Chapter 28

29.8K 1.5K 6
                                    

"Mana perfume Iman?" Tanya Iman memegang bahu isterinya yang ralit menepek bedak di muka. Elleana sengaja menaikkan mata ke atas dan diam membisu.

"Again Elleana, where is all of my perfumes?" Tanya Iman masih bernada sabar. Elleana masih tidak melayannya.

"Okay siap!" Suara Elleana gembira mencapai beg tangannya mahu segera keluar.

"Ell!" Bentak Iman sedikit menyebabkan Elleana menoleh ke belakang.

"Oh, back to your question. Ell dah buang semua perfumes Iman, semua bau tak sedap." Balas Elleana selamba melambai tangannya kepada Iman tatkala mata lelaki itu sudah membulat terkejut dengan perlakuannya.

"Ergh Ell!" Getus Iman geram menepuk meja solak, membuak-buak rasa amarahnya.

Dia boleh buang semua perfumes aku? Ingat aku beli pakai daun ke? Betul-betul mencabar kesabaran!

3-0 Iman.

"Ada sesiapa cakap puan makin berseri tak?" Tanya Hafeez memberanikan diri tatkala Izzuany keluar sebentar untuk ke tandas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ada sesiapa cakap puan makin berseri tak?" Tanya Hafeez memberanikan diri tatkala Izzuany keluar sebentar untuk ke tandas.

"Err--- tak kot. Kenapa?" Elleana menaikkan bola matanya ke atas. Siapa je nak puji? Iman? Memang taklah!

"I think you looks great without makeup, trust me." Puji Hafeez merenung ke arah Elleana membuatkan Elleana tergelak kecil. Perempuan mana yang tak suka dipuji?

"Ni salah satu cara membodek ke macam mana?" Elleana tersengih menampakkan barisan giginya yang comel membuatkan Hafeez semakin teruja pula.

"Saya nak bodek apa je puan, cuti pun saya taknak. Saya cuma cakap apa yang saya nampak, untunglah suami puan..." Hafeez mulai memuji Iman pula yang dapat memiliki Elleana membuatkan Elleana mengeluh kecil saat status suami disebut, sungguh dia tidak mahu ingat tentang Iman sekarang.

"Borak apa ni?" Tegur Izzuany entah bila dia masuk dan terus duduk bergabung dengan Elleana dan Hafeez.

"Tak borak apalah. Dah jom kita sambung discussion ni."

Hmm lain macam... aku datang je terus taknak berborak.

xxxxxx

"Minggu depan dah exam. Penat saya, pelajar tak habis-habis nak main je. Tak pernah nak serius langsung." Keluh Cikgu Aisya memegang kepalanya sudah serabut.

"Itulah, saya pun tengah usaha bagi pelajar buat banyak latihan. Harap sempatlah cover semua silibus." Iman membalas masih sibuk menyusun kertas matapelajaran Matematik untuk dia beri kepada pelajarnya.

"Cikgu ada hubungan dengan Hasya ke? Riuh ni satu sekolah cikgu lebihkan dia." Tanya Cikgu Aisyah tiba-tiba menukar topik pula, dia kelihatan segar tatkala membahaskan gosip terkini sekolah. Wajah Iman terus berubah mendengar berita yang dia rasa agak lucu.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now