Chap 3

57.5K 2.8K 76
                                    

"Iman, bangunlah. Harini kan first day awak mengajar." Kejut Elleana masih menggosok matanya. Dagunya dipaut pada lengan Iman sementara tangannya menyentuh pipi Iman.

"Alaa lima minit sayang, come!" Iman menarik Elleana kembali tidur lalu dipeluknya seerat yang mungkin.

What? Tidur balik?

"Iman bangunlah... your five minutes gonna be one hour." Rungut Elleana cuba melepaskan pelukan. Rambutnya diselak mencari ruang udara mahu bernafas dengan selesa.

"Taknaklah sayang..." Rengek Iman memperkemaskan lagi pelukannya sekaligus membuatkan Elleana pasrah. Matanya asyik melihat jam dinding dari tadi. Godaan Iman boleh menyebabkan terlambat Subuh ni.

"Zahra!" Jerit Elleana segera melepaskan pelukan Iman dengan sekuat tenaga. Terkejut mendengar jeritan Elleana, Iman akhirnya melepaskan isterinya.

Cis! Senang betul nak lepaskan diri.

"Kenapa Ell pandang Iman macam tu?" Tegur Iman melihat mata isterinya tidak berkedip sejak daripada tadi.

"Err--- mana ada." Bohong Elleana berpura-pura mengemas katil.

"Hey, hey, hey. Jangan nak tipu Iman. Dari meja solek ni jelas mata Ell pandang sini." Iman sengaja mengusik Elleana membuatkan Elleana menahan gelak malu. Tangannya lantas mencapai minyak wangi yang baru dibeli semalam. Dengan tiga kali semburan saja, bau sudah mula menusuk hidung Elleana.

"Iman, Iman hot!" Usik Elleana berlari bersembunyi di dalam bilik persalinan.

"Kan Iman dah cakap! Ell mengendap suami sendiri." Kejar Iman namun pintu sudah dikunci.

"Sayang--- bukaklah cepat. Iman dah lambat ni."

Elleana membuka perlahan pintu bilik itu, ternyata pipinya masih merah akibat pujian yang keluar dari mulutnya sendiri tadi. Iman diperhatikannya dari rambut hingga ke hujung kaki. Tangannya lantas naik ke dada Iman menyentuh tali leher, mata masih fokus memandang wajah suaminya.

"Ell, tunggu malam?" Tegur Iman mempamerkan mata nakalnya.

"Iman! Stop perasan boleh? Ell nak betulkan tali leher ni. Senget tahu tak..." Bantah Elleana benar-benar membetulkan tali leher Iman.

Riuh meja makan pagi itu apatah lagi Nina juag turut bersekolah setelah lama cuti sekolah. Berulangkali jugalah Iman menasihati Nina supaya lebih fokus kepada belajar, jangan sibuk bermain saja. Baru hari pertama jadi cikgu sudah mula mengajar di rumah pula, naik bosan Nina mendengar nasihat yang sama saja. Hateem awal pagi lagi sudah tercongok di meja makan menyelit mahu menganggu ibu Yani melayani Nina. Ada saja kerenahnya menghalang ibu Yani supaya menumpukan perhatian penuh kepada Nina.

"SMK Prima Utama, tunggu!" Bisik Iman seorang diri sebaik saja masuk ke kereta.

×××××

Turun saja dari keretanya, Iman segera membetulkan tali leher dan tidak lupa juga rambutnya. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum kakinya melangkah masuk ke bilik pengetua sekolah. Ramai mata-mata mula perasan saat melihat guru baru masuk ke sekolah terutamanya pelajar perempuan. Sahamnya di sekolah dahulu ternyata masih kuat menarik perhatian orang ramai.

"Cikgu Hilman boleh mula mengajar, ini jadual kelas yang bakal cikgu ajar nanti. Seperti mana yang cikgu tahu, prestasi sekolah ini terlalu teruk terutamanya dalam pelajaran Matematik. Peratusan gagal melebihi yang lulus. Saya harap dengan kehadiran cikgu, prestasi pelajaran mereka akan semakin membaik. Jadi--- selamat bertugas saya ucapkan ya?" Ujar Puan Misliha berumur linkungan 50-an selaku pemimpin utama Sekolah Menengah Kebangsaan Prima Utama.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now