Chapter 21

39K 1.9K 58
                                    

"Papa mana?!" Tanya Elleana menggelabah membetulkan selendangnya. Matanya meliar mencari kelibat Dato Hamid di sekitar dalam rumah.

"Papa dah gerak, Ell sarapanlah dulu alaa lambat sikit je." Tegur Ibu Yani yang duduk di meja makan bersama Iman.

Nak sarapan ke tak ekh? Harini ada meeting penting. Kalau perut lapar, tak fokus. Haa sarapanlah!

"Kenapa tak kejut Ell tadi? Ell terlelap lepas solat Subuh kan?" Tanya Elleana seakan-akan menyalahkan Iman pula. Iman yang sedang menggigit roti tiba-tiba berhenti memandang isterinya berceloteh.

"Ya Allah Ell, bagilah suami Ell telan roti tu dulu. Kalau tersedak macam mana?" Tegur ibu Rozana melihat Elleana merungut kepada Iman membuatkan Elleana berdiam.

Iman meneruskan memakan lebihan roti yang ada di tangannya. Melihat Elleana ditegur bagaikan anak yang nakal, Iman hanya tersenyum. Elleana memuncungkan bibirnya saja lantas meneguk air susu dengan gelojoh. Ibu Yani hanya menggeleng kepalanya tersenyum melihat menantunya berkelakuan seperti anak kecil apatah lagi setelah melihat kesan susu yang tersisa di tepi bibir Elleana.

"Sayang, pergi tengok cermin cepat." Arah Iman tergelak kecil.

Tengok cermin?

"Ya allah kenapa tak cakap mulut Ell comot, tengok habis lipstik Ell dah comot. Ish!" Rungut Ellenaa mengeluarkan semula gincunya. Sisa susu tadi disapunya dengan cepat sebelum bibir dioles dengan sapuan gincu ringkas saja.

"Sayang, you left something..." Tegur Iman memegang tangan Elleana.

"Tertinggal apa? Dah lambat ni. Aduh!" Rungut Elleana lagi.

"Ell lupa salam suami Ell..." Tegur Iman membuatkan Elleana memandang wajah suaminya.

"I'm so sorry..." Balas Elleana lembut. Tangan Iman dipegangnya erat sebelum dicium. Belum pun sempat bibirnya menyentuh pipi Iman, Iman menahan dahi Elleana dengan tapak tangan.

"Please, no red lipstick. You know its take 15 minutes to clean it?" Tegur Iman membalas ciuman ke dahi Elleana.

"How dare you husband." Gumam Elleana sambil senyum sinis.

Elleana membelek jam tangannya berulangkali juga tidak senang duduk. Lampu isyarat memang sengaja bertukar merah setiap kali Elleana melalui jalan itu membuatkan dia bertambah bengang. Elleana tidak membayangkan muka bengis Dato Hamid namun dia risau tanggapan para pekerja disitu. Datang lambat? Orang akan cakap, oh mentang menantu boleh buat sesuka hati? Oh please, no!

"Good morning Puan," tegur seseorang dari belakang membuat Elleana kaget serta merta.

"Oh Eez, awak buat apa ni tak masuk pejabat lagi?" Soal Elleana merasa dia sudah terlambat walhal ada orang lain juga yang lambat. Pandangannya beralih memandang Izzuany pula yang datang bersama lelaki itu.

"Saya kena menapak cari parking kat hujung sana tu haa. Lainlah macam puan, menantu boss. Parking dah ready." Usik Hafeez berjalan mengiringi Elleana. Izzuany hanya mengikut saja dari belakang.

"By the way, korang tengah berjimat minyak ye? Satu kereta? Tapi bagus jugak jimat minyak, jalan pun tak sesak sangat." Tanya Elleana meneka saja merasakan mungkin kedua rakan kerjanya dari taman perumahan yang sama.

"Eh taklah, kereta saya ada je tapi Hafeez ni baik sangat nak tumpangkan saya dengan alasan sebab nak tebus kesalahan..." terang Izzuany tidak mahu Puan Elleana salah faham pula dengan mereka.

"Saya yang langgar dia sampai cedera macam tu jadi saya kenalah bertanggungjawab kan?" Ujar Hafeez apabila gadis itu sudah membuka mulut tentang perihal semalam. Sungguh hatinya berbunga dapat melihat Elleana hari ini setelah beberapa hari tidak bersua.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now