Chapter 29

30.5K 1.6K 57
                                    

"Mulakan dengan Bismillah, tolong jangan meniru. Saya dapat tangkap, jangan berangan awak nak ambik SPM!" Tegas Iman berjalan di laluan sempit untuk mengagihkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris. Semua pelajar memerhatikan jam sambil menunggu waktu dibolehkan menjawab kertas soalan.

Selesai memberikan arahan, semua pelajar mula senyap dan fokus dengan kertas peperiksaan yang ada atas meja. Iman mengambil keputusan untuk duduk dimejanya saja sambil memerhatikan pelajar-pelajar, sesekali dia merenung matanya bagaikan tertoleh sesuatu. Ya, aktiviti meniru dikalangan pelajar. Kau sabar je dulu Iman. Teruskan meniru, aku dapat tangkap siap kau!

"Cikgu? Nak pergi mana? Kan harini ada kelas tambahan sepatutnya. Lusa kan dah exam Maths." Tegur Hasya dan yang lain melihat Cikgu Hilman terburu-buru mengemas bukunya mahu segera pulang.

"Allah! Saya lupa, tapi--- saya ada urusan ni. Anak saya masuk hospital." Balas Iman serba salah pula, disisi lain dia harus komited dengan janji yang telah dia ucapkan kepada pengetua awal dahulu namun hatinya turut bimbang dengan keadaan Zahra.

"Kesiannya..." keluh Fara menundukkan wajahnya.

"Err--- kalau macam tu boleh kitaorang ikut cikgu melawat tak? Balik nanti kitaorang balik sendiri. Boleh tak?" Pinta Hasya pula mendapat akal, mungkin dia mengira Cikgu Hilman akan menganggap dia seorang yang sangat prihatin. Fara dan Aidil menyetujui namun tidak bagi Yasmeen, malasnya sudah ditahap tidak tertanggung. Asyik ikut telunjuk Hasya je!

"Bolehlah. Jom."

Yes, yes, yes !

"Macam mana Zahra ni Afi?" Tanya makngah merenung wajah anak lelakinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana Zahra ni Afi?" Tanya makngah merenung wajah anak lelakinya.

"Okay je, antibiotik pun dah masuk banyak. Cuma proses sedut kahak dan ambil darah kena teruskan sampailah hari doktor atasan sahkan Zahra boleh discharged." Terang Abang Afi berdiri di sebelah Doktor Hazrin untuk memeriksa keadaan Zahra. Nampaknya Zahra sudah semakin pulih. Hari ini saja dia sudah tersengih meskipun tangannya masih harus disuntik ubat antibiotik.

"Kena sedut kahak tu lagi? Ell tak sampai hatilah abang... kesian Zahra menangis sampai biru muka dia." Ujar Elleana sayu. Sungguh proses memberi gas dan menyedut kahak adalah proses yang paling menyakitkan pada pandangan Elleana buat masa ini namun dia terpaksa akur demi kesembuhan Zahra.

"Assalamualaikum," suara berkumpulan mula memasuki bilik Zahra. Elleana dan yang lain memandang mereka serentak.

"Amboi ramainya, abang dengan Doktor Hazrin keluar dulu. Okay mak Afi keluar dulu." Ujar Abang Afi sebelum keluar memberi peluang yang lain pula berkumpul.

"Makngah ni semua pelajar sekolah Iman, dorang datang nak tengok Zahra. Er--- ni isteri cikgu, Kak Ell. Yang itu makngah Kak Ell." Iman mula mengenalkan antara satu sama lain. Pandangan Elleana terus tertumpu ke arah seorang pelajar yang benar-benar menusuk matanya. Budak ni lah dalam gambar tu. Boleh tahan, patutlah Iman terpikat.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now