Chapter 19

40.2K 1.8K 128
                                    

"Maksu! Ya Allah rindunya!" Elleana menjerit sebaik sahaja ternampak maksu yang sedang berdiri di depan pintu rumah.

"Ell! Maksu pun rindu Ell! Amboi sejak sejak dah jadi ladyboss, tak ada dah nak pergi rumah maksu. Sibuk memanjang," maksu mula berleter sambil memeluk cium anak saudara kesayangannya.

"Ladyboss ni jangankan tak ada masa nak pergi rumah maksu, dengan Iman pun jumpa masa nak pergi kerja dengan balik kerja je. Cuba maksu bayangkan," tambah Iman sengaja mengusik Elleana.

"Mana ada! Ish,"

Dorang ni takda perasaan ke? Aku ni baru lemas tau, family dorang ni buat aku macam tak wujud je! Menyampah!

"Yang kamu ni berdukung pulak kenapa?" Tegur makngah yang geli geleman melihat anaknya mendukung Maria.

"Maria ni tadi lemas, degil." Jawab Abang Afi masih geram.

"Lah, lemas?! Maksu ingatkan kotor-kotor ni main istana pasir! Hahaha maksu minta maaf ye Maria," usik Maksu membuatkan mereka masing-masing semakin geli hati.

"Hi Amni Nazirah, salam dengan cik Ell cepat," tegur Elleana melihat anak kecil berdiri di sebelah maksunya.

"Amni Nazirah? Sedapnya nama. Kalah nama isteri uncle!" Iman mencelah lantas mendukung anak sulung maksu. Elleana menepuk bahu Iman kecik besar kecik besar saja suaminya dilihat. Keadaan ini sama sewaktu dia berjumpa dengan Nina buat kali pertama di rumah ini. Masa berlalu dengan pantas, Nina sudah matang dalam membuat keputusan sekarang. Tiada lagi rengekkannya.

Selesai solat Maghrib, Elleana terus duduk di ruang tamu. Dia sudah tidak sabar lagi mahu bergosip dengan maksu. Sementara menunggu maksu dia kembali ke dapur mengambil semangkuk laksa yang dimasak oleh makngah petang tadi. Televisyen dibuka perlahan bimbang Zahra disampingnya terkejut. Sesekali matanya beralih memerhatikan anak kecilnya yang kian debab, mana taknya lepas susu tidur. Bosan tidur bangun main, dah lapar nangis mintak susu semula.

Iman terus duduk di pondok depan rumah setelah selesai solat. Dia masih belum terasa lapar walaupun sudah beberapa kali dipelawa makngah untuk merasa laksa buatannya. Aktiviti keluarga mereka malam itu berbeza, Maria dan Abang Afi sejak dari tadi hanya dibilik. Paksu Fendi pula menemani Amni di dapur bersama makngah sementara menunggu maksu yang masih di biliknya.

"Hoih, Iman! Berangan apa." Sergah Abang Afi yang duduk di sebelah Iman.

"Takdelah, saja fikirkan mak ayah aku kat bandar sana. Rindu pulak dengan adik-adik aku." Balas Iman tenang meskipun masih terkejut dek kerana disergah Abang Afi.

"Oh... Ingatkan berangan nak kahwin lagi satu. Yelah, lelaki kan kuota empat." Usik Abang Afi sambil tersengih.

"Ish! Gila kau nak kahwin empa, isteri satu tu pun aku dah cukup bersyukur. Dulu kau pernah pesan dengan aku, jaga Ell. Takkan aku nak sia-siakan dia. Kau tu--- takkan nak empatkan Maria. Tak bersyukur ke dapat isteri seksi macam dia." Jelas Iman menafikan tanggapan Abang Afi.

Eh, lain macam je tanya pasal bini aku ni.

"Jap! Kau ushar bini aku eh Iman? Tahulah Maria tu seksi. Aku bukan tak suruh dia tutup aurat tapi--- tulah, dia belum bersedia katanya." Teka Abang Afi sengaja menuduh Iman lagi.

Eish! Takde kerja aku nak ushar bini kau. Bini kau yang goda aku!

"Sabarlah, slow-slow. Nak suruh berubah drastik tu memang susahlah. Kau kan ketua keluarga, setiap ketua keluarga mesti boleh handle masalah macam ni." Jelas Iman lagak seperti sudah lama berumahtangga.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now