apa ni?" Tegur Emir melihat Hasya tersenyum sambil memejamkan mata seorang diri.

"Berangankan Cikgu Hilman..." balas Hasya menongkat pipinya.

"Awak, sudahlah. SPM dah betul-betul dekat. Sangat dekat. Baik awak fokus dengan peperiksaan kita." Nasihat Emir menyebabkan Hasya mendengus marah merasakan Emir menghalang angan-angannya. Menyibuk!

"Tu kenapa tu?" Tanya Yasmeen yang baru sampai ditempat duduknya. Hasya kelihatan keluar dari kelas barangkali ke bilik air.

"Entah... saya cuma tegur jangan berangan. Tak sangka dia masih berangankam Cikgu Hilman, itupun SPM tinggal berapa minggu lagi. Parah sangat ni." Luah Emir sedikit mengeluh. Kepalanya diletakkan atas meja tanda kecewa.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now