Chap 9

46.6K 2.7K 124
                                    

"Jadi Fariz macam tu sebab Wana mengandung? Sayang biar betul? Tak bergurau ni?" Tanya Iman diselangi ketawa terbahak-bahak. Elleana sudah agak respon suaminya pasti begini.

"Iyelah Iman, awak ingat kelakar ke?" Balas Elleana mempamerkan muka menyampah

Kawan baik dia pengsan, dia ketawakan? Apadah!

"Tapi ada ke kes macam tu sayang?" Tanya Iman serius.

"Mestilah ada! Sesetengah lelaki yang pengsan, pening and muntah-muntah bila isteri mengandung. Wana beruntung tau semua sakit dia pindah pada Fariz. Jadi dia takkan rasalah semua alahan tu." Terang Elleana cemburu pula. Sewaktu dia mengandungkan Zahra dulu, dia yang asyik pening, muntah-muntah sehinggalah kandungan berusia empat bulan. Kalau difikirkan seksa nak mengandung lagi namun itulah pengorbanan seorang yang bergelar ibu.

"Jadi--- sayang nak cakap sayang tak beruntunglah sebab Iman tak rasa semua tu?" Tanya Iman lagi salah tafsirkan maksud isterinya. Elleana merenung sambil memegang lembut pipi Iman.

"Saya beruntung ada suami yang jaga saya masa saya rasa semua tu. Enough with our sweetness conversation. Jom tengok Fariz." Ajak Elleana menarik tangan Iman sehingga tersengih-sengih Iman mendengar jawapan isterinya.

Elleana menolak pintu bilik mereka perlahan menampakkan Wana sedang duduk terbongkok menunggu suaminya dengan setia. Jujur Elleana merasa kasihan melihat keadaan Wana sebegitu, berita kehamilannya bertukar menjadi suasana sedih tatkala suami kesayangannya terbaring tidak sihat. Elleana tidak dapat membayangkan jika dia pula ditempat Wana pastinya dia amat merisaukan suaminya juga. Iman dan Elleana duduk di sofa tidak jauh dari mereka senyap tidak mahu menganggu Wana dan Fariz yang sedang berehat.

"Sayang..." suara Fariz menyapa Wana tanda dia sudah pun sedar. Tangan Wana digenggamnya lembut.

"Awak dah sedar?" Balas Wana masih mamai-mamai lagi, dia hampir saja tertidur menunggu lama.

"Saya---- kat mana?" Tanya Fariz matanya melilau melihat sekeliling. Semuanya kelihatan putih bersih saja.

"Awak kat hospital sayang---"

"Habis tu kenapa warded? Saya okaylah... jomlah balik." Fariz segera bangun merasakan dia sudah segar sepenuhnya. Rasanya seperti baru saja sedar dari tidur yang lama.

Elleana dan Iman yang hampir terlelap terus bangun setelah mendengar suara orang bercakap.

"Eh kau nak pergi mana ni Fariz? Sabarlah..." ujarIman terpaksa ikut campur melihat sahabat baiknya sudah gatal kaki mahu berdiri.

"Aku okaylah, nak bawak sampai hospital bagai dah kenapa?" Marah Fariz suaranya mendatar, jujur dia paling pantang dihantar ke tempat bernama hospital. Dia rela menanggung sakit daripada dihantar ke sini.

"Kau tuh sakit! Jangan degil boleh?" Marah Iman kembali memaksa dia baring semula ke katil tambahan apabila Wana sudah mula risau melihat suaminya berdegil begitu.

Sakit? Sakit apa?

Fariz mengikut saja rentak sahabatnya yang memaksa dia baring semula. Matanya beralih pula memandang wajah Wana, wajah isterinya kelihatan sungguh risau.

"Saya sakit apa sayang?" Tanya Fariz penasaran, biarpun kenyataan itu pahit dia sanggup dan sudah bersedia mahu mendengar. Tangan Wana digoncang kuat tatkala suara perempuan itu masih tidak kedengaran.

"Kau sakit kronik!" Ujar Iman sengaja mahu mengusik Fariz sehingga terbeliak matanya, memantapkan lagi lakonan dan rancangannya berjaya apabila Fariz terkejut mendengar jawapan daripada Iman.

"Aku-----"

Elleana menepuk lengan Iman sekali memandangkan gurauan suaminya dirasakan sudah melampau serentak memotong ayat Fariz.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now