Chap 2

61.9K 2.9K 87
                                    

"Yes!" Jerit Iman tiba-tiba. Tersentak Elleana tatkala sedang menghabiskan novel barunya.

"Kenapa Iman?"

"Permohonan pertukaran sekolah diluluskan!" Ujar Iman seronok.

Ingatkan apalah tadi. Terkejut aku, dah lah hero novel tengah nazak ni. Hilang feel.

Iman mendekati Elleana yang kelihatan tiada reaksi lansung. Sangkaannya Elleana pasti masih marahkannya disebabkan peristiwa malam semalam. Siapa saja tidak terguris dibentak oleh orang tersayang?

"Iman... bagi ke tak?"

"Hmm penatlah. Nak tidur." Sengaja Iman mengelak.

"Saya cuma perlukan jawapam awak, ya atau tak." Tanya Elleana lagi.

"Habis Zahra macam mana? Let me be honest, saya nak awak jadi suri rumah. Awak ada masa nak layan saya, layan Zahra. Zahra still a baby sayang..."

"Suri rumah? Then for what point saya study sampai ke France? Duduk rumah?"

"Enough Ell... tidurlah. Dah jauh malam ni."

"Iman, boleh ke tak?"

"I said enough Ell!" Suara Iman mulai meninggi sedikit.

Elleana memuncungkan bibirnya ke depan. Dia berpaling membelakangi Iman. Wajah tenang Zahra dilihatnya di dalam baby cot. Sampai hati Iman marah...

"Sayang?"

"Apa?"

"Marah?"

"Mana ada. Kenapa nak marah?" Tanya Elleana selamba. Segala isi novel sebenarnya sudah lari dari minda. Apa yang difokusnya hanyalah perbincangan antara mereka berdua sekarang.

Iman tahu Elleana marahkannya disebabkan semalam. Tangan Elleana sengaja dibawa ke pipinya. Matanya memandang tepat ke dalam mata bulat Elleana.

"Sayang, look... i'm so sorry about last night? Its my fault. Totally my stupid words. Forgive me?" Ujar Iman lembut. Renungan matanya dibalas balik oleh Elleana.

"Promise me? You wont do it again? Never raise your voice?"

"Promise!" Balas Iman teruja. Tangannya ditegakkan menunjukkan ikrarnya pada isteri tercinta.

Elleana sememangnya tidak sampai hati mahu memarahi Iman terlalu lama. Senyuman manis diberikan namun hatinya masih bercelaru memikirkan kata-kata papa semalam.

Kerja dengan papa?

"Dah cepat siap, kita bawak Zahra keluar shopping. Lagipun Iman nak beli banyak keperluan. Esok dah mula masuk mengajar tau." Ujar Iman kelihatan tidak sabar lagi. Dia segera menukar baju dan berseluar jeans.

Elleana mendekati Zahra yang nyenyak tidur di baby cot. Bayi seusia ini yang dia tahu hanyalah tidur. Elleana bersyukur dikurniakan seorang anak yang tidak banyak meragam. Dia menukarkan lampin Zahra sebelum dia kembali bersiap di depan cermin.

"Nak pergi mana ni anak beranak?" Tegur Ibu Yani.

"Keluar sekejap ibu." Balas Iman.

"Lah kesian cucu ibu tu haa tidur je. Takpayah bawaklah, ibu boleh jagakan." Cadang Ibu Yani menghulurkan tangannya untuk menyambut Zahra. Selalunya Hateem akan cemburu kalau ibu dan papanya melayan Zahra. Barangkali sudah tidur. Itu yang senyap dari tadi.

Elleana terpaksa akur menyerahkan dukungan Zahra kepada Ibu Yani. Tangan Elleana dipaut oleh Iman segera keluar memakai kasut. Mata Iman menunjukkan ke arah kasut bertumit tinggi sedikit. Elleana ternganga seakan-akan tidak faham.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now