Chapter 18

36.6K 2K 49
                                    

Elleana membuka matanya perlahan, terasa senak biji matanya gara-gara tidur lambat semalam. Dia kembali memalingkan tubuhnya ke kiri, dia lihat Iman masih nyenyak tidur memeluk Zahra. Terasa bagai mimpi indah dapat melihat dua insan kesayangan sebaik saja membuka mata. Elleana mengusap lembut pipi Iman sebelum bingkas bangun mencapai tuala dan kain batik menuju ke bilik air.

"Awalnya Ell bangun?"

"Eh! Abang Afi ni buat terkejut Ell je. Mestilah bangun awal, nak solat subuh lagi siapkan sarapan lagi. Maria dah bangun ke?" Tanya Elleana sebaik saja ditegur oleh Abang Afi.

"Maria? Ermm dia jarang bangun subuh," jawab Abang Afi nada sedikit mengeluh.

"Mana boleh macam tu, abang kenalah kejut dia. Kesian abang nanti tanggung dosa dia. Abang kan ketua keluarga, bantulah dia sikit-sikit," pesan Elleana sebelum meninggalkan Abang Afi yang berdiri di depan biliknya.

Kata-kata Elleana bermain di fikirannya, sungguh memang benar apa yang dinasihatkan oleh sepupunya tadi. Sampai bila dia mahu menanggung segala dosa Maria yang tidak mengerjakan suruhan Allah. Itu belum masuk bab pakai tudung pun alasannya masih belum bersedia, disuruh solat pun alasannya penat, tidur lambat, paling teruk pun alasan 'uzur'. Masakan asyik-asyik uzur.

Tak boleh jadi ni!

"Sayang, bangun. Solat subuh. Bangun." Kejut Abang Afi menggoncang sedikit tangan Maria.

"Ishhh.... Awak ni, janganlah kacau. Saya penat tahu tak. Awak pergi jelah solat." Keluh Maria masih mahu tidur.

"Tak boleh sayang, bangun. Sampai bila nak tinggal solat. Solat kan wajib. Dah bangun, saya pergi ambik wudhu dulu, i'll be back in 5 minutes, please make sure awak dah bangun. Come on---"

"Alaa awak ni, nak solat pergilah solat. Saya tahulah dosa saya. Dah jangan kacau, nak tidur!" Bentak Maria sedikit sebelum menarik selimut merah menutupi keseluruh tubuhnya.

Ya Allah keras betul hati isteri aku...

"Sayang, can you imagine tengah sedap sedap tidur ni tiba-tiba awak bukak mata, awak dah ada dalam kubur. Ish, ish, ish! MasyAllah..." Usik Abang Afi sambil menggeleng-geleng kepalanya.

"Hish! Yela, saya bangun sekarang!"

Menjadi jugak strategi aku!

"Eh? Maria?" Elleana terkejut melihat Maria saat keluar daripada bilik air. Pelik.

"Cepatlah, aku nak ambik wudhuk ni!" Bentak Maria masih bengang dipaksa bangun Subuh.

"Eh menantu aku bangun solat subuh lah harini." Sindir makngah di dapur yang sedang sibuk menggoreng ayam mahu menyiapkan sarapan. Elleana turut ketawa kecil dek kerana tidak tahan dengan usikan makngah tadi.

Elleana segera mengunci pintu biliknya untuk mengenakan pakaian. Rambutnya disanggul menggunakan tuala merah jambu tadi. Serum merah jambu Garnier kegemarannya diratakan ke seluruh wajah. Selesai menyikat rambutnya, Elleana segera naik ke katil dengan perlahan-lahan.

"Iman, bangun. Dah subuh ni, cepat. Ell tunggu kat sejadah ye?"

"Sayang, dah siap? Kenapa tak kejut Iman awal-awal? Tunggu, Iman mandi sekejap," Iman segera bangun meletakkan tuala di bahunya.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now