Chapter 27

31.2K 1.7K 85
                                    

"Ni apebenda lah jatuhkan martabat lelaki, memang perempuan senang pijaklah." Rungut Iman meneguk air tatkala melayan drama dengan yang lain di hari cuti.

"Ish, tak semestinya minta maaf jatuhkan martabat. Tu tanda lelaki tu hormat perempuan tu yelah dengan maaf kan boleh selesaikan masalah." Ujar Fariz pula memberi pendapat. Elleana menjeling Iman dari jauh yang sedang bermain dengan Hani.

"Maaf boleh selesaikan masalah? Betul lah kalau orang tu sanggup mengaku salah. Kalau dah tak mengaku salah? Mana nak wujudnya maaf." Omel Iman lagi sengaja menyindir Elleana.

"Bukan sebelah pihak je kena mengalah. Kedua belah pihak." Wana mencelah memandangkan dia tahu Iman tujukan kata-kata tadi buat siapa. Elleana masih mendengus marah, Fariz membenarkan segala apa yang diulas oleh isterinya.

"Dah kau layanlah drama ni, menyampah aku tengok lelaki tu diperbodohkan. Tidur lagi baik." Iman bangun lantas memberikan remote televisyen kepada Fariz dengan sedikit kasar. Elleana ke dapur membancuh susu untuk Zahra memandangkan anaknya boleh terjaga bila-bila masa saja.

Sekali lagi Elleana menjeling apabila dia melihat Zahra sedang bergurau dengan Iman di katil mereka. Tindakan Elleana terus mendukung Zahra membuatkan Iman tidak berpuas hati.

"Ish! Sinilah Iman susukan." Marah Iman merampas botol susu Zahra namun baru saja dia mahu mendukung Zahra, Elleana sudah melarikan anak mereka.

"Biarlah orang nak susukan Zahra. Apa masalahnya," Elleana merampas kembali botol susu Zahra tidak mahu mengalah.

"Zahra anak Iman sorang, kalau nak beranak lagi sorang!" Balas Iman terus merampas Zahra dan botolnya, ternyata kemenangan berpihak kepada Iman kali ini tatkala dia tidak mampu melawan lagi. Elleana mendengus marah mendengar kata-kata Iman tadi.

Zahra anak kau? Habis bukan anak akulah? Lepastu suruh aku beranak lagi sorang eh, penat beranak senang je dia nak mengaku Zahra anak dia sorang! Geram ni geram

"Ell buat apa kat luar malam-malam berembun ni? Dah lewat ni. Masuk tidurlah." Tegur Rozana memegang lengan anaknya.

"Ibu, susah kan nak pertahankan sebuah rumahtangga ni?" Tanya Elleana tiba-tiba lantas berbaring di peha ibunya.

"Ell, ibu tak tahu apa masalah Ell... yang ibu tahu anak ibu seorang yang bijak tangani apa saja masalah yang datang. Pertahankan rumahtangga tu--- susah kalau dah tak ada lagi sifat nak bertolak ansur dan yang paling penting selalu berkomunisasi. Itu terpenting. Kalau dah tak ada lagi komunikasi antara satu sama lain... susahlah." Jelas Rozana mahu anaknya lebih faham. Setiap masalah yang datang itu selalu ada jalan penyelesaian kata Rozana. Pasti.

Elleana termenung sejenak cuba menghadam segala kata-kata ibunya. Kalau saja Iman lebih bertolak ansur dengannya, pasti hatinya akan lebih lembut sedikit. Ya, kalau saja Iman mengajaknya untuk berbincang dan berkomunikasi secara baik pasti semua masalah akan selesai. Ini tidak! Taknak kalah. Semua dia jelah yang betul. Geram.

"Ibu nak masuk tidur dulu, esok pagi nak bangun awal. Nak mandikan Wana dengan Hani... fikir yang baik-baik inshaaAllah tak ada apa-apa. Okay? Assalamualaikum," ucap Rozana mencium dahi anak perempuannya lantas masuk ke dalam meninggal Elleana seorang diri termemung sendirian.

Sepanjang malam Elleana berbaring di pondok depan laman memikirkan pelbagai masalah sehinggalah dia terlelap. Bagai kucing mahu mati Iman pusing kesana kesini tidak dapat tidur, entah kenapa perasaannya bergolak begini. Sepatutnya dia gembira tidak nampak lagi bayang Elleana disebelahnya tapi lain pula jadinya, jujur hati ini risau entah dimana pula Elleana tidur. Di ruang tamu ke? Ada selimut ke? Ada bantal?

"Ish, hauslah pulak!" Getus Iman bangun keluar dari biliknya atau lebih tepat mahu keluar memeriksa ke mana isterinya. Matanya melilau memandang ruang tamu. Takda pun Ell? Tidur mana dia ni, mungkin tidur dengan ibu kot.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now