SPECIAL PART (1)

28.2K 1.3K 74
                                    

"Mana si Nina ni," rungut Iman mundar mandir di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mana si Nina ni," rungut Iman mundar mandir di ruang tamu. Sesekali dia menjengah ke luar pagar melihat kalau bayangan adik perempuannya muncul. Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul sebelas lebih. Elleana mendekati suaminya, sengaja dihidangkan kopi supaya lebih bertenang walaupun dia tahu angin Iman itu seperti apa. Iman segera keluar setelah mendengar pintu pagar diusik seseorang. Pasti Nina!

"Where are you going?" Tanya Iman nada menahan marah, mengiringi Nina yang sedang membuka kasut lantas segera masuk ke dalam.

"Nina abang tanya Nina pergi mana?!" Suaranya sudah meninggi apabila soalannya dibiar tergantung saja.

"Pergi rumah Ika buat folio Sejarah," balasnya ringkas masuk ke bilik air membasuh kaki sebelum keluar kembali.

"Ika ke Ikea ke, abang tak peduli. Yang abang kisahkan Nina tak reti ke tengok jam? Anak dara balik tengah malam? Siapa yang ajar!"

"Ish Ika lah nama kawan Nina, bukan Ikea. Tengok ni telefon Nina habis bateri, jam Nina tak pakai. Nina tak sedar dah lewat malam," Nina masih tenang memberikan alasan untuk pertahankan dirinya. Beg yang digalas tadi dia letakkan atas sofa sebelum membuka tudung yang membaluti kepalanya.

"Pergi rumah Ika ke rumah boyfriend?!" Tuduh Iman masih tidak berpuas hati.

"Abang ni kenapa? Tak pernah nak berubah lah," Nina melepaskan amarahnya juga.

"Memanglah abang tak berubah, ingat abang ni Transformers ke nak kena berubah?!"

Nina dan Elleana sempat tergelak kecil. Masakan cerita kereta berubah jadi robot turut dibawa dalam perbincangan ini?

"Inilah jadinya kalau dah tua tua pun layan cerita budak-budak," Nina masih lantang menyangkal kata abangnya.

"I dont care! I give you two choices, bagi handphone Nina atau tidur kat pondok laman sana. Choose!" Iman menunjukkan ke arah pondok di taman laman rumahnya.

"Eee abang ni kenapa hah?! Ambiklah handphone ni! Kejam!" Marah Nina berlari naik ke atas dengan rasa sebal.

"Kejam?! No!"

"Yes you are! Kejam, zalim, tak berhati perut, teruk---"

"Hei!" Belum sempat Iman mahu mengejar adiknya, bahu Iman sudah ditarik oleh Elleana menandakan cukuplah sampai situ saja perbincangan hari ini. Iman melepaskan satu keluhan yang berat lantas melabuhkan punggung di sofa.

Air kopi yang Elleana buatkan tadi diteguknya dua kali sebelum kembali memandang telefon milik Nina. Memang tak ada bateri! Apa guna aku rampas ni? Haesh!

"Nak tegur anak remaja bukan macam tu caranya Iman," ujar Elleana lembut menggosok lembut belakang badan Iman. Senyuman manis Elleana menggambarkan seolah-olah dia masih tenang sedangkan pada Iman ini adalah masalah besar.

"Look, dia dah berani balik pukul dua belas tau sayang. Bukan tengahari tapi tengah malam! Harini pukul dua belas, esok? Pukul dua tiga pagi. Lepastu? Tak balik lansung. Dia tu perempuan. Jadi apa-apa? Papa dah lah tak ada kat sini," keluh Iman menongkat kepalanya. Dato Hamid, Ibu Yani dan Hateem sedang di kampung menguruskan beberapa urusan kerana beberapa minggu lagi anak saudara Ibu Yani bakal berkahwin.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now