Chap 7

46K 2.2K 39
                                    

"Betul ke ni Iman izinkan Ell kerja?" Tanya Elleana lagi apabila bangun dari katilnya mahukan kata kata akhir suaminya.

"Ye sayang, untuk apa awak dapat keputusan cemerlang tapi jadi suri rumah je... tapi ingat saya ni suami awak. Okay?" Iman menyentuh pipi isterinya sebelum mencapai tuala masuk ke bilik air.

Hari ini kebetulan hari pertama Elleana bekerja di syarikat papa. Jujur hati Iman risau Elleana diusik lelaki lain namun keputusannya dirasakan tidak salah lagi. Elleana berhak ada kerjaya biarpun sudah punya suami dan anak. Ramai saja wanita yang bekerjaya namun masih ada masa untuk keluarga, dia yakin Elleana mampu membahagikan masa. Melihat Elleana sedang sibuk memilih baju, Iman segera mengambil baju putih dan kot nipis kelabu serta selendang hitam. Elleana harus nampak berkeyakinan pada hari pertama bekerja, nama pun bakal bos besar.

"Sayang pakai ini," arah Iman meletakkan atas katil semua pilihan pakaiannya tadi.

"Thank you sayang! Ell dah buntu nak pakai apa tau." Ujar Elleana mencium Iman sebelum masuk ke bilik air. Jika tidak dibantu sudah pasti isterinya lambat, bayangkan daripada dia mandi seterusnya sudah selesai solat Subuh Elleana masih tetap termenung depan almari baju.

Morning kiss? Awwwh...

"Haih, merahnya lipstik dia. Nak cium siapa?" Sindir Iman melihat Elleana mengenakan gincu merah di bibirnya.

"Nak cium Imanlah!" Elleana menakutkan dengan memuncungkan bibirnya mahu dilekatkan pada pipi lelaki itu.

"No, Ell! Stay away, nanti habislah muka saya merah-merah." Iman melarikan dirinya mengelak daripada terkena pewarna bibir merah itu. Sudahlah susah mahu bersihkan!

"Alaa, gincu merah pun takut." Rungut Elleana masih berniat menakutkan Iman.

Melihat Elleana dan Iman keluar berduaan dari bilik, Dato Hamid yakin hari ini permulaan yang baik. Anak lelakinya membenarkan menantu kesayangan menerajui syarikat yang dia bangunkan bersusah payah sejak dulu lagi. Akhirnya, impian Dato Hamid untuk bersara akan segera tercapai. Mata Iman tertumpu ke arah bibir Elleana yang terkena jem strawberri lantas tisu diambil lalu bibir isterinya yang merah dilapkan semuanya sehingga habis hilang gincu merah Elleana.

"Mana flat shoes Ell?" Tanya Elleana belum selesai marahkan Iman tentang lipstik tadi sudah bertambah pula dengan kehilangan kasut biasanya.

"Tak mungkinlah Iman biarkan isteri Iman pakai kasut biasa tu, pakai kasut yang dah beli semalam tu. Bakal bos tak bolehlah nampak pendek," omel Iman tolong keluarkan kasut tumit tinggi yang dia beli buat Elleana lantas dipakai olehnya tanpa banyak bicara.

Dah lah dia sapu habis lipstik merah, cakap orang pendek pulak!

"Hey, kenapa ni?"

"Habis lipstik Ell," rungut Elleana melihat dalam cermin poketnya.

"Come, Iman tengok. Alolo tak ada gincu pun bibir Ell still pinkish. Comel!" Iman menarik pipi isterinya geram. Kali ini terhasil pula blusher semulajadi pada pipi Elleana.

"Sakitlah! Pinkish dah biasa. Ell nak merah---"

"Elleana, did you know? Your lips is my favourite part. So, stop attract other man with that red lips." Balas Iman menyejukkan hati Elleana. Barulah dia tahu ternyata Iman tidak menyukai dia bersolek keterlaluan, risau menarik perhatian lelaki lain pula. Wajahnya segera merenung Iman yang kelihatan tenang saja.

Pagi-pagi lagi dah naik 'bergula' telinga dengar ayat-ayat manis Iman. Kalau boleh 24 jam nak berkepit dengan Iman!

Kereta milik Iman laju meluncur ke bangunan syarikat papa untuk menghantar Elleana pada hari pertama dia bekerja. Elleana asyik memandang suaminya dari tadi, terasa seperti sayu pula mahu berpisah dengan Iman. Awal pagi tadi hampir saja ada drama air mata tatkala mahu meninggalkan Zahra tadi. Dia tidak sampai hati mahu merenung Zahra dengan lebih lama tadi, silap silap boleh batal keputusannya mahu bekerja.

Cinta Untuk Mr.Garang 2Where stories live. Discover now