Chapter 38

34.2K 1.7K 65
                                    

"Lepas ni kalau nak makan bagitahu je, Ell ambikkan..." Elleana memegang tangan Iman manja pula.

"Takpelah, kalau Iman lapar pandailah Iman keluar sendiri dari bilik---"

"Are you sure? Kat luar tu ada Nina, Zahra, Ibu, Hani, Wana. Kalau---"

"Okay okay... Iman nak makan nanti Iman bagitahu Ell ye?" Potong Iman tidak mahu mendengar Elleana membebel lagi.

"Bagus jugaklah Iman dapat alahan ni. Yelah, tak bolehlah budak tu dekat dengan Iman lagi. Bagus, bagus. Ell suka!" Ujar Elleana teruja menutup matanya gembira. Senyumannya lebar mengenangkan kelebihan suaminya mengalami alahan begini.

"Wrong timing lah sayang, SPM nak dekat dah tau. Kalau Iman tak boleh bau perempuan macam mana Iman nak mengajar?"

"I think i got the idea, kat farmasi depan sana ada jual topeng muka nanti Ell belikan. Esok Iman pakailah topeng muka pergi mengajar. Tapi! Ini bukan tiket untuk dekat dengan budak tu. Ingat!" Elleana memberi amaran sambil menunjukkan buku lima yang digenggam kuat.

Sumpah garang. Menakutkan. Jangan-jangan anak dalam kandungan tu superhero.

"Iman, meh lah keluar borak-borak... kau tak alahan dengan aku kan? Aku lelaki. Tulen." Fariz mengetuk pintu dari luar sebaik saja pulang dari pejabat. Dia ada berita sensasi yang hendak disampaikan kepada Elleana dan juga Iman.

Menyibuk.

"Kau nak borak kau masuklah!" Laung Iman dari dalam. Elleana segera bangun dari katil memulas tombol pintu. Fariz sudah mengangkat keningnya berkali-kali.

"Boleh ke masuk ni? Eh kau nak pergi mana Ell, join sekalilah. Aku ada berita hangat ni. Tutup pintu, tutup pintu!" Arah Fariz kepoh bagaikan makcik-makcik kuat bergosip.

"Berita apa? Kau naik pangkat?" Teka Iman mengangkat keningnya sebelah meneka berita yang akan keluar daripada mulut Fariz.

Fariz menggeleng menepuk dahinya.

"Pangkat apanya! Ni Ell, kenal Syuhaila kan? Alaa staff papa yang paling seksi tu, ingat tak?"

"Mestilah ingat. Gila tak ingat! Kenapa dengan dia? Kalau benda berkaitan aib-aib ni aku taknak dengar eh, buat tambah dosa aku dengan Iman je!" Elleana memberi amaran, wajahnya terus berubah garang. Fariz menggeleng kepalanya cepat saja menidakkan tekaan Elleana.

"Eh bukan! Papa dah pecat dia. On the spot kena pecat, Khalif datang tunjukkan sesuatu. Kau nak tahu apa yang Khalif tunjuk?" Fariz masih mahu mereka berdua meneka dalam perasaan penuh debaran. Sesekali Iman menepuk belakang Fariz kenapa tempo ceritanya yang begitu lembap.

"Rupanya selama ni, dia lah yang porak perandakan hubungan korang. Dia lah yang selalu hantar gambar kau Ell pada Iman, aku mula-mula sumpah terkejut macam tak percaya pun ada. Papa apa lagi, mengamuklah. Papa cakap kalau nampak muka dia sekitar sini, papa nak saman dia lepas tu terus dia tarik Khalif tu keluar. Barang dia pun dia tak sempat kemas." Cerita Fariz lagi beriya boleh tahan panjang membuatkan Iman dan Elleana keduanya ternganga seakan tidak percaya. Syuhaila? Apa salah mereka pada Syuhaila? Kenapa Syuhaila dengkikan hubungan sah mereka?

Elleana terdiam seketika diikuti Iman. Apa yang bermain di fikiran Iman hanyalah siapa Syuhaila? Pernahkah mereka berbuat dosa dengan manusia itu?

"Aku dicabul tadi," sambung Fariz lagi dengan nada sayu.

"Siapa nak cabul kau? Kau ingat kau handsome sangat ke kulit kayu manis?!" Gelak Iman menguis rambut Fariz bertujuan untuk menyakitkan hati. Fariz tidak berdiam lantas memukul kembali lengan Iman.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now