Chapter 26

31.1K 1.6K 112
                                    

"Emmm..." Iman menggeliat lantas memeluk sesuatu. Elleana turut memeluk sesuatu dari belakangnya. Menyedari masing-masing tersentuh antara satu sama lain, mereka membuka mata seluas-luasnya.

"Apa peluk-peluk ni!" Jerit mereka serentak lantas bangun menjeling antara satu sama lain. Elleana meletakkan bantal peluk ditengah-tengah mereka untuk membahagikan sempadan. Keduanya tertancap ke arah pintu bilik air, bagai kanak-kanak ribena mak dan bapak budak berlari ke arah bilik air berebut siapa dulu yang patut mandi.

"Ell nak mandi dululah, eeee tepi!" Tolak Elleana tidak mahu mengalah dengan bersungguh-sungguh wajahnya menolak dan menarik lengan besar Iman.

"Ahh tak ada! Iman sampai dulu, Iman nak mandi dulu! Tepi!" Iman berpaut tangannya ke tombol pintu bilik air, masing-masing tidak mahu mengalah saling menolak.

Keduanya terus berhenti bergaduh apabila terdengar suara tangisan Zahra, melihat Iman melepaskan tombol pintu Elleana menolak Iman ke tepi dan terus meloloskan diri ke bilik air terlebih dahulu sambil gelak terbahak-bahak merasa dirinya sudah menang.

"Oi anak nangis tak reti ke bagi susu? Mak macam mana entah!" sindir Iman segera mendukung Zahra.

"Eh itukan kerja orang tu, buat sendirilah!" Laung Elleana daripada bilik air.

1-0 Iman. Aku menang!

Setelah menidurkan Zahra, Iman mencapai tuala masuk ke bilik air memandangkan Elleana masih di dalam bilik persalinan memakai baju. Anehnya walaupun mereka berperang, hati mereka masih terbuka untuk solat berjemaah bersama-sama seperti kebiasaan. Selesai menyalami tangan Iman, Elleana berdiri di depan cermin menepek bedak dipipi namun tangannya terasa seperti ditolak seseorang. Dia lihat siku Iman mulai mengganas cuba menolak bahunya disebelah semasa memakai tali leher.

"Hish tepilah! Orang tengok cermin dia nak tengok cermin. Pakai tie je pun." Marah Elleana tidak berpuas hati tambah-tambah setelah bedak yang ditepek tadi terkena tudungnya. Elleana mendengus lantas segera membuka almari mencari tudung lain. Penat aku iron nak pakai tudung ni, dah kena bedak!

Iman ketawa seorang diri menyapu minyak rambut untuk membetulkan rambutnya. Elleana segera berdiri di depan cermin sekali lagi untuk memakai tudung, kali ini Elleana pula mengibaskan hujung tudungnya terkena rambut Iman menyebabkan bahagian belakang rambut Iman menjadi tidak kemas semula. Iman berdecip menjeling isterinya di dalam cermin. Hahaha macam ekor itik belakang rambut!

"Nak pakai lipstik warna apa eh harini?" Omel Elleana membuka laci penuh dengan gincu.

"Takpayah nak berlipstik bagailah, bukan cop kertas projek guna lipstik." Sindir Iman menyembur minyak wangi di pergelangan tangannya.

"Oh? Kalau macam tu takpayahlah pakai minyak wangi, pergi sekolah nak sebarkan ilmu bukan sebarkan bau minyak wangi tu." Balas Elleana keluar dari bilik setelah mencapai beg tangannya. Bibirnya dibiar naked tanpa sebarang warna gincu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now