SPECIAL PART (10) LAST

33.7K 1.4K 181
                                    

(Song - Jalan Terus, Afgan)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Song - Jalan Terus, Afgan)

Suasana majlis persandingan gamat seketika apabila mata mata banyak menumpukan pada pondok dimana semuanya mulai berkumpul. Farris Iman dan Haneem yang bersanding turut melarikan diri seketika dari pelamin untuk melihat apa yang sedang berlaku di sana. Suara Elleana kedengaran menangis memaksa Iman untuk bangun disertai dengan anak anak turut menggoncang tubuh papa mereka. Wana dan Rozana menarik Elleana bersama anak anak untuk ditenangkan seketika. Kelihatan ambulans sudah masuk ke perkarangan rumah keluarga ibu Yani menambah penasaran orang ramai.

"Iman kenapa maksu? Dia okay ke?" Tanya Haneem menjadi kasihan melihat reaksi anak anak Iman menangis dipegang oleh Rozana dan Dato Hamid.

"Farris dengan Haneem kena naik semula ke pelamin, jangan buat tetami panik. Pergi sekarang!" Arah ibu Yani menyebabkan Farris Iman menarik tangan isterinya naik ke pelamin semula.

"Ell ikut Iman..." Elleana mahu turut menaiki ambulans menemani Iman. Melihatkan keadaannya sekarang memang ramai tidak bersetuju jika Elleana ada disisi Iman, risau dia pula yang terkejut melampau.

"Takpe saya boleh teman dia, awak boleh susul naik kereta dengan yang lain." Wana memegang tangan sahabat baiknya untuk dibantuk naik ke ambulas. Dia sedar jiwa Elleana amat rapuh sekarang kerana itu dia perlu tetap berada disisi Elleana untuk menguatkan lagi sahabat baiknya. Nina dan Urfee menawarkan diri untuk tetap berada disini menjaga anak anak mereka bersama Rozana, makngah dan Maria. Dato Hamid menyusul menaiki kereta Fariz diikuti oleh Hafeez, Izzuany dan Abang Afi.

"Iman akan okay kan?" Tanya Elleana tersenyum meskipun airmatanya mengalir tidak berhenti memandang Wana yang berusaha untuk tidak terjebak dalam kesedihan ini kerana tujuan utamanya adalah memberi sokongan kepada Elleana.

"Ell..." suara Wana bergetar terus mengenggam erat tangan Elleana sebelum membawanya ke dakapan.

"Iman bangun... Ell banyak dosa dengan Iman... tolonglah bangun bagi Ell peluang lagi---"

Segalanya berlaku dengan pantas, hanya dalam sekelip mata Iman sudah hilang dari pandangannya dibawa masuk ke dalam unit kecemasan. Suara tapak kasut berbunyi menyusul mereka dibelakang membuatkan Elleana lebih tertekan. Dia merelakan saja tubuhnya yang dirasakan ringan dipeluk oleh Wana dan Izzuany. Telinganya dipenuhkan dengan bisikan kata kata semangat daripada kedua sahabat baiknya namun jiwanya merasa sungguh kosong. Baru pagi tadi dia mendengar suara Iman berbual, baru pagi dia mendakap tubuh Iman dan kini? Semuanya harus berakhir begitu saja? Aku tak faham apa yang sedang terjadi ya Allah...

Abang Afi mengejar doktor yang keluar dari ruang kecemasan untuk bertanya tentang keadaan Iman. Elleana terbayang suaminya masih ada disebelah menemaninya saat ini. Matanya tertumpu pada sudut dinding hospital menampakkan Iman sedang mendukung Zahra dan Aqeef seperti kebiasaan yang dia lakukan usai pulang dari tempat kerja. Apa ini ertinya aku akan kehilangan Iman? Aku mula nampak bayangannya...

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now