Chap 10

47.1K 2.3K 85
                                    

"Sayang semalam kan..." usik Iman membetulkan tali lehernya.

"Apa? Diam!" Elleana pantas menekup mulut Iman, suaminya memang selalu memuji atau membahaskannya setiap kali mereka bersama.

Iman ketawa terbahak-bahak setelah Elleana mengalihkan tangannya.

"Kalau Zahra dapat adik lagi, semua salah Iman! Ell dah cakap kan, Ell lupa makan ubat." Elleana mencebik memakai jam tangannya laju risau terlambat pula.

"Eh apa pulak salah Iman, awak yang tergoda dengan saya Puan Elleana oi. Kalau Zahra dapat adik--- Alhamdulillah! Syukur rezeki Allah nak bagi. Kan saya nak anak tujuh dulu. Ingat tak?" Usik Iman lagi membuatkan isterinya bertambah geram. Elleana segera mencapai beg lalu disangkutkan ke bahu namun tangannya pantas ditarik oleh Iman pula.

Tangan Iman menjalar memeluk pinggang Elleana daripada belakang lantas dia pusingkan tubuh isterinya menumpukaj sepenuh perhatian kepadanya. Elleana hanya merenung tepat ke dalam mata Iman, godaan Iman terlalu susah untuk dia tepis. Wajah Iman semakin menghampiri hidungnya lantas mata terpejam rapat. Bibir Iman menyentuh pipinya lembut saja.

"Okay sayang, i'm late!" Ujar Iman melepaskan isterinya, dapat Iman dengar isterinya menarik nafas lega apabila dibiar terlepas.

"Not now but tonight..." usik Iman sekali lagi mencuit hidung Elleana sebelum keluar dari bilik.

Hah? Apa? Aduh....

×××××

"Since lusa dah start exam, saya nak adakan kelas tambahan. Tak lama sejam je lepas sekolah. Siapa nak join harini tunggu dalam bilik media depan kantin."

Kelas tambahan? Waa bestnya... masa tambahan dengan Cikgu Hilman.

"Sengih-sengih ni mesti kau nak join?" Usik Yasmeen menolak sedikit lengan Hasya tahu betul niat sahabatnya.

"Hello, mestilah! Rugi kalau tak join tau. Jomlah sekali." Ajak Hasya memegang tangan Yasmeen meminta gadis itu menemaninya. Tak seronoklah tak ada Meen!

"Aku rasa aku join, kau pun tahulah Maths aku macam mana kan, susah nak diajar asyik fail je. Mummy aku dah bising tau, kalau aku tak lulus kali ni dia siap nak upah private tutor tahu tak? Habislah masa aku nak lepak-lepak." Rungut Yasmeen mencebik.

Kelas tambahan? Pandang muka kau kelas biasa pun aku dah menyampah! Inikan pulak nak pandang muka kau kelas tambahan?

"Macam mana Mir? Join?" Tegur Aidil.

"Eh memang taklah!"

"Ikut suka kau lah, kalau gagal padan muka kau!" Balas Aidil menjeling.

"Kalau aku lulus? Kau nak cakap apa?" Tanya Emir mencabar.

"Kalau kau lulus aku rela makan kertas sekali lagilah! Muka kau nak lulus? Bhahahahaha." Gelak Aidil menyahut cabaran Emir tanpa berfikir panjang.

Makan kertas lagi? Haa makanlah kau! Aku akan lulus dengan apa cara sekali pun. Kau tengoklah.

"Saya kagumlah dengan cara Cikgu Hilman mengajar, baru dua bulan cikgu kat sekolah ni tapi dah bawak perubahan positif pelajar 5 Cerdik. Sekarang ni heboh tau kelas 5 Arif dengan 5 Bijak nak Cikgu Hilman ajar Matematik jugak..." cerita Cikgu Aisya di sebelah meja Iman menyampaikan khabar angin yang dia dengari. Hati siapa tidak bahagia mendengar berita sebegitu.

"Saya cuba yang terbaik setakat yang saya mampu je cikgu, dorang semua tu bukannya tak pandai biasalah nakal sikit je." Balas Iman seronok dengan respon positif Cikgu Aisya, guru lain juga ada menegurnya tentang perubahan kelas 5 Cerdik.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now