Chap 8

43.3K 2.3K 34
                                    

"Sorry for asking this, why not your husband working for his dad?" Tanya Hafeez mendekati Elleana menyibuk saja ingin tahu. Sejujurnya Elleana kurang senang dengan Hafeez, ada saja soalan yang bukan berkaitan kerja apatah lagi sejak kejadian hitam dalam hidupnya dahulu. Baginya hanya Iman, papa, atok, abang Fendi dan Fariz sahaja lelaki yang dia boleh percayai.

"Err--- saya ada kerja." Elleana segera mengelak pamit masuk ke pejabatnya. Wana hafal betul perangai Elleana, kalau dia tidak suka pasti dia akan berusaha mengelak.

"Stop kacau Elleana lah Hafeez, she's somebody wife." Tegur Wana mengingatkan Hafeez, dia tidak takut untuk menegur lelaki itu meskipun baru saja dua hari kenal.

"Tak, saya tak kacau Puan Elleana. Saya perasan dia macam takutkan saya, soalan saya semua tak adalah pelik rasanya. Muka saya scary ke?" Tanya Hafeez aneh lantas memegang wajahnya.

"Muka kau okay je, maybe you should give her some space. Dia kan masih baru, masih cuba menyesuaikan diri." Wana juga menjaga jarak dengan lelaki itu memandangkan dia harus menjaga perasaan Fariz, tidak mahu suaminya salah faham pula.

Hafeez berjalan masuk ke biliknya menyiapkan kerja yang semakin banyak. Bilik yang berdepan dengan Elleana memudahkannya melihat segala aktiviti perempuan itu menerusi cermin kaca. Jelas terpancar di wajah Elleana dia agak keliru kadangkala apabila menyelak setiap helaian fail. Hafeez ingin sekali membantu Elleana namun sedar perempuan itu masih takut dengannya, masakan dia mahu terhegeh hegeh pula menerpa bos besarnya.

"Hoi!" Sergah seseorang di meja Fariz.

"Kau nak apalah!" Jerit Fariz terkejut melihat Iman ada di depan matanya. Dadanya diurut berkali-kali, mahu tercabut jantung dibuatnya. Pandai pulak dia ni cari level berapa tempat aku kerja!

"Sorry sorry... bilik Ell mana? Cepatlah! Aku dah rindu sangat ni." Iman bertanya sambil matanya melilau mencari kelibat Elleana.

Fariz dan Wana berpandangan sesama sendiri memandangkan tempat kerja mereka bersebelahan saja. Dalam kepala Fariz, mahu saja dia bocorkan rahsia bahawa ada lelaki lain memandang Elleana seperti mahu menelannya manakala Wana pula semahu-mahunya merahsiakan tentang Hafeez. Takut Elleana tidak dibenarkan bekerja pula nanti.

"Iman---"

"Err--- bilik Ell depan tu. Kau jalan terus je. Belah kanan!" Ujar Wana memotong percakapan suaminya. Tangannya menekup mulut Fariz supaya tidak terlepas cakap.

"Sayang! Awak nak bunuh saya eh?" Marah Fariz melepaskan tangan Wana. Nafasnya yang hampir saja putus segera ditarik semula.

"Sorrylah... saya takut awak terlepas cakap dengan Iman." Bisik Wana serba salah tudak mahu Iman dengar perbualan mereka.

"Iman kan dah suruh saya tengokkan isteri dia---"

Iman mengerutkan kening aneh dengan sikap dua sahabatnya ini, tidak mahu berlengah lagi dia berjalan terus mengikut haluan seperti yang diarahkan Wana. Dari jauh sudah kelihatan Elleana sedang tekun menatap sesuatu di meja kerjanya, Iman berjalan perlahan mahu mengejutkan Elleana namun matanya sempat terpandang bilik berdepan dengan Elleana. Gerak kakinya terhenti di depan pintu bilik Elleana biarpun tangan sudah memegang pintu mahu menolak saja tiang besi itu.

Lelaki handsome? Depan bilik Ell? Tak boleh jadi nih!

"Sayang!" Sergah Elleana terkejut suaminya ada di hadapan pejabatnya. Hairannya Iman tidak terkejut sama sekali, dia seperti tidak menumpukan perhatian.

"Iman? Awak pandang apa tu? Ell kat sini lah!" Elleana memegang kedua pipi Iman lalu dialihkan menatap mukanya.

"Hey, sayang! Ya Allah. Sorry Iman tak perasan. So ini office sayang? Bestnya..." ujar Iman menukar topik tatkala dia terdahulu disergah Elleana. Hatinya masih dilanda kerisauan melihat lelaki di depan bilik Elleana.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now