Chap 14

43.5K 2.5K 83
                                    

"Puan, jom keluar lunch? Saya belanja." Ajak Hafeez selamba. Keningnya terangkat sebelah menunggu jawapan Elleana.

Kau memang cari pasal lah Eez, ajak isteri orang keluar lunch!

"Boleh tu boleh tapi--- kita berdua je?" Tanya Elleana serba salah pula, masakan mahu berdua nanti kalau Fariz dan Wana nampak apa pula kata dorang? Aku khianat Iman. Ish!

"Em--- taklah! Haaa Izzuany ikut sekali." Hafeez segera memetik nama Izzuany tidak mahu berduaan pula.

"Haa kalau Izzu ada saya on je!" Balas Elleana lega mendengar nama PA bapa mertuanya lantas segera masuk ke biliknya mengemas meja.

Hafeez berjalan ke meja kerja Izzuany dengan niat mahu mengajak gadis itu untuk bergabung makan tengahari sekali. Tali lehernya sempat dibetulkan tatkala terasa senget sedikit, dari jauh lagi Izzuany sudah tahu pemilik kaki itu adalah Hafeez. Kepalanya sengaja ditundukkan pura-pura sedang tekun membuat kerja. Hafeez meletakkan tapak tangannya atas meja Izzuany, lantas mata Izzuany menoleh memandang lelaki itu. Benarlah lelaki yang dia begitu sukakan ada di hadapan matanya sekarang. Matanya tidak sengaja bertaut dengan kedua mata lelaki itu.

Ya Allah kenapa Hafeez, kenapa dari dulu sampai sekarang tak habis-habis seksa mata aku. Aku jatuh hati lagi dan lagi!

"Izzuany? Hello?" Tegur Hafeez melayangkan tapak tangannya tatkala gadis itu dirasakan sudah hilang fokus.

"Ya... kenapa Hafeez?" Balas Izzuany cepat-cepat tidak mahu nampak sangat dia sukakan lelaki itu.

"Saya nak ajak awak lunch, saya belanja. Boleh?" Tanya Hafeez memang memasang niat untuk belanja dua perempuan yang dia ajak keluar makan hari ini.

Kalau aku jawab tak nanti dia ingat aku sombong tapi kalau aku tolak kali ni buatnya lain kali dia dah taknak ajak macam mana?

"Err--- boleh boleh!" Jawab Izzuany bersungguh membuatkan Hafeez tersenyum manis lantas memberi isyarat dia akan menunggu dibawah dahulu.

Ish buat malu lah Izzu! Yang kau beria sangat cakap boleh dah kenapa? Tak pasal-pasal dia fikir apa nanti. Ergh malu!

"Ye Iman, Ell nak keluar lunch dengan kawan-kawan. Wah Zahra behave dengan papa dia. Okaylah nanti kita jumpa kat rumah." Elleana mematikan telefonnya usai memaklumkan kepada Iman dia tidak jadi untuk pulang makan di rumah. Langkahnya laju menuju ke masuk ke dalam perut lif bimbang Hafeez menunggu lama pula.

Dari jauh Elleana sudah melihat Hafeez sedang menunggu di dalam keretanya siap dengan lagu Maroon 5 sudah terpasang membuatkan Elleana teruja. Tangannya lantas membuka pintu kereta di tempat duduk depan tanpa segan silu memandangkan awal lagi dia sudah tahu mereka tidak hanya berdua. Izzuany yang girang baru saja keluar dari bangunan itu ternampak Puan Elleana yang naik kereta bersama Hafeez. Raup wajahnya tiba-tiba berubah entah kenapa dia merasakan sakit, sakit di dalam hati. Cemburu?

"Eh Izzuany awak tercegat lagi kenapa? Masuklah." Arah Hafeez menoleh sedikit ke belakang membuatkan Izzuany segera mendekati mereka, mahu batalkan sudah di depan mata lalu apa lagi yang dia mampu ucapkan? Hanya ikut saja.

"Err... sorry sorry saya lambat." Balas Izzuany tergesa-gesa membuka pintu kereta Hafeez. Dia diam tidak berkata apa-apa sepanjang perjalanan ke restoren, hanya kedengaran suara Hafeez dan Elleana berbual bercerita tentang lagu Maroon 5 saja.

Mereka berkongsi minat yang sama. Kau Izzu? Tahu ke apa-apa pasal Maroon 5?

"Puan nak makan kat mana ni?" Tanya Hafeez pusing-pusing keretanya sekeliling kedai makan sejak dari tadi.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now