Chapter 42

31.6K 1.7K 53
                                    

"Iman mana Ell? Dah pukul berapa ni?" Tanya Dato Hamid melihat Elleana baring di sofa masih setia menunggu suaminya. Sesekali dia bangun menyelak langsir menunggu kepulangan Iman. Kemanalah Iman, pergi tak bagitahu...

"Ell tidurlah dulu, mungkin dia pergi jumpa kawan ke. Dah nak masuk pukul dua belas pagi ni," arah Dato Hamid kasihan melihat menantunya yang sarat berjalan terhuyung hayang menunggu Iman.

"Papa tidurlah dulu---"

"Haa tu bunyi enjin kereta Iman!" Dato Hamid segera mengambil kunci membuka pintu depan untuk menyambut kepulangan anak lelakinya. Elleana tersenyum bingkas bangun dari sofa menuju ke depan pintu juga mahu menyambut Iman, senyumannya kian mekar menunggu lelaki itu.

"Iman! Siapa ni?!" Tanya Dato Hamid pelik, Elleana yang masih tidak nampak tersenyum saja ke depan. Langkah kakinya terhenti apabila ternampak suaminya mendukung seseorang. Seorang gadis, bajunya koyak rabak. Rambutnya kusut masai, wajah pula penuh dengan lebam. Dakapan erat Iman sungguh menikam jantung Elleana, air liur ditelan oleh Elleana berkali-kali namun tekaknya terasa perit. Kakinya juga sudah tidak mahu terus berdiri, tidak kuat mahu melihat mereka. Mata Elleana sudah mulai berkaca, sebak yang ditahan kian memuncak. Tidak sanggup lagi menahan sakit itu, Elleana berlalu masuk ke biliknya.

"Anak siapa ni Iman? Kenapa bawak balik? Mak bapak dia mana?!" Tanya Dato Hamid mengalahkan pihak polis, perhatiannya kini tertumpu ke arah gadis itu.

"Pelajar Iman papa, dia hampir kena rogol---"

"Kenapa tak bawak balik rumah mak bapak dia? Dia bukan tanggungjawab kita Iman!" Suara Dato Hamid sedikit meninggi menyebabkan isi rumah yang lain turut terbangun. Fariz dan Wana keluar daripada bilik dengan menggosok matanya tiba-tiba menjadi segar melihat Iman mendukung seorang perempuan muda.

"Keluarga dia pergi Singapore papa, dia seorang diri kat sini." Balas Iman lantas Ibu Yani menyuruh Iman membawa gadis itu naik ke bilik tetamu diikuti Rozana. Rambut gadis itu dirapikan oleh Rozana dengan lembut supaya tidak tersentuh luka-luka di dahinya. Selesai menutup lampu semua isi rumah mulai turun dan berkumpul di ruang tamu.

"Iman, kau bawak budak tu balik?! Gila lah!" Bentak Fariz tiba-tiba naik angin, sungguh dia hanya fikirkan bagaimanalah perasaan sahabat baiknya, Elleana.

"Ell tahu ke?!" Tanya Wana pula ikut campur. Iman mengangguk lantas Wana menceroboh masuk ke bilik Iman yang tidak berkunci untuk mencari sahabat baiknya. Benar dugaannya, Elleana pasti dalam bilik air sedang menangis.

"Sekarang ni macam mana? Iman dah buat laporan polis? Dah maklumkan pada keluarga dia?" Tanya Ibu Yani memegang bahu Dato Hamid, semua yang ada di situ kelihatan penasaran sehingga masing-masing mempamerkan wajah serius.

"Sebelum datang sini--- Iman dah ke balai polis. Polis dah ambil keterangan Iman sebab Iman saksi kejadian tadi. Ibu Emir--- mati ditembak polis. Emir kena tahan sekarang..." Jelas Iman serius. Wajahnya jelas menunjukkan segala kerisauan.

"MasyAllah---"

"Tapi tak semestinya kau bawak dia balik," sindir Fariz masih lagi tidak berpuas hati.

"Habis kau nak aku tinggalkan dia kat rumah sorang diri, dia tu pelajar aku Fariz!" Bentak Iman kembali, sungguh dia juga tersepit. Entah apa tindakan yang patut dia ambil.

"Alasan! Hospital ada! Kau nampak tak teruk keadaan dia tadi? Asal kau tak hantar je dia kat hospital?" Balas Fariz lagi sengaja mahu mencetuskan kemarahan Iman. Wana menutup pintu bilik Iman perlahan lantas Iman mengangkat wajahnya memandang reaksi wajah Wana. Wana menggeleng kepalanya tanda gagal menenangkan Elleana. Semakin bertambah kerisauan Iman, dia tahu Elleana pasti sakit hati.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now