Chapter 20

40.1K 1.8K 47
                                    

"Nak balik?! Cepatnya, balik esoklah Ell. Ye Iman? Makngah tak puas berkumpul anak cucu." Rayu makngah nada sayu memegang lengan Elleana, sungguh dia masih seronok melihat anak cucu ada bersamanya.

Elleana dan Iman saling berpandangan sesama sendiri, serba salah dibuatnya. Rayuan makngah sukar ditolak namun mereka tahu keberadaan mereka disini menambah kesakitan dihati mereka. Iman kembali memandang Maria yang berdiri berpeluk tubuh di sebelah Abang Afi, jika tidak difikirkan tentang hormat kepada makngah dan maksu sudah pasti dia kerjakan perempuan itu. Hati binatang betul!

"Yelah Iman, cepat sangat kau nak balik. Aku tak puas lagi main dengan anak saudara aku yang montel ni," pujuk Abang Afi pula sambil mencuit pipi Zahra. Elleana seakan-akan melarikan Zahra, dia masih trauma dengan apa yang terjadi semalam.

"Takpelah, nanti aku dengan Ell baliklah lagi. Lagipun papa call Ell tadi, syarikat perlukan Ell sekarang." Bohong Iman yang buntu mahu memberi alasan apa lagi.

Maksu mengeluh bertambah kesal, kalau saja Si Maria tidak menyakiti anak Elleana sudah pasti mereka tidak akan meminta diri untuk pulang cepat semula ke bandar. Maksu berdiri di sebelah Elleana sambil mendukung Amni. Sungguh dia juga tidak tahu hati Maria diperbuat daripada apa, sanggup menzalimi anak secomel Zahra.

"Okaylah... tapi janji ye? Selalu balik jenguk makngah?" Balas makngah masih sedih memeluk bahu Elleana, seterusnya mendekati Zahra lalu dia dukung.

"InshaaAllah makngah, Ell janji..." Elleana segera bersalaman dan memeluk cium makngah, hatinya jujur tidak sampai hati mahu mengakhiri saat manis bersama tambah maksu juga baru satu malam disini.

"Ell, kau jaga diri. Jagakan Zahra ye." Pesan Maria mencelah pura pura prihatin.

Jagakan Zahra ke Iman?! Dasar manusia hati binatang!

"Haa yelah, kau pun sama. Jagakan makngah aku, kitaorang doakan kau cepat-cepat ada anak supaya kau dapat rasa naluri keibuan." Pesan Elleana berbaur sindiran, Iman menjeling saja.

"Nak mengandung apa kalau jaga badanlah, takut gemuk." perli makngah selamba terpaksa melepaskan Zahra memulangkan kepada orang tuanya. Usai bersalaman dengan maksu, Elleana segera masuk ke kereta tidak pula menghiraukan Maria yang menghulurkan tangan. Dia masih marah kepada perempuan itu begitu juga dengan Iman.

"Kami pergi dulu ye? Assalamualaikum," Iman mempamit diri sebelum cermin keretanya ditutup.

Elleana memandang ke depan tanda hati masih rasa bersalah meninggalkan keluarga kesayangannya begitu saja. Sesekali dia memandang Zahra yang tidur di belakang. Memang anaknya seorang bayi yang jarang memberi masalah, harinya diisi dengan tidur saja. Elleana tidak habis fikir kenapa Maria sanggup menyakiti bayi sebaik itu. Tidakkah dia merasa bersalah? Atau sudah hilangkah sekelumit rasa kasihan terhadap bayi itu?

"Sayang? Fikir apa? Dont worry, kita dah pun jauhkan Zahra dari perempuan jahat tu." Tegur Iman memerhatikan isterinya yang mengelamun saja sejak dari tadi.

"Iman rasa ada kaitan ke Maria sakitkan Zahra dengan hubungan kita? Who knows dia bencikan Ell then Zahra yang jadi tempat dia lepaskan geram?" Tanya Elleana tiba-tiba.

"Apa maksud Ell ni?" Balas Iman masih tidak faham.

"Maria sukakan Iman, dia benci kita then sakitkan Zahra. Betul tak?" Teka Elleana masih melekat di fikiran perbuatan keji Maria. Sudahlah mahu menggoda suami orang, sakitkan anak orang!!

"For what any reason pun dia tak patut cederakan anak kita. Orang gila je tak sayang budak secomel Zahra." Balas Iman masih geram. Andai saja mereka berjumpa di luar suatu masa nanti, mahu saja dia memberi pelajaran kepada perempuan itu.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now