Chap 12

43.8K 2.4K 86
                                    

"Good morning my beautiful gorgeous pretty insane wife!" Bisik Iman di telinga Elleana yang masih sedap tidur. Rambut Elleana dihembus menggunakan tiupan angin yang terhasil dari mulutnya.

"Iman... janganlah. Geli." Rengek Elleana menutup telinganya tidak mahu diganggu, sempat sikunya menolak Iman supaya berundur daripada mengusiknya.

"Hello, last night Iman yang buat susu untuk Zahra. How come sayang pulak boleh liat nak bangun ni?" Usik Iman menguis telinga Elleana lagi tatkala tangannya kembali jatuh memperlihatkan dia lena lagi. Tangan Iman mengusap rambut panjang Elleana lembut kasihan pula.

Iman menggelengkan kepalanya melihat telatah Elleana, semakin liat mahu bangun kerja. Dia tahu Elleana pasti penat sejak bekerja, andai saja isterinya kekal menjadi surirumah tentunya boleh berehat bila bila masa. Iman meneliti jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul enam pagi, subuh akan segera habis tidak lama lagi. Mahu tak mahu dia harus membangunkan Elleana juga, tangan Iman mengangkat separuh tubuh Elleana membantu isterinya kekal dalam posisi duduk biarpun mata masih terpejam.

"Ell bangun Ell! Dah pukul lapan pagi, terlepas Subuh Ell!" Jerit Iman panik berpura-pura mengambil tualanya pada kayu penyidai.

Elleana membuka matanya besar lantas segera bangun dari katil laju mencapai tualanya terlebih dahulu berlari ke bilik air membiarkan Iman yang masih sambil lewa. Setelah pintu ditutup rapat, Iman gelak terbahak-bahak di depan pintu bilik air geli hati dapat mengenakan Elleana. Hatinya mulai merasa ditipu Iman tatkala langit diluar dilihatnya masih gelap lagi. Elleana membuka pintu bilik air dengan mempamerkan wajah menyampah, matanya pula diredupkan ala-ala pelakon wanita watak antagonis. Tangannya bercekak pinggang dalam keadaan berkemban.

"You're such naughty bad husband." Ujar Elleana geram-geram manja.

"And you, such a cute little rush rat oh sorry wife!" Balas Iman memcubit kedua pipi isterinya masih geli hati, macam tikus berdesup masuk tandas!

"Sudahlah. Ell nak mandi---"

"Alaa Iman mandi sekali lah, dah lambat ni..." rayu Iman mengalihkan bola matanya ke arah jam di dinding.

"Boleh,---" Elleana menyetujui dengan nada agak selamba. Iman segera melangkah setapak mahu masuk.

"Boleh blah!" Pintu bilik air ditutup rapat usai tangannya menolak Iman. Iman menarik nafas lega dapat mengelak nasib saja mukanya tidak dihentak pintu. Elleana tergelak kuat membuka air paip, kali ini dendam berbalas dengan jayanya.

Ada ke kita yang di blah kan?

"Aduh sayang!" Jerit Iman diluar mula mendapat akal.

"Kenapa?" Tanya Elleana dalam keasyikan mandi.

"Sayanglah ni! Jari Iman tersepit pintu... awww." Rengek Iman mencari perhatian Elleana, tidak mahu berfikir panjang dia segera menutup air paip lantas tuala diambil untuk membaluti tubuhnya. Pintu bilik air dibuka segera, jari Iman diperiksa satu persatu.

"Sakit kat mana?" Tanya Elleana buntu tidak menjumpai pula tanda tanda jari tersepit.

"Sakit kat.... haa tak sakit dah. Jom mandi!" Tarik Iman segera menutup pintu bilik air berjaya memanipulasi keadaan, terkekek-kekek suara Elleana ketawa menyedari dia juga ditipu Iman.

×××××

"Hasya, saya minta maaf?" Ujar Emir merapati Hasya, wajahnya benar menampakkan dia menyesal.

"Hm okay..." Balas Hasya ringkas tidak mahu panjangkan lagi masalah.

"No! Saya nak dengar awak sendiri cakap yang awak dah maafkan saya. Please..." Rayu Emir masih belum berpuas hati selagi gadis itu tidak menyebut perkataan keramat itu.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now