Chapter 23

28.3K 1.5K 61
                                    

"Iman... erm masih marahkan Ell ke?" Tanya Elleana mencuit sedikit bahu Iman.

"Cepat sarapan, Iman dah lambat." Balas Iman nada mendatar.

Elleana mencebik lantas menghirup sisa air susu yang ada dalam gelas sehingga habis. Iman kelihatan dingin saja, semalam dia langsung tidak membicarakan apa yang Elleana sudah lakukan. Anginnya kurang baik pagi itu disebabkan hal semalam sangkaan Elleana. Elleana segera mengenakan kasut bertumit tinggi Valentino yang baru dibelinya.

"Iman nak cepat kenapa? Pagi ni bukan ada perhimpunan. Kan?" Tanya Elleana masih berani bersuara. Matanya tidak berkedip memerhatikan gerak mulut Iman, berdebar pula rasanya hari ini.

"Eh borang apa ni?" Elleana terlihat surat tebal di belakang tempat duduk lantas tangannya gatal mencapainya.

"Perkhemahan tiga hari dua malam? Iman cikgu pengiring? Ell tak tahu pun? Memang taknak Ell tahu eh? Sampai hati..." Celoteh Elleana seorang diri lantas berpeluk tubuhnya tanda merajuk. Iman hanya mengerling sedikit daripada tadi tidak mahu melayani sikap isterinya.

Nak suruh orang pujuk lah tuh, jangan harap.

Iman ni taknak pujuk aku ke? Tak nampak ke aku posing merajuk ni?

"Hantar sampai sini jelah, Ell boleh jalan kaki langkah jalan seberang." Elleana bersuara nada mendatar, tangan sudah mencapai pintu mahu dibuka namun tidak diendahkan oleh Iman. Iman terus memberhentikan kereta di lobi juga masih tidak mahu membahayakan perempuan itu. Elleana sempat bersalaman dengan Iman meskipun harapannya mahu dipujuk Iman hancur lebur.

"Err Cik Ell---" tegur Izzuany sebaik saja terlihat Elleana melepasi pintu masuk.

"Please not now Izzuany, saya takda mood ni. Geram!" Tegas Elleana berjalan saja tanpa menoleh ke arah Izzuany.

Apa kena Cik Ell ni? Marah betul.

Izzuany berjalan laju ke tempat kerjanya lantas mencapai fail-fail yang harus diberikan kepada Elleana, dia menelan air liurnya berulang kali biarpun terasa seperti tersangkut. Tangannya terasa berat mahu mengetuk pintu kaca bilik Elleana kemudia mata segera beralih pula ke arah ruangan Hafeez.

Ahaaa! Hafeez!

"Awak saya perlukan pertolongan awak, saya kena serahkan fail ni atas arahan Dato. Urgent. Tapi--- saya takut,"

"Takut apa?" Tanya Hafeez masih tidak faham dengan apa yang berlaku.

"Mood Cik Ell tak baik harini, pagi-pagi lagi dah marah. Saya takutlah..." Jelas Izzuany lagi dengan harapan lelaki itu akan faham apa yang dimaksudkan.

"Okay, so awak nak saya serahkan fail ni pada dia lah? Ish! Taknaklah. Saya ni tak pernah tengok dia marah, apa kata awak sendiri je jumpa dia... eh? Eh?" Balas Hafeez tergelak kecil mendengar permintaan Izzuany lantas matanua beralih memandang puan muda dalam bilik itu, sungguh wajahnya tampak berbeza sedikit.

Marah sangat ke Ell harini? Gaduh dengan suami dia ke? Ish kau ni Eez, sibuk urusan rumahtangga orang.

Elleana mengeluh panjang mengadap komputer riba, bibirnya dimuncungkan sebelum kepalanya diletakkan atas meja. Matanya mengimbas kembali apa yang baru ditaipnya tadi, terasa seperti ada beban di kepalanya. Dia tidak habis fikir kenapa Iman bersikap sedekemian rupa, bukan besar sangat salah semalam. A day without calling and messaging je pun!

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now